Wednesday, October 23, 2013

Ianya hanya sebuah lukisan anak yang berusia 6 tahun

Lukisan ini hasil karya anak ke 5 saya yang berusia 6 tahun.Bangga saya apabila dia menunjukkan lukisan itu pada saya.Apa yang dilukis adalah gambar adik beradiknya.Pandai pula melukis saiz badan apabila melihat pada kecil dan besarnya tubuh adik beradik yang dilukisnya.



Apa yang penting dia tidak menayangkan aurat adik beradik perempuanya yang sudah baligh..hehehee..Yang bestnya siap bersongkok lagi abangnya.Bila saya perhatikan lukisan itu,saya terlihat awan dan burung yang dilukisnya.Begitulah lukisan saya waktu kanak-kanak dulu.Mesti ada lukis awan dan burung lidi.

Yang paling kecil tu anak bongsu saya lah tu.Cuba lihat ada gambar rumput dan ada beberapa ekor ayam.Agak-agak kawasan apa yang sedang dalam imaginasi dia ye.Jalan raya pun ada.Kalau tak bandar,kampung mesti kawasan ni di pinggir bandar...hehehehe..(pandai-pandai je umi ni)

Apapun lukisannya memang hasil karya dia sendiri,tiada yang membantu.Bermakna ianya hasil imaginasi dirinya sendiri.Tahniah anakku!

Pesanan: Saya memang tiada bakat melukis,dulu tingkatan 4 & 5,lukisan bukan pilihan saya.

22 comments:

  1. cantik....sebuah keluarga yang bahagia
    perlu beri pujian ni......

    ReplyDelete
  2. Kalau nak banding usia memang terlalu cantik. Anak-anak kakak macam kakak tak pandai melukis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke kak,saya tak pandai menilai lukisan dengan usia ni..bagi saya pun memang cantik,sebab lukisan budak-budak je..

      Delete
  3. Replies
    1. bakat?hahah bolehah suruh dia lukis gambar saya nanti...hehehe

      Delete
  4. pandainya anak akak melukis & mewarna.. baru berumur 6 tahun tp dah boleh melukis & mewarna.. mmg patut dipuji =)

    ReplyDelete
  5. Cantik sis..br 6 tahun..berbskat seni ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ke chekgu Rin,saya tak pandai menilai sangat..mudah2an makin cantik lepas ni..

      Delete
  6. detail dan cara mewarna nampak kemas ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai begitu detail sekali awak tengok lukisan itu,wah saya pun tak perasan hal tu...teruk saya ni kan..

      Delete
  7. Yang penting semua watak dlm lukisan tu happy. Mulut ternganga semua tanda gembira.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, contoh keluarga sakinah, mawaddah wa rohmah.. so sweet kan..

    ReplyDelete
  9. bagusnya. dia melihat apa yg ada disekelilingnya..budak sekarang memang bijak. 20 tahun lalu, budak2 kat kelas saya (tahun 1) suka tiru apa yang cikgu lukis/tunjuk kat papanhitam. budak sekarang pulak tanya kita balik, kalau saya buat lain boleh tak cikgu? depa nak idea depa sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. kreatif tu budak sekarang ni...dia peka dengan perkara sekelilingnya...

      Delete
  10. hehehe bagus kak belajar melukis, otak kanan berkembang :D saya tau gak melukis sikit2..setat dari kecik gak :) itu imaginasi dia, bermakna dia alert :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah teringinnya nak lihat lukisan afzal...bila ye boleh kulihat...

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...