Wednesday, October 09, 2013

Berapa harga lembu korban sempena Ibadah Korban tahun 2013?

Harga lembu pun setiap tahun naik harga sama macam barangan keperluan yang lain.Seingat saya harga sebahagian (1/7) lembu dulu RM250,kemudian naik lagi RM350 dan sekarang naik lagi RM450.Jadi kalau RM450 x 7 bahagian menjadikannya RM3150 seekor lembu.Katanya termasuk upah menjaga dan memberi makan lembu sebelum diserahkan kepada pembeli sama ada sehari sebelum raya haji.Harga tu saya dapati di Kelantan kampung suami saya.

Tak kisahlah berapa kena bayarpun kan,yang penting ikhlas dalam mengerjakan ibadah korban.Yang penting lembu itu mengikut syarat-syarat haiwan yang boleh dijadikan korban haji.

Syarat Sah Korban
  1. Hendaklah binatang yang diqurbankan itu tidak mempunyai sebarang kecacatan yang menyebabkan kekurangan kuantiti dagingnya ataupun menyebabkan kemudharatan terhadap kesihatan. Contohnya cacat yang teruk pada salah satu matanya, berpenyakit yang teruk, tempang atau kurus yang melampau.
  2. Hendaklah korban itu dalam masa yang tertentu iaitu selepas sembahyang Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah hingga sebelum terbenam matahari pada akhir Hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah.
  3. Hendaklah disembelih oleh orang Islam.
  4. Orang yang berkongsi mengorbankan unta atau lembu tidak lebih dari tujuh orang di mana masing–masing menyumbang 1/7 bahagian.

Pesanan: Semoga Ibadah korban kita diterima Allah s.w.t.

23 comments:

  1. betul makin naik...
    yang penting ikhlas kan...

    ReplyDelete
  2. ye ke 450? harga lembu bukan dah nak dekat 1 ribu ke kak? eh, ntah la, saya pun tak tau. Yg saya tau, harga biri2 masa akikah Luth dulu 300.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf Lyd,saya baru tambahkan perkataan sebahagian,maaf buat awak keliru...dan saya dah tambah lagi ayat bagi orang lain faham maksud saya...

      Delete
  3. ramai yg memilih berkorban di Kemboja..lbh murah..

    ReplyDelete
  4. Tak payah berkira sangat berbelanja ke jalan Allah. Insya-Allah ada ganjarannya..

    ReplyDelete
  5. Tempat kakak paling murah seekor yg sesuai utk dikorbankan dah RM3.5K sebab itu satu bahagian dah kena RM500/- satu bahagian. Ada yg RM2800-2900 seekor tapi kecik bimbang daging diagih utk kawasan perumahan tidak cukup agih.. kami cari jalan selamat beli yg besar..

    ReplyDelete
  6. harga sebahagian (1/7) kot yg dimaksudkan. rata2 sekarang seekor dalam rm3000 ke atas. kat kedah pun dah naik rm450 setompok (bahagian). adik di johor tolong carikan seekor pun dah naik rm3500 seekor. tu pun sepupu punya harga. kalau tak, rm4000

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Anim,saya dah betulkan sikit ayat tu...harga untuk 1/7...mahal juga ye harga seekor lembu ni,sampai RM4000 seekor pun ada ye...elok juga saya buat entry ni boleh tahu harga seluruh Malaysia..

      Delete
  7. kat johor bahru rm 500 ... mmg dah semuanya naik !

    ReplyDelete
  8. betul tu,tahun ni korban makin naik harga, Semoga ibadah korban kita di terima Allah.

    ReplyDelete
  9. Dlu masa myra kawen hrga lembu dah cecah RM2,k..
    Dan lembu untuk korban memang ada yg cecah 3lebih kan kak

    ReplyDelete
  10. tiap tahun makin naik kan...so yg nak amik bahagian dalam ibadah korban pon makin kurang agaknye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh mula mengumpul duit dari sekaranglah kita kan..

      Delete
  11. kat tempat saya saatu bahagian RM450, tapi kat KL haritu..kat masjid wilayah saya tengok banner JAWI.. satu bahagian lembu harga RM250.murah kan kak?

    ReplyDelete
  12. ltempahan lembu korban boleh di buat sekarang.lembu kacokkan .berat antara kg 220 hingga kg 230.usia lebih dua tahun harga antara rm 3600 hingga 3700 se ekor berminat hubungi paklong 0103106943

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...