Showing posts with label lukisan lukisan anak-anak. Show all posts
Showing posts with label lukisan lukisan anak-anak. Show all posts

Monday, September 29, 2014

Projek Melukis Mural Taska

Untuk melukis mural taska di dinding bukan perkara mudah.Jadi untuk menjimatkan kos upah pelukis profesional,nampak gayanya kena lukis sendiri.Berkat kerjasama jiran dan ahli keluarga,dapatlah juga kami siapkan sedikit lukisan untuk taska saya ni.Bolehlah walaupun bukan pakar.


Ini lukisan dalam taska.Belum siap sepenuhnya ni.

Ini pelukisnya...saya bantu mewarna sahaja.

 Yang ni yang telah disiap warna,suami touch up sikit-sikit.

Dari tengah hari hingga petang dapat buat banyak ni je.Maklumlah bukan pakar melukis.Bolehlah kan.

Ada lagi saya nak tunjukkan,nanti dah siap sepenuhnya bolehlah tengok ye.

Pesanan:Puas hati dapat buat sendiri

Wednesday, October 23, 2013

Ianya hanya sebuah lukisan anak yang berusia 6 tahun

Lukisan ini hasil karya anak ke 5 saya yang berusia 6 tahun.Bangga saya apabila dia menunjukkan lukisan itu pada saya.Apa yang dilukis adalah gambar adik beradiknya.Pandai pula melukis saiz badan apabila melihat pada kecil dan besarnya tubuh adik beradik yang dilukisnya.



Apa yang penting dia tidak menayangkan aurat adik beradik perempuanya yang sudah baligh..hehehee..Yang bestnya siap bersongkok lagi abangnya.Bila saya perhatikan lukisan itu,saya terlihat awan dan burung yang dilukisnya.Begitulah lukisan saya waktu kanak-kanak dulu.Mesti ada lukis awan dan burung lidi.

Yang paling kecil tu anak bongsu saya lah tu.Cuba lihat ada gambar rumput dan ada beberapa ekor ayam.Agak-agak kawasan apa yang sedang dalam imaginasi dia ye.Jalan raya pun ada.Kalau tak bandar,kampung mesti kawasan ni di pinggir bandar...hehehehe..(pandai-pandai je umi ni)

Apapun lukisannya memang hasil karya dia sendiri,tiada yang membantu.Bermakna ianya hasil imaginasi dirinya sendiri.Tahniah anakku!

Pesanan: Saya memang tiada bakat melukis,dulu tingkatan 4 & 5,lukisan bukan pilihan saya.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...