Wednesday, July 24, 2013

Persiapan raya,perlukah serba baru?

Bila bercerita tentang persiapan raya,saya tertarik apabila pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) Ahmad Fetri memberitahu rakan pengacaranya Nurul Shuhada bahawa dia tiada istilah baju raya.Maknanya dia tidak semestinya membeli baju baru semata-mata kerana raya.Sangat bersederhana orangnya,kata-katanya sangat menarik hati.

Tapi kita bila ditanya persiapan raya,pasti memberitahu baju raya dah beberapa pasang dah tempah atau beli,kasut rayalah,semuanya kita nak beli baru,makna kata semuanya nak serba baru raya ni.Tak salah sebenarnya,tapi janganlah sampai terlebih berbelanja dek kerana semuanya nak serba baru.Kalau baju masih boleh dipakai lagi dan tiada keperluan,eloklah duit itu disimpan untuk perkara yang lebih baik.

Janganlah terlalu ikut sangat nafsu membeli kita.Kita di bulan Ramadan ni dituntut bersederhana dalam semua hal,biarlah ianya kekal bila-bila.Saya pernah recycle baju raya.Tak de pula yang sibuk bertanya "Baju tahun lepas ke?""Kau tak beli baju baru ke?",takde lagilah.Mereka pun tak perasan baju apa saya pakai tahun lepas atau tahun-tahun sebelumnya.Saya boleh jadikan ianya lain hanya dengan menukar warna tudung.hehehe.

Sejak dah berkahwin ni dan bila dah ramai anak seperti saya,saya banyak tumpukan keperluan anak-anak dan suami dari diri sendiri.Saya dah tak kisah dengan baju-baju raya ni.Kalau ada baru saya pakai,kalau takde saya recycle je.Bukan tak mampu nak beli,tapi saya nak bersederhana,bagi saya banyak lagi keperluan penting yang perlu saya dahulukan.Lagipun sebagai surirumah,banyak lagi baju kurung yang saya baru pakai 2-3 kali,sebab saya tak keluar ke mana-mana pun.

Anda bagaimana?

Pesanan:Sekadar nak gembirakan anak-anak beli juga baju dan kasut baru.

24 comments:

  1. kalau nak semua baru
    jenuhlaaaa bergolok gadai hutang
    raya bukan untuk meriahkan pembaziran

    ReplyDelete
    Replies
    1. hutang tu lah yang kita takut terjadi...eloklah bersederhana..

      Delete
  2. betul kak...sejak ade anak2 keperluan mereka kita utamakan...x perlu nak membazir bagai..

    ReplyDelete
  3. Saya pun dah jadi cenggitu ummi arissa. Kalau beli baju pun utk pakai pegi ofis. Baju raya pakai je yang dah ada. Kalo kebetulan ada tempah baju yg dah lama tak ambik2, saya amik time nak raya. So, jadi baju raya jugak wp tak seglemer dan se blink2 baju raya org. Ada aku kesah asalkan pakai baju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dulu,mungkin 10 tahun lalu,setiap kali raya beli baju raya,kasut raya,macam nak menunjuk je rasanya...sekarang ni saya tak kisah dah...

      Delete
  4. bersederhanalah dalam apa jua kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang mana boleh cut cost,kita tak perlu beli kan KA

      Delete
  5. saya biasa2 jer cukup sorang sepasang baju anak2, suami dan saya...kena jimat2 jugak untuk simpanan lepas raya pulakkkan...

    ReplyDelete
  6. Kakak memang suka patah-bicara Fedtri Yahya. Dari pertuturan dia nampak dia memang amat bersederhana orgnya.

    Kakak tiap tahun memang jahit baju baru. Oleh kerana kakak kerja biasa baju ini akan jadi baju kerja juga akhirnya. Tapi abang memang tak sebab kemeja dia banyak - solat raya pulak pakai jubah itu yg jarang membeli. Kadang tak raya pun dah beli.

    Keluarga kakak pun jenis tak bermewah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak pun suka ye dengan dia...dia memang sederhana orangnya kan..

      jahit sendiri lagi jimatkan kakak..

      Delete
  7. serba baru tu tak la kesemua.contohnya langsir,sarung kusyen,perabot..rasanya tak perlu kot?

    kalau nak baru mungkin pada pakaian.yela setahun sekali, kadang2 baju lama dah lusuh.walaupun kita tak remaja, tapi kemeriahan menyambut syawal boleh kita rasa dan kongsi dengan cara ini.

    nak main bunga api kang.. orang kata buang tebiat plak hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm kalau langsir tu tak yah tunggu raya,dah lusuh baru ganti ye tak?

      afzal muda lagi masih boleh beli baju baru banyak-banyak...lagi-lagi baru berkahwin...enjoy dengan cara sendiri..ala beli je ..hehehehe

      yang ni satu tak berkenan...tolong jangan bakar duit...duit tu elok sedekah lagi banyak pahala kan..kan..kan...

      Delete
  8. ikut kemampuan juga..asyik beli baru membazir pula...
    cth macam rumah MIL saya...beli kain langsir dekat 5-6 ribu juga..rumah jenis banglo...dah 4 thn elok tak tukar2 hingga kini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkejut saya,mahal juga kain langsir tu...tapi kalau tahan lama takpelah...

      Delete
  9. saya ni buat baju tak ikut bulan, so raya ke tak raya takde istilah baju baru. "baju baru" (baju kerja) baru nak dipakai di kg tu mungkin juga. dah berusia ni, tak memilih baju dan tudung raya cam muda2 dulu dimana saya memakai baju dengan tujuan orang memuji kerana cantiknya, mahalnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dah tu...bila kita dah tahu tujuan sebenarnya..kita dah mampu membuat keputusan berdasarkan ilmu yang kita ada...

      Delete
  10. setiap kali raya , saya hanya beli satu pasang jer . satu pasang lagi saya akan recycle baju lebih 5 thn lepas . ada juga baju 20 thn lepas saya recycle sbb fesyen baju kurung nih wpun ikut trend , pusing2 pun kat situ gak . saya beruntung sbb saiz bdn tak berubah sejak zmn sekolah . wpun umur dah makin bertambah , apa pun yg saya mkn , byk mana pun yg saya mkn , bdn tetap maintain . x tau la klu dah kahwin nanti ... saya ada 2 psg kasut yg saya pakai hanya pd hari raya jer sbb rasa mcm kasut pengantin lak . tak sesuai klu nak pakai hari2 ... panjang lak saya comment yer ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah,kalau badan tak berubah okay kan...saya ni berat turun naik,tapi baju memang besar pun...jubah penyelamat..takpe komen panjang-panjang,saya suka membaca..

      Delete
  11. Xde lh semua bru... Baju je kot.. Yg lain2 pkai apa yg ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisah,asalkan jangan berlebihan ye kan..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...