Sunday, July 21, 2013

Jemputan pertama berbuka di luar

Semalam mendapat jemputan berbuka puasa di sekolah suami bersama cikgu-cikgu dan anak muridnya.Walaupun sebagai jemputan,saya turut membantu membuat juadah berbuka.

Dibantu oleh pelajar-pelajar,saya mengambil tugas untuk membuat ayam percik untuk 10 ekor ayam.Saya perapkan ayam dan sediakan kuah perciknya.

Sewaktu ayam sedang dibakar,macam-macam komen pelajar-pelajar sebut."Hmm sedapnya bau", "Sedapnya".Tempat bakar ayamlah paling ramai yang berkumpul.



Bila pelajar-pelajar turut membantu,lagi-lagi pelajar lelaki,setiap tugas dan setiap menu dapat disiapkan dengan cepat.Banyak sangat menunya antaranya,sayur masak lemak,ikan singgang,ikan bakar cicah air asam,manakala kuih muih antaranya onde-onde,roti sosej,butir nangka dan macam-macam lagi.

Apa yang saya suka adalah kerjasama yang baik diberikan pelajar.Dari mula majlis sehingga selesai majlis berbuka,pelajar-pelajar telah mengemas keadaan kantin seperti sediakala.Untungkan bila ada yang menolong.Terima kasih!

Pesanan: Saya arahkan saja pelajar buat tu buat ni,kadang-kadang diorang panggil saya cikgu...heheheh...

6 comments:

  1. Walau terima satu ilmu, si pemberi tetap cikgu kita. Tak kiralah walau bab bakar membakar..:D))

    ReplyDelete
  2. Ummi dah memang layak jadi cikgu pun...hehe
    Seronok kan, melihat keletah budak2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kalau jadi cikgu garang tau...heheheh

      Delete
  3. seeloknya mmg org muda yg kena lbh ringan tulang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.tenaga diorang masih kuat dan gagah lagi..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...