Monday, July 22, 2013

Menu seterusnya satu lauk satu kuih

Saya masih meneruskan penjimatan dan elakkan pembaziran dengan menu satu lauk satu kuih.

Inilah antara menunya...ini menu semalam...
Lauk sotong masak paprik dan cekodok udang dan taugeh.Tak lama lepas tu jiran beri saya bubur lambuk.Alhamdulillah bertambah lagi..Lauk masih berbaki untuk sahur esoknya...

Ini pula lauk hari ini

Ikan siakap masak masam manis dan kuih donut coklat.Tinggal nak goreng telur dadar je.
Tak lama lepas tu datang pula jiran mengetuk pintu rumah,beri popia goreng,bertambahlah rezeki kami.
Alhamdulillah...


Dapur pun tak bersepah sangat bila masak satu lauk je..Mudah,ringkas dan menjimatkan.Perut kita ni kecil,banyak mana sangat lah boleh nak sumbat banyak-banyak.Minum air batu 2 gelas pun dah sendat perut.Apa lagi nak masukkan macam-macam.

Pesanan:Hari-hari nak masak,saya check peti dulu,lepas tu bari fikir.Google resepi je kan....

10 comments:

  1. Alhamdulillah, rezeki dan nikmat Allah untuk orang yang berpuasa. Tak membazir dan sudah tentu sedap sbb diolah oleh tangan sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menjadilah kak saya buat cam ni...ni bukan makan untuk berdua ni,untuk 6 orang...mereka pun kenyang je saya tengok...

      Delete
  2. Suka melihat tips dari Ummi. Mudah, jimat dan penting tidak membazir. Saya pun amalkan hidangan yg sedikit, yg penting kenyang dan berkhasiat. Bazar ramadhan hanya pergi jika keadaan terdesak sahaja, itupun cukup dgn satu makanan berat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni pernah beli 2 kali,itupun satu sebab saya letih balik dari kg,kedua bila lauk dah habis...tapi tetap satu lauk berat je..asalkan berkuah...

      Delete
  3. Sama pulak menu kita hari ni.. Sayapun masak telur dadar jugak.. hehe.. Puasa2 ni memang kena kurangkan lauk.. Rugi kalau tak habis.. Tak kan asyik nak simpan dalam peti sejuk je, kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama pulak ye...kebetulan...lauk tu dah habis licin..sahur goreng telur juga...hehehe

      Delete
  4. kat umah saya , lauk pauk tu yg kekadang terlebih ... aduhaiii ...

    ReplyDelete
  5. bagusnyer xde pembaziran, tapi KA kena buat 2 -3 lauk juga 3 anak yg berpuasa selera lain2 hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah,nanti takut jemu pula ye,atau tak lalu makan pula ye...takpe asalkan habis..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...