Thursday, October 31, 2013

Piya dan Apex antara yang hadiri majlis tahlil penyokong cilik The Red Warriors

Bermula hari Selasa lalu kenduri tahlil telah diadakan untuk arwah Sharlene Zamelya (anak saudara suami) ceritanya di SINI,dan diadakan 3 malam berturut-turut.Antara yang turut menghadiri majlis tahlil tersebut ialah penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dan pemain bola sepak Kelantan Badhri Radzi (Piya).Mereka berdua sudi meluangkan masa dan memberi suntikan semangat kehidupan kepada keluarga abang ipar saya yang masih bersedih lagi dengan kehilangan anak bongsu tersayang.



Kelihatan suami dan anak ke 5 saya Anis turut tidak melepaskan peluang bergambar dengan Apex.
Gambar di bawah pula,sanak saudara turut tidak melepaskan peluang bergambar dengan Piya.



Piya bersama salah seorang peminat cilik sewaktu menghadiri kenduri arwah Sharlene Zamelya.Terima kasih kepada penduduk kampung Kota Jembal dan pemain-pemain Kelantan yang sudi hadir ke majlis kenduri arwah,semoga segala kebaikan dibalas kebaikan oleh Allah s.w.t.

Dibelakang sharlene tu juga adalah sepupunya...Adam..
Semoga arwah berbahagia di sana.

Pesanan:Semua sayang ADIK,panggilan untuk Sharlene Zamelya....


13 comments:

  1. bagus dorang berdua ni kan kak..
    al-fatihah untuk adik..moga tenang di alam sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini yang kita mahu,kita sokong dia,dia sokong kita...

      Delete
  2. Wah! Orang popular datang majlis...mesti jadi penyeri dan tumpuan.
    Jadi mangsa lensa xsudah2. :)

    Innalillah dan Salam takziah buat keluarga ADIK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..dah tentulah...ramai yang bergambar,tapi selepas habis majlis lah...
      terima kasih prihatin

      Delete
  3. Alhamdulillah..satu catatan kenangan manis utk keluarga adik walaupun ketika berkabung.. famili lain tumpang sekaki berfoto ya he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayu rasa bila nampak ramai yang sayang padanya...

      Delete
  4. Salam takziah dan Al-Fatihah untuk adik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih saya bagi pihak keluarga sharlene

      Delete
  5. bagus apek dan piya
    untuk arwah..moga Allah cucuri rahmat keatas arwah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sanggupkan diorang luang masa walaupun jadual padat untuk perlawanan akhir ni..

      Delete
  6. alfatihah buat arwah....org popular masih sudi hadir..prihatin diaorg ni kan..

    ReplyDelete
  7. semoga kebaikan akan dibalas kebaikan...

    ReplyDelete
  8. salam takziah buat keluarga adik...moga adik tenang di sana... aminnn

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...