Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Tuesday, July 05, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri-Raya sederhana tahun ni





Lama tidak update blog,atas sebab kesibukan saya menguruskan taska,anak-anak dan keluarga.Tahun ini giliran saya beraya di Kuala Lumpur.Walaupun awal lagi sudah bercuti,saya hanya pulang ke Kuala Lumpur pada hari isnin kerana menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pejabat.Lagipun bukannya jauh dan jalan pun tidak jem ke Kuala lumpur.

Raya sederhana sahaja,memandangkan ayah yang diserang strok pada bulan 10 tahun lepas,masih belum sihat sepenuhnya.Masih lagi mengharap orang lain menguruskan dirinya,kerana tidak mampu menguruskan diri sendiri.Semoga dipanjangkan umur ayah dan diberi kesembuhan.Amin.

Saya sendiri pun tidak berapa teruja untuk menyambut hari raya kali ini,memandangkan baju raya baru pun saya tidak beli apatah lagi kasut baru.Kini tumpuan saya hanya untuk anak-anak.Suami pun begitu jua.Kami cuba berjimat selagi mampu memandangkan barang pun mahal-mahal belaka sekarang ni.Kerja berdua pun cukup-cukup untuk tampung keluarga sendiri,ada lebihan kami sedekah.Itu je.

Lagipun bila umur semakin meningkat,kegembiraan anak-anak menjadi keutamaan,puas sudah saya beraya sakan waktu dulu-dulu.Cukuplah buat persiapan diri untuk ke ala akhirat pula.Kesederan semakin memuncak bila kita kerap menghadiri majlis ilmu dan mendengar majlis ilmu dari mana-mana sama ada tv atau radio.Alhamdulillah diberi kesedaran awal oleh Allah s.w.t.

Kepada blogge-blogger yang mengenali saya atau baru kenal saya,dan kepada sesiapa je yang kenal saya,saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan saya juga maafkan anda semua.

Hati-hati pulang ke kampung,jaga diri,jaga peribadi.Bye..
Jumpa lagi.

Saturday, September 19, 2015

Akhirnya cuti sekolah pun bermula!!!!!

Memang ternanti-nanti cuti sekolah ni.Bukan anak-anak aje yang sukakan cuti,ibu-ibu kat rumah pun nak juga cuti.Tapi apalah maknanya bercuti jika masih dirumah kan....

Jadi kita mesti keluar dari rumah,Yeahhhhh!!!!

Okaylah.Sebenarnya tak ke mana-mana pun.Hanya balik kampung je.Kan nak sambut raya Haji sekali.Jadi sebelum raya tu bolehlah rehat-rehatkan minda sekejap.Letih seharian menjaga anak-anak asuhan,seminggu ni bolehlah rehat dari menjalankan rutin harian,buat susu,mandi budak,salin lampin,main ku cha--ku chak dengan baby...hehehe...al maklum anak-anak sendiri dah besar-besar.Main-main dengan anak asuhan je lah...hehehhe

Rindu pulak dengan budak-budak tu....waaaaa

Takpe,pejam celik sekejap je seminggu ni.Apa-apapun bolehlah rehat sekejap dari mendengar tangisan anak-anak kecil,Seronok sebenarnya bila tengok ragam budak-budak tu.Heeee..ada yang nak kena gigit ni....gerammmm!!!Taklah kejam sangat nak gigit anak-anak orang ni.Jangan cari pasal.Kita yang tak cari pasal ni lah orang  selalu target...free free je nak kena kan kita...kannnn...

Okaylah...selamat bercutilah kepada yang bercuti.Selamat Menyambut Hari Raya Haji kepada semua umat Islam.Korban tak tahun ni?Inshaa Allah berkorban tahun ni.Tak dapat tahun ni tahun depan ye tak...Amin!!

Pesanan:Lama tak berblog kekok pulak...hahhaha.(ayat mengada)

Tuesday, July 29, 2014

Hari Raya Eratkan Silaturahim Keluarga





Pasti dikalangan kita ada selisih faham dengan keluarga terdekat.Namun begitu lebaran ini lah yang cuba menyatukan kembali hubungan keluarga yang pernah tegang suatu waktu dahulu.
Jadi ambillah kesempatan hari yang mulia ini saling bermaafan dan saling maaf memaafi.Lupakan segala sengketa.Tidak perlu menunggu siapa yang harus mulakan dahulu.Siapa sahaja berhak mendapat kemaafan.
Jangan cemari hari raya ini dengan persengketaan.Saya lihat sesiapa sahaja yang takutkan hari kebangkitan tidak akan mensia-siakan peluang ini.
Kita kena muhasabah diri sendiri.Kita tak mahu esok di akhirat sibuk mencari orang yang pernah kita sakitu dulu.Eloklah memaafkan sahaja semua.

Bagaimana beraya tahun ni?Saya dan keluarga meraikan dalam suasana serba sederhana.Semoga ikatan persaudaraan bertambah erat.Saling kunjung mengunjungi.

Pesanan:Buang yang keruh ambil yang jernih.

Wednesday, October 09, 2013

Berapa harga lembu korban sempena Ibadah Korban tahun 2013?

Harga lembu pun setiap tahun naik harga sama macam barangan keperluan yang lain.Seingat saya harga sebahagian (1/7) lembu dulu RM250,kemudian naik lagi RM350 dan sekarang naik lagi RM450.Jadi kalau RM450 x 7 bahagian menjadikannya RM3150 seekor lembu.Katanya termasuk upah menjaga dan memberi makan lembu sebelum diserahkan kepada pembeli sama ada sehari sebelum raya haji.Harga tu saya dapati di Kelantan kampung suami saya.

Tak kisahlah berapa kena bayarpun kan,yang penting ikhlas dalam mengerjakan ibadah korban.Yang penting lembu itu mengikut syarat-syarat haiwan yang boleh dijadikan korban haji.

Syarat Sah Korban
  1. Hendaklah binatang yang diqurbankan itu tidak mempunyai sebarang kecacatan yang menyebabkan kekurangan kuantiti dagingnya ataupun menyebabkan kemudharatan terhadap kesihatan. Contohnya cacat yang teruk pada salah satu matanya, berpenyakit yang teruk, tempang atau kurus yang melampau.
  2. Hendaklah korban itu dalam masa yang tertentu iaitu selepas sembahyang Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah hingga sebelum terbenam matahari pada akhir Hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah.
  3. Hendaklah disembelih oleh orang Islam.
  4. Orang yang berkongsi mengorbankan unta atau lembu tidak lebih dari tujuh orang di mana masing–masing menyumbang 1/7 bahagian.

Pesanan: Semoga Ibadah korban kita diterima Allah s.w.t.

Wednesday, August 21, 2013

Kawan anak-anak mulakan operasi

Dah bermula sekolah.Suasana hari raya masih ada.Begitu juga di kawasan perumahan saya.

Kini giliran anak-anak meraikan bersama rakan-rakan mereka.Pandai pula mereka menjalankan operasi.Dari si kecik hingga si besar,berjalan beramai-ramai singgah rumah kawan-kawan untuk beraya.

Rumah cikgu pun diterjah juga.Layan sahajalah mereka.Maklumlah rumah cikgu belaka kat sini.hehehe

Dah dapat undangan open house ke?Makan tu beringatlah.Jangan semuanya nak disumbat ye...Kesihatan perlu dijaga juga.

Pesanan:Tak kemana-mana minggu ni,sekolah dah mula menggantikan cuti...sabtu ni dah mula sekolah ganti.

Saturday, August 03, 2013

Dah tukar duit raya?

Orang banyak duit bolehlah tukar banyak-banyak ye...Yang tak banyak tukarlah setakat yang mampu.Saya tukar pun sebab nak bagi duit raya kat anak-anak buah je.Yang lain tu kalau ada lebih dapatlah,kalau tak takdelah ye.Saja nak bagi budak-budak suka.

Sumber :Sumijelly

Orang yang dua-dua bekerja seronoklah,lagi-lagi kerja kerajaan.Dua-dua boleh bonus kan...Tapi untuk ibubapa tu,janganlah ajar sangat anak-anak minta duit raya.Bukan budaya kita pun.Kalau orang nak beri ambil,kalau takde tu jangan lah meminta pula.

Kasihan pada keluarga yang tidak mampu menyediakan duit raya.Boleh ziarah menziarahi,dapat makan minum pun dah cukup.Bersyukur rezeki mana-mana yang ada.Yang penting hari raya ni,kita mengeratkan lagi silaturahim antara sesama keluarga kita.Dahlah nak berjumpa selalu susahkan.Masa ni lah boleh tengok perkembangan keluarga masing-masing.

Okaylah.Beraya lah nanti dengan cara sederhana.Jangan lupa ganti puasa kalau ada yang tinggal puasa.Takut lupa je.

Pesanan:Adik saya si sumijelly tukar duit raya banyak tahun ni,ada  lah tu rezeki anak-anak saya...hehehehe

Thursday, August 01, 2013

Dapat duit raya dan book mark raya dari Intan Berlian

Alhamdulillah,rezeki bulan Ramadan lagi.

Blogger Ina dari blog Intan Berlian,bermurah hati memberi duit raya untuk anak-anak dengan menyertai 'Mini Giveaway #16'.Saya beri 4 orang nama anak yang berumur bawah 12 tahun.Tak sangka 2 daripadanya terpilih untuk diberi duit raya berjumlah RM5 seorang.Jumlah banyak atau sikit tidak penting,yang pastinya anak-anak pasti gembira.Bersyukur atas rezeki ini.




Book mark raya ni pun dapat dari Ina Intan Berlian juga..Cantik!Seperkara lagi yang saya baru perasan,sekarang ni setem untuk pos walaupun sekeping kad sebegini berharga 60 sen ye.Last sekali saya pos surat dulu -dulu harganya 30 sen.Lama sungguh saya tak berutus surat ni.Terlalu lama rasanya.


Terima kasih buat Ina,saya doakan semoga dimurahkan rezeki Ina sekeluarga.

Pesanan: Internet saya slow dah...lambat sikit BW rumah kawan-kawan..

Wednesday, July 24, 2013

Persiapan raya,perlukah serba baru?

Bila bercerita tentang persiapan raya,saya tertarik apabila pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) Ahmad Fetri memberitahu rakan pengacaranya Nurul Shuhada bahawa dia tiada istilah baju raya.Maknanya dia tidak semestinya membeli baju baru semata-mata kerana raya.Sangat bersederhana orangnya,kata-katanya sangat menarik hati.

Tapi kita bila ditanya persiapan raya,pasti memberitahu baju raya dah beberapa pasang dah tempah atau beli,kasut rayalah,semuanya kita nak beli baru,makna kata semuanya nak serba baru raya ni.Tak salah sebenarnya,tapi janganlah sampai terlebih berbelanja dek kerana semuanya nak serba baru.Kalau baju masih boleh dipakai lagi dan tiada keperluan,eloklah duit itu disimpan untuk perkara yang lebih baik.

Janganlah terlalu ikut sangat nafsu membeli kita.Kita di bulan Ramadan ni dituntut bersederhana dalam semua hal,biarlah ianya kekal bila-bila.Saya pernah recycle baju raya.Tak de pula yang sibuk bertanya "Baju tahun lepas ke?""Kau tak beli baju baru ke?",takde lagilah.Mereka pun tak perasan baju apa saya pakai tahun lepas atau tahun-tahun sebelumnya.Saya boleh jadikan ianya lain hanya dengan menukar warna tudung.hehehe.

Sejak dah berkahwin ni dan bila dah ramai anak seperti saya,saya banyak tumpukan keperluan anak-anak dan suami dari diri sendiri.Saya dah tak kisah dengan baju-baju raya ni.Kalau ada baru saya pakai,kalau takde saya recycle je.Bukan tak mampu nak beli,tapi saya nak bersederhana,bagi saya banyak lagi keperluan penting yang perlu saya dahulukan.Lagipun sebagai surirumah,banyak lagi baju kurung yang saya baru pakai 2-3 kali,sebab saya tak keluar ke mana-mana pun.

Anda bagaimana?

Pesanan:Sekadar nak gembirakan anak-anak beli juga baju dan kasut baru.

Saturday, October 27, 2012

Rentetan Cerita Lembu Korban di Pagi Raya Aidil Adha


Rentetan cerita lembu korban

Mula-mula lembu tu mengeluarkan bunyi yang kuat 'moooooo.....moooooo.....moooooo'.Kemudian dia terkencing.....banyaknya keluarkan air kencing.Budak-budak dah kerumun sekeliling lembu tu.Maka mereka pun dapat menyaksikan adegan tersebut.he he he....

Mulalah acara akad jual beli.kemudian berniatlah masing-masing yang terlibat dan acara penyembelihan pun bermula.Menggeleparlah lembu tersebut tatkala selesai penyembelihan dan akhirnya senyap juga menandakan sudah tamat riwayat hidupnya.

Maka,bermulalah kaum lelaki melapah daging lembu.Kaum wanita mulai memasak di dapur.

Daging korban mulai ditimbang dan di agih-agihkan kepada yang layak menerimanya.Sementara di dapur daging tadi dimasak sama ada di goreng atau di buat singgang daging.

Sebelum kaum lelaki ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat,acara makan-makan untuk mereka disediakan.Perut kenyang,selesai solat,nampaknya ramai yang cuba melelapkan mata....keletihan nampaknya.....

Tamatlah cerita daging korban hari ini.Selesai!

Pesanan:2 - 3 hari ni jumpa lauk berasaskan daging je lah....tak nampak dah lauk lain....pening wei!

Monday, September 03, 2012

Rondang omak den


Akhirnya dapat juga saya bersama keluarga sempena cuti merdeka ni.Setelah seminggu saya beraya di rumah mertua,balik semula ke Kuala Lipis kemudian cuti pula sempena merdeka,saya mengambil kesempatan bertemu ayah mak dan adik beradik yang lain di Kuala Lumpur.

Kebiasaannya cuti seminggu raya kami bahagi dua beraya di rumah saya (Kuala Lumpur)dan rumah mertua(Kelantan).Tetapi tahun ni terpaksa menukar plan.Oleh kerana giliran saya beraya di rumah mertua di Kelantan,dan kebetulan pula anak saya yang kedua belajar di sana,maka kami berubah rancangan.Jadi tahun ni seminggu kami beraya di Kelantan.

Tak kisahlah tu kan.Tapi apa yang saya nak ceritakan,sempena saya nak balik rumah mak,kebetulan pula mak sudah selesai puasa 6,maka mak buat sedikit jamuan makan-makan.Mak nak raya lah tu kan.Saya belum sempat nak puasa 6,bila lah nak puasa asyik ada open house je.he he he...Jadi menu mak mesti ada rendang ayam.

Memang terbaiklah rendang mak.Saya pun masih belum mewarisi resepi rendang mak yang sedap ni.Lagipun waktu saya sampai rumah mak waktu tu,mak hampir siap memasak rendang ni dengan kakak ipar saya.Cuma yang saya tahu antara teknik memasaknya dia masak santan dahulu.Itulah antara rahsianya mungkin.Kalau biasa saya masak rendang saya campur semua bahan dalam santan.

Terima kasih mak atas rondang omak yang sodap nih!Siap bawa balik Lipis lagi tau!

Pesanan:Nasib kakak ipar ada,boleh tanya nanti kat dia macam mana mak masak.he he he


Saturday, September 01, 2012

Open House Sana Sini

Tak habis lagi beraya?Balik sahaja dari bercuti,ada saja jemputan jamuan hari raya.Makin naiklah berat badan ni.Baru je habis berpuasa sebulan.

Hilang dah niat di hati nak bersederhana dalam bab-bab makan ni,bila pelbagai juadah terhidang di atas meja.Nafsu makan mulai menguasai diri.Memang tak tertahan.Tekak pun dah kering dek kerana minum air batu banyak sangat.Sabarlah wahai perut,sanggup sumbat semuanya.Balik rumah,bilik termenung menjadi rebutan.

Anak-anak pula masih lagi mengumpul duit raya.Sungguh pemurah rakyat Malaysia ni...Yang untung sape? Mereka dan keluarga mereka...

Merdeka!Merdeka!Merdeka!

TAHNIAH MALAYSIA KERANA SUDAH 55 TAHUN MERDEKA!

Pesanan:Merdekakah kita?Tepuk dada tanya iman....

Wednesday, August 15, 2012

Pemandangan Biasa Menjelang Hari Raya



Selamat pulang ke kampung halaman masing-masing.Cuti dah beri awal,jadi tak perlulah tergesa-gesa pulang.Memandulah dengan hati-hati,jangan pentingkan diri sendiri.Orang lain pun nak sampai cepat.

Pemandangan ni saya ambil di kawasan rumah saya di Benta-Kuala Lipis,Pahang.Patutlah KL lengang,habis pakat-pakat balik belaka ke pantai timur,barat, utara ,selatan.

Semoga semuanya selamat dalam perjalanan.Di kesempatan ini,saya memhon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog saya,blogger2 dan kawan2 semua jika ada tersalah silap.

Selamat Hari Raya...Maaf zahir batin...

Kereta saya mungkin juga antara kereta-kereta yang akan menyesakkan jalan-jalan ke Kota Bharu,sebab tahun ni giliran kampung suami!!he he he...senyum sokmo!


Pesanan:Maaflah kalau komen tidak dibalas,jejak tidak di cari...mungkin sibuk sedikit...tapi akan dilawati kemudian....

Monday, August 06, 2012

Tempahan Biskut Raya Untuk Diedar

Saya mengambil kesempatan bulan puasa ni mencari rezeki lebih dengan menjual biskut raya.Orang lain menjahit baju raya,langsir raya,jual pinggan mangkuk,saya pula bersama Cikgu Niena berkerjasama untuk menjual biskut raya.Biskut raya ini adalah hasil tangan dari sepupunya yang tinggal di Kuala Lumpur.Jadi dapatlah kami dengan harga yang murah.

Alhamdulillah banyak tempahan yang kami terima setakat ini.Beratus-ratus bekas tempahan yang kami terima.Tak banyak mana pun,cukuplah dapat untung sedikit.Setakat ini kami hanya mengambil tempahan di sekitar perumahan kami dan guru-guru sekolah sahaja.Itupun masih banyak lagi tempat dan perumahan yang kami tidak sempat lawat.Letih nak naik turun tangga.


 Ini dia tokey biskut raya.Orang kat kuarters ni kenal sangatlah dengan muka tokey ni.Ini kat rumah Cikgu Niena.Kami sedang sibuk mengasingkan tempahan mengikut nama.Asingkan,letak harga dan senarai biskut yang ditempah.Barulah senang nak kira untung....he he he



 Raut wajah yang keletihan (letih-letihpun duit masuk wooo)setelah berjaya mengasingkan tempahan dari pelanggan.Kami niaga kecik-kecik je.Jadi bungkusan pun biasa-biasa je.Maklumlah peniaga kecil.Teringat pula saya sewaktu sudah habis menempah biskut raya pelanggan,terlupa untuk menempah biskut raya sendiri.Barulah terhegeh-hegeh nak tempah semula.


 Inilah antara pembungkusan kuih raya yang sudah siap untuk diedar kepada pelanggan by hand tau!.Maknanya kena turun naik tangga lagilah ni.Selain turun naik tangga,turun naik kereta pun ada.itu untuk yang tinggal jauh sikit.Special delivery ni.


Inilah contoh-contoh kuih raya yang kami jual.Kami menggunakan strategi print gambar kuih je.Tak beri pun rasa.Sebab kami hanya menjual kuih yang gerenti sedap dan murah.Tak perlu diragui,sebab kami dah makan dulu sample nya...he he he.

Nak tunggu gaji kakitangan awam ke 2 keluar 13 hb Ogos ni,baru nak edar.Sebab diorang dapat gaji lagi...mudah nak kutip duit...he he he Lagipun yang beli ni terdiri dari isteri-isteri cikgu dan cikgu-cikgu sekalian.ha ha ha kayo makcik!

Pesanan: Banyak rezeki boleh diperolehi jika rajin berusaha.


Sunday, September 04, 2011

Kalau balik awal pun jem jugakkk....

Cermin sisi kereta saya menunjukkan kereta masih berbaris panjang pada jam 2 pagi!

Jam sudah pun menunjukkan 2 pagi.Baru lega hati kami apabila akhirnya sampai juga ke rumah setelah berpanas punggung didalam kereta selama hampir 9 jam.

Memang beginilah keadaannya apabila pulang beraya ke rumah keluarga suami pada akhir cuti.Kami bertolak dari Kota Bharu jam lebih kurang 5 petang hari sabtu,dan berhenti sebanyak 2 kali kerana lapar dan letih.Mujur ada setengah stesen Petronas menyediakan nescafe panas-panas secara percuma untuk kami nikmati.Walaubagaimanapun kami sekadar mengalas perut dengan membeli roti atau mee segera untuk dimakan,Jimat masa sedikit.

Mujur balik sehari awal,hari ini (ahad) bolehlah berehat dan menguruskan persiapan anak-anak untuk ke sekolah esoknya.

Pesanan:Pemandu yang hendak cepat menggunakan laluan kecemasan,tak pasal-pasal kena tahan dengan polis dekat dengan Kuala Krai.Jadi berhati-hatilah!

Friday, September 02, 2011

Khas untuk anda semua

Pos melekat

02


Semoga sepanjang perkenalan kita di alam maya dan alam nyata disucikan dengan kemaafan yang terindah.Sudilah kiranya menerima kad hari raya khas dari saya sekeluarga.Untuk semua!

Pesanan: Jangan lupa jaga kesihatan.

Tuesday, August 23, 2011

Raya mana tahun ni?


perbualan di atas sekadar suka-suka sahaja...
Okay...Mungkin dah ada yang ambil cuti awal raya tahun ni.Walaubagaimanapun,cuti-cuti juga jangan lupa pintu rumah,suis-suis elektrik dah diperiksa,sama ada dah tutup belum,gas kat dapur tu macam mana?Dah periksa ke belum?Lama bercutikan?Dah lapor pada polis berdekatan,kata nak balik kampung?Bolehlah mereka buat rondaan sepanjang percutian anda.

Giliran rumah siapa tahun ni?Gaduh ye?Jangan gaduh-gaduh,kesian kat anak-anak.Tahun ni saya beraya rumah mak ayah saya,tapi bukan kampunglah ianya dipanggil bandar.Tak kisah.Kuala Lumpur destinasi hari raya pertama saya dan keluarga.Tahun lepas hari pertama beraya di rumah mak ayah suami di Kelantan,mereka betullah duduk di kampung.Barulah boleh panggil balik kampung.

Kalau balik Kuala Lumpur tak lah jalan sesak seperti balik kampung suami di Kelantan.(Ini untuk hari pertama cuti)

Sudah lama kami membuat penggiliran sebegini.Kami rasa ini lebih adil.Tetapi walaubagaimanapun masih ada tolak ansur jika tiba-tiba ada sesuatu keadaan yang tidak mengizinkan kami membuat penggiliran tersebut.Tetapi setakat ini masih bergilir setiap tahun.Adik beradik lain pun begitu juga,kebetulan sama pula masa penggiliran tersebut jadi setiap tahun bergilir tu dapatlah kami berkumpul bersama.Takdelah abang kat sana,adik kat sinunnnn....

Seperti biasa sempatlah kami berbuka puasa di rumah mak ayah di Kuala Lumpur.Pertengahan bulan puasa baru-baru ni,kami sudah pun pulang ke kampung suami untuk berbuka bersama keluarga di sana.Adil kan?

Okaylah,bila suami cikgu sekolah tiada masalah tentang cuti.Kalau cuti sekolah panjang,saya pun bercuti panjang.Horey!!!!

SELAMAT BERCUTI!

Pesanan:Hidup berumahtangga jika ingin kekal lama haruslah hormat-menghormati dan bertolak ansur.

Monday, August 22, 2011

Macam mana persiapan raya?

   
Antara tempat yang sesak menjelang sambutan raya

Wah!Dah tak lama lagi kita umat Islam akan menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri.Mesti kaum-kaum ibu sibuk membuat persiapan raya seperti menghias rumah dan membuat kuih raya.

Saya pun sama seperti ibu-ibu yang lain.ingin membuat persiapan sambutan hari raya.Cuma tahun ni berbeza sedikit Contohnya tahun lepas saya awal-awal, sudah membuat kuih raya sendiri.Kalau beli pun hanya kerepek-kerepek.Tahun ni tak dapat berbuat begitu,kerana anak-anak kecil dan juga anak-anak yang saya jaga sudah bertambah.Maka peluang untuk membuat kuih terbantut.

Takpelah,saya sudahpun menunjuk kuih untuk dibeli.Ala kuih tunjuk-tunjuk.Baju raya?Hmmm...pasti tak percaya,saya masih belum membeli lagi walau sehelaipun baju raya.Kebiasaannya,awal-awal puasa saya sudah menghantar tempahan.

Masih adakah ruang masa untuk membeli baju raya.Harap-harap ada lagi saki baki baju yang cantik-cantik untuk dibeli nanti.Khabarnya jalan penuh sesak di Jalan Tuanku Abdul Rahman.Kerana disitulah destinasi saya akan tuju.

Anak-anak pula tidak pula meminta-minta untuk dibelikan baju raya.adakah kerana mereka duduk di Lipis ni belum merasa suasana hari raya.Ye lah,kawasan sini kecil sahaja.Takdelah 'banner-banner' jualan murah seperti di Kuala Lumpur.

Tapi yang pasti hari yang dinantikan akan tiba jua.

Pesanan:Kalau tak sempat jugak beli,pakai je lah baju tahun lepas.Bukan orang perasan pun.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...