Showing posts with label Menu Berbuka. Show all posts
Showing posts with label Menu Berbuka. Show all posts

Monday, July 14, 2014

Masak sendiri puas hati

Daging Masak Kicap


Ikan Siakap Masam Manis


Inilah antara juadah istimewa saya masak untuk berbuka bersama keluarga.

Kalau beli memang mahal,masak sendiri puas hati.Bila dah ramai ahli keluarga masak banyak sikit sebegini memang cukup.Waktu berbuka kalau dah minum bergelas-gelas air manis buh air batu,pun dah kenyang.

Alhamdulillah....rezeki kami sekeluarga.Setakat ni saya baru beli 2 kali lauk di pasar Ramadan.Itupun sebab  bila balik dari kampung,memang tak sempat memasak.Dengan letihnya lagi.Macam-macam ye kita dengar tentang mutu dan kualiti makanan pasar Ramadan.Mujur 2 kali beli tu berbaloi sedap lauknya.

Dah mula shopping baju raya dan dah mula buat kuih ke?Hmm...nampaknya kesibukan saya tak sempat buat kuih raya sendiri tahun ni.Kita pakai kuih tunjuk je lah ye hehehe!

SELAMAT BERSAHUR DAN SELAMAT BERBUKA PUASA SEMUA!

Thursday, July 03, 2014

Selamat Berpuasa

Lama tak berblog.Tiba-tiba dah masuk bulan Ramadan.Maka akan penuhlah cerita hampir di kesemua blog menceritakan perihal puasa dari sahurnya,berbukanya,fadhilatnya hinggalah ke menunya.

Seronokkan.Bagi yang jarang berpeluang makan berjemaah dengan keluarga,inilah masanya untuk diambil peluang.

Saya sedari satu hal bila tiba Ramadan.Akan muncullah bazar Ramadan dan penjual baru yang menjual semakin bertambah.

Tak salah berniaga ianya sebahagian tuntuntan agama.Tapi janganlah kerana ingin untung banyak kualiti masakan rendah.Juallah seperti orang lain jual dengan harga berpatutan dan kualiti masakan yang terbaik.

Bukan apa,sewaktu nak beli juadah selera membeli sangat tinggi,namun ramai yang berakhir dengan kekecewaan apabila kualiti masakan tidak seperti diharapkan.Tentu sedihkan.

Masak sendiri puas hati kan.Menu bersahur pagi ni...hehehe

Apapun rasanya ramai wanita,ibu-ibu lebih gemar menyediakan masakan sendiri.Rasa nak makan itu kita buat.Tak tahu resepi kita google je.

Terserah kepada masing-masing.Semoga kita merebut pahala yang berlipat ganda di bulan Ramadan ni.

Pesanan:Selamat bersahur dan selamat berbuka.

Monday, July 29, 2013

Jemputan berbuka berturut-turut...Alhamdulillah

Dah hujung-hujung puasa ni ramai pula yang menganjurkan majlis berbuka puasa.Jadi bila orang dah pelawa tu janganlah jual mahal.Hadirlah.Bila dah di ajak tu maknanya,memang ada peruntukan makanan untuk kita.

Mereka ni dah budget makanan bergantung berapa ramai yang hadir.Jangan tak hadir,nanti membazir pula makanan.Saya ni kalau dijemput Insya Allah akan hadir,kecuali ada hal tak dapat dielakkan.

Esok jemputan berbuka di surau tempat saya tinggal.Lusa di sekolah suami mengajar.Saya rasa hanya dengan cara ni kita dapat kenal lebih dekat orang-orang yang berada di sekeliling kita dengan lebih dekat.Jadi datanglah awal sedikit,bolehlah kenal-kenal.

Alhamdulillah rezeki Allah beri tak pernahnya putus jika kita berada di dalam golongan orang yang bersyukur.Betul kan?

Sekolah pun tinggal minggu ni saja kan.Eloklah berjumpa sebelum bercuti panjang.Maklumlah kebanyakan penghuni di kuarters ni golongan guru-guru sahaja.

Okaylah itu saja cerita hari ni.

Pesanan:Biasanya jemputan sebegini,saya mesti bawa sejenis kuih untuk dirasa sedikit sorang.

Thursday, July 25, 2013

Berbuka di kedai atau bawa bekal ?

Kalau anda pulang ke kampung dan kena pula bulan puasa,dan dah semestinya anda akan berbuka di tengah jalan,mana yang anda rancang?Berbuka di kedai makan atau bawa bekal dari rumah?


Saya lebih suka membawa bekal dari rumah.Makan je apa yang ada.Cuma saya akan beli air sahaja.Bila kita dah bawa bekal dari rumah,kita tak perlu pening kepala nak cari kedai makan yang mana,nak order apa.Lama pula nak tunggu kan.Ye lah semua akan makan serentak kan.

Yang best lagi bila dah bawa bekal kita hanya perlu cari tempat yang sesuai je,jadi berhentilah kat mana-mana kita rasa sesuai.


Hari ni saya akan pulang ke kampung suami di Kelantan.Bila dah lewat petang bertolak,memang konpem,saya dan keluarga akan berbuka di tengah jalan.Saya dah siapkan semua makanan yang diperlukan.Bawa pinggan plastik dan cawan.Amacam?

Nasi putih lauk sotong masak kunyit,ayam goreng berempah dan kurma.Tak lupa juga sedikit kuih kaswi sebagai pelengkap.Banyak pula menunya ye.Lari dah ni dari menu satu lauk satu kuih.Takpe sekali sekala,berjalan jauh perlukan pilihan makanan kan.

Selamat bercuti sempena Nuzul Al-Quran dan selamat berhujung minggu.

Pesanan:Saya ke Kelantan sambil melawat anak yang tinggal asrama sana.Boleh bersahur dan berbuka bersama.

Monday, July 22, 2013

Menu seterusnya satu lauk satu kuih

Saya masih meneruskan penjimatan dan elakkan pembaziran dengan menu satu lauk satu kuih.

Inilah antara menunya...ini menu semalam...
Lauk sotong masak paprik dan cekodok udang dan taugeh.Tak lama lepas tu jiran beri saya bubur lambuk.Alhamdulillah bertambah lagi..Lauk masih berbaki untuk sahur esoknya...

Ini pula lauk hari ini

Ikan siakap masak masam manis dan kuih donut coklat.Tinggal nak goreng telur dadar je.
Tak lama lepas tu datang pula jiran mengetuk pintu rumah,beri popia goreng,bertambahlah rezeki kami.
Alhamdulillah...


Dapur pun tak bersepah sangat bila masak satu lauk je..Mudah,ringkas dan menjimatkan.Perut kita ni kecil,banyak mana sangat lah boleh nak sumbat banyak-banyak.Minum air batu 2 gelas pun dah sendat perut.Apa lagi nak masukkan macam-macam.

Pesanan:Hari-hari nak masak,saya check peti dulu,lepas tu bari fikir.Google resepi je kan....

Sunday, July 21, 2013

Jemputan pertama berbuka di luar

Semalam mendapat jemputan berbuka puasa di sekolah suami bersama cikgu-cikgu dan anak muridnya.Walaupun sebagai jemputan,saya turut membantu membuat juadah berbuka.

Dibantu oleh pelajar-pelajar,saya mengambil tugas untuk membuat ayam percik untuk 10 ekor ayam.Saya perapkan ayam dan sediakan kuah perciknya.

Sewaktu ayam sedang dibakar,macam-macam komen pelajar-pelajar sebut."Hmm sedapnya bau", "Sedapnya".Tempat bakar ayamlah paling ramai yang berkumpul.



Bila pelajar-pelajar turut membantu,lagi-lagi pelajar lelaki,setiap tugas dan setiap menu dapat disiapkan dengan cepat.Banyak sangat menunya antaranya,sayur masak lemak,ikan singgang,ikan bakar cicah air asam,manakala kuih muih antaranya onde-onde,roti sosej,butir nangka dan macam-macam lagi.

Apa yang saya suka adalah kerjasama yang baik diberikan pelajar.Dari mula majlis sehingga selesai majlis berbuka,pelajar-pelajar telah mengemas keadaan kantin seperti sediakala.Untungkan bila ada yang menolong.Terima kasih!

Pesanan: Saya arahkan saja pelajar buat tu buat ni,kadang-kadang diorang panggil saya cikgu...heheheh...

Wednesday, July 17, 2013

Menu satu lauk satu kuih ...sambal bachang tu yang tak tertahan tu....


Menu saya untuk petang ni.Tak perlu nak lelah kat dapur masak banyak-banyak.Sudahnya tak habis juga.Kalau sambal ikan bilis ni boleh juga naik selera nak makan.

Kuih apam beras tu pun saya buat ikut satu adunan memang banyaklah dapat.Jadi saya agih-agihkan sedikit kepada jiran-jiran dan tinggalkan sedikit untuk kami makan.

Cukuplah tu.lauk tu kalau nak tambah pun untuk anak-anak iaitu telur dadar.Saya ada buat sambal bachang semalam.Buat banyak,makan sikit,lebihnya simpan peti boleh makan lagi esoknya.Penaik selera namanya ni.


Okaylah,saya bukan nak tayang sangat makanan,tapi tujuan saya ikhlas nak beri cadangan untuk anda yang masih pening nak masak juadah berbuka nanti.

Selamat Berpuasa...dan selamat berbuka puasa...

Pesanan: Resepi sambal bachang tu ada dalam Majalah Saji Julai 2013.Cubalah sedap....

Tuesday, July 16, 2013

Kempen Satu Lauk Satu Kuih

Saya nak berkempen ni.hahaha...Kempenlah sangat kan..

Antara cara-cara untuk mengelakkan pembaziran adalah dengan menyediakan satu lauk satu kuih.Masak secukupnya.Di samping itu mengelakkan dari kita makan terlalu banyak kerana terlalu banyak pilihan makanan.

Perut pun tak terasa penuh dek kerana makan terlalu banyak.hehehehe...Nanti mulalah mata pun kuyu.Apa pun tak boleh.



Saya punya pilihan pula walaupun satu lauk masih ada tambahan lauk tetap untuk anak-anak iaitu lauk telur dadar.Walaupun satu lauk,saya pastikan lauk itu berkuah.Dah hampir 7 hari kita berpuasa itulah yang saya lakukan,iaitu menyediakan satu lauk satu kuih.

Kuih pula saya buat kuantiti lebih sedikit untuk disedekahkan kepada jiran-jiran.

Tapi,maklumlah bulan-bulan puasa ni rezeki memang benyak.Jiran-jiran pula rajin memberi kuih,ini menyebabkan banyak pilihan kuih muih walaupun dalam kuantiti sedikit.Maknanya dapatlah merasa sikit sorang kan.

Kepada jiran-jiran yang memang nak beri kuih kepada jiran-jiran ni,saya nasihatkan beri dalam kuantiti yang sedikit.Ini bagi mengelakkan berlaku pembaziran dengan kuih yang terlalu banyak diberi.

Bayangkan 3 jiran beri kuih serentak,di situ dah banyak bilangan kuih yang ada kan...

Okaylah selamat berpuasa semua!

Pesanan: Jangan lupa buatlah air yang best-best untuk anak-anak.

Monday, July 15, 2013

Selingan Blog - Kucing Parsi

Bulan puasa ni ramai lah surirumah sibuk menyediakan juadah istimewa untuk berbuka nanti.Saya pun tidak kurang juga mencuba resepi-resepi baru untuk juadah berbuka puasa.Masa ni habis semua resepi saya selongkar sama ada dari buku-buku resepi saya,majalah-majalah lama dan baru seperti Saji dan Rasa.

Semuanya terliur bulan-bulan puasa ni.Namun demikian saya sentiasa beringat agar jangan membazir dan kawal nafsu nak makan saya tu.Saya sekadar menyediakan 1-2 jenis lauk dan sejenis kuih.Cukuplah cerita tentang makanan di bulan puasa ni.

Saya nak beri selingan dengan memaparkan gambar kucing parsi jiran saya.Geram saya tengok bulunya yang mengembang tu.Jomlah tengok sekejap.




Pesanan:Semua kucing-kucing tu adik beradik tau.Nampak garang yang duduk kat TV tu.

Wednesday, August 01, 2012

Juadah Berbuka Untuk 5 Keluarga

 Hidangan yang simple dan makan cara orang kampung je...

Tak habis lagi cerita berbuka rumah mak ayah baru-baru ni.Saya ada 5 orang beradik.2 lelaki dan 3 perempuan.Jadi bila kami pakat-pakat masak dan bawa lauk masing-masing dari rumah,maka setiap seorang tidak perlu masak banyak-banyak.Bila semua lauk dah bergabung,jadilah banyakkan.

Kalau 5 orang darab dengan pasangan masing-masing campur pula dengan mak ayah menjadikan dewasa berjumlah 12 orang.Cucu-cucu mak semuanya berjumlah 15 orang termasuk baby baru lahir.Kita kira yang budak besar yang makan banyak,ala ada lah dalam 8 orang.Yang lain-lain tu kecik,itupun ada yang tak puasa.

Jadi juadah yang kami sediakan sangat mencukupi.Tiada pembelian atau masakan yang membazirkan.Kalau beli pun kuih muih dan air buah atas permintaan anak masing-masing.Saya rasa kalau begini caranya kita dapat elakkan pembaziran makanan dan makan melebihi kemampuan.Seronok kan kalau kita masak,habis dimakan.

Jangan tak tahu,ada juga lebihan pula untuk makan sahur lagi.Jadi tak perlu memasak lain lagi untuk juadah sahur.Yang tinggal pun keluarga saya je lah kat rumah mak,sebab hanya saya saja yang tinggal jauh dari Kuala Lumpur.Adik beradik lain selepas bertarawih pulang semula ke rumah masing-masing di sekitar Kuala Lumpur ni.

Seronok melihat semua solat Maghrib berjemaah.Dapat lihat disitu satu kekuatan ikatan kekeluargaan yang memang susah untuk berkumpul serentak kalau bukan ada majlis-majlis tertentu.Sejuk hati memandang anak-anak turut serta berjemaah tak kira kecil dan besar.

Pesanan: Raya nanti lah kalau nak berkumpul semula.

Tuesday, July 24, 2012

Hari-hari digoda makanan

Kena banyak bersabar nak melatih anak usia 5 tahun berpuasa.Bangun sahur kena pujuk rayu dulu.Cakap kena lembut sikit.Lauk kena selera dia,baru boleh makan.

Waktu ke sekolah dari pagi hingga tengah hari boleh tahan lagi.Mungkin sebab semangat kuat sebab kawan-kawan lain pun puasa juga.

Masuk je tengah hari nak ke petang mulalah buat perangai.Pujuk dulu suruh main game kat komputer,hmmm... bolehlah tahan sikit.Waktu saya mula buat kuih,dah merengek pulak.Saya janji simpan sikit kuih untuknya.Tapi kalau lama-lama tengok macam-macam kuih saya buat untuk jualan,dah mula tergoda.Waktu ni babanya dah balik.Nak menangis kuat-kuat depan saya dia takut.Pergi mengadu kat baba pulak.Baba pulak cair hatinya,minta kuih nak beri pada anak.hmmmm...jam 3.45petang dah berbuka,tak sabar nak tunggu beberapa jam lagi.

Tengoklah kuih ni,mana tak tergodanya.Saya yang tukang buat pun tiba-tiba rasa nak makan,biarpun bila waktu berbuka saya simpan sikit,tak juga habis makannya.Apa lagilah anak-anak kecil ni.

Tengok muka merajuknya.Padahal nak makan sikit je kuihnya.tu nak start meraunglah tu.ish...mudah sangat tergodanya.Semalam puasa sampai 3 petang,hari ni 3.45 petang,esok-esok tak tahu lagi.Harap kat sekolah je lah tak makan sebab cikgu dia tak masak.

Lauk kat rumah pun dah habis.Jadi saya ke kedai beli tin sardin.Sayur pula kebetulan semalam jiran (ustaz Azan)yang berkebun tu bagi.Periksa lagi peti ais ada lah ikan bilis mentah,itupun jiran bawah rumah(Cikgu Niena) bagi.Jadi saya pun masaklah untuk juadah berbuka.Alhamdulillah rezeki Allah beri pada bulan puasa ni.Dapatlah 3 lauk sambal sardin,sayur kailan goreng dan ikan bilis goreng bawang dan cili.

Selamat Berbuka!

Pesanan:Memang rezeki saya lah ni,jiran-jiran baik hati.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...