Wednesday, August 01, 2012

Juadah Berbuka Untuk 5 Keluarga

 Hidangan yang simple dan makan cara orang kampung je...

Tak habis lagi cerita berbuka rumah mak ayah baru-baru ni.Saya ada 5 orang beradik.2 lelaki dan 3 perempuan.Jadi bila kami pakat-pakat masak dan bawa lauk masing-masing dari rumah,maka setiap seorang tidak perlu masak banyak-banyak.Bila semua lauk dah bergabung,jadilah banyakkan.

Kalau 5 orang darab dengan pasangan masing-masing campur pula dengan mak ayah menjadikan dewasa berjumlah 12 orang.Cucu-cucu mak semuanya berjumlah 15 orang termasuk baby baru lahir.Kita kira yang budak besar yang makan banyak,ala ada lah dalam 8 orang.Yang lain-lain tu kecik,itupun ada yang tak puasa.

Jadi juadah yang kami sediakan sangat mencukupi.Tiada pembelian atau masakan yang membazirkan.Kalau beli pun kuih muih dan air buah atas permintaan anak masing-masing.Saya rasa kalau begini caranya kita dapat elakkan pembaziran makanan dan makan melebihi kemampuan.Seronok kan kalau kita masak,habis dimakan.

Jangan tak tahu,ada juga lebihan pula untuk makan sahur lagi.Jadi tak perlu memasak lain lagi untuk juadah sahur.Yang tinggal pun keluarga saya je lah kat rumah mak,sebab hanya saya saja yang tinggal jauh dari Kuala Lumpur.Adik beradik lain selepas bertarawih pulang semula ke rumah masing-masing di sekitar Kuala Lumpur ni.

Seronok melihat semua solat Maghrib berjemaah.Dapat lihat disitu satu kekuatan ikatan kekeluargaan yang memang susah untuk berkumpul serentak kalau bukan ada majlis-majlis tertentu.Sejuk hati memandang anak-anak turut serta berjemaah tak kira kecil dan besar.

Pesanan: Raya nanti lah kalau nak berkumpul semula.

32 comments:

  1. alhamdulillah makanan cukup kan :-)

    ReplyDelete
  2. Kalau kakak lihat macam kenduri dah tu. Tapi tak apa ada yg tak puasa siang bolehlah mereka sambung:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak banyak mana pun makanan tu,cuma lauk sama tapi letak dalam dua bekas ..mudah nak ambil...tu yang nampak banyak..

      Delete
  3. saya pun amalkan tak beli kuih muih banyak sangat kat bazar..sure nanti tak habis..sebab main dish dah ada kan??

    selamat berpuasa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang waktu puasa ni semua nak makan kan chekgu...nafsu tu semuanya rasa tak cukup...itu nak ini nak...last2 terbiasa tak bermakan..

      Delete
  4. bestnya dpt b'buka puasa ramai2 mcm ni kan..:)

    sy t'pandang puding karamel..betul ke..?? sedapnyeee!!! lama x mkn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok...bukan senang dapat berkumpul cam ni..

      ye lah tu puding roti berkaramel...sebab blend ngan 2 keping roti..dibuat oleh kakak ipar saya..

      Delete
  5. Bila sesekali sekeluarga berkumpul meriah kan kak ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah...bila dah berkeluarga duduk jauh-jauh...susah juga nak berkumpul...dapat berkumpul meriah rasanya..rumah mak jadi sempit dengan anak cucu menantu

      Delete
  6. Bestnya balik kampung berbuka dengan family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni kira bukan balik kg...tapi balik bandar..he he he

      Delete
  7. seronok berbuka ramai2.lagi kalo memasing bawak juadah memasing...meriah makanan..janji tak membazir

    ReplyDelete
  8. bestkan dapat berbuka ramai ramai... saya tak sempat lagi nak balik berbuka dengan mak.. anak2 tak sihat sekarang ni huhuhuhu

    ReplyDelete
  9. seronok berbuka ramai2 ni...
    sorang beli sikit lama2 jadi banyak.....

    ReplyDelete
  10. bulan puasa kena masak ngam2 je kan.. makan ramai2 bertambah la best!

    'salam kenal'

    ReplyDelete
    Replies
    1. biarlah ngam2 dari terlebih..he he

      salam kenal juga

      Delete
  11. besnya berbuka dan berkumpul sesama keluarga.. erm puasa tahunni tak dapat berbuka ngan mak :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dapat berkumpul dengan keluarga nanti ye

      Delete
  12. seronok bukak pose ramai2 ni..yg makan skit pasti mkn byk sambil bersembang..bestnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbual pun lepas diorang solat maghrib...sementara tunggu isyak...

      Delete
  13. 412

    wah benar-benar kue yang enak sob

    oya sob, saya follow 412
    ditunggu follow baliknya yah.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  14. insyaAllah sabtu ni semua adik beradik sy balik berbuka ramai2...tak sabar nihh...hihi

    ReplyDelete
  15. assalam UA..bestnya dpt makan & berbuka bersama keluarga..mama berbuka berdua dgn en.papa je..hu2x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam mama...ala mama pun nantipun akan berbuka ramai2...janganlah sedih...

      Delete
  16. bestnya dapat makan ramai-ramai..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok dapat berkumpul bersama semua adik beradik..jarang dapat berjumpa ni..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...