Thursday, August 02, 2012

Ayat kena pedih...baru orang tu terasa...

Kalau setiap tempat jumpa ayat begini bagaimana?Teruklah masyarakat Malaysia ni tentang bab-bab buang sampah ni.Ikut suka hati je kan buang sampah merata-rata walaupun tong sampah tak sampai sekaki.Malas gamaknya. Memanglah bukan semua macam tu,tapi kebanyakannya begitulah.Kecik pun sampah juga.Besar lagi lah sampah namanya.

Saya jumpa ayat ni di sebuah stesen minyak di Kelantan.Saya rasa memang elok dah bahasa dia tu.Biar orang yang membaca kalau terkena kat batang hidung sendiri terasa.




Kalau masih tak terasa juga lagi.Memang dah takde perasaan lah tu.Mati dah hati tu.Islam pun menuntut kita menjaga kebersihan.Janganlah kat rumah kita kat persekitaran kita je bersih,pergi ke tempat orang lain kenalah juga jaga kebersihan.

Yang lagi sedap ceritanya tentang sampah ni,lagi kita letak amaran "Dilarang membuang sampah di sini. Denda RM500 ....lagilah banyak sampah berkumpul kat situ.
Rupanya ayat kena pedih,baru hati tersentuh.

Pesanan:Untuk ingatan saya juga ni,saya tidak terkecuali.


33 comments:

  1. So true kak..orang kita ni kalau tak kene maki tak reti..ckp baik2 lembut2 sume tak jln..ape la nk jadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang gitulah lumrah manusia kat Malaysia ni..

      Delete
  2. Terang dan jelas maksud pun sampai..
    Harap 'mereka' sedar... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...harap sedarkan sifat yang tak baik tu..

      Delete
  3. betul tu...tp yg berhati kering tu kdg2 xterkesan juga...golongan selfish sekolah xpandai2..huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah bila pentingkan diri sendiri dia akan menyusahkan ramai orang..

      Delete
  4. hehe..stesen minyak mana ni kak?syahdu betul ayat dia..banyak sangat orang buang sampah agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tak ingatlah kat ne...lama dah ni..

      Delete
  5. bila kena camni sure tersipu malu nak buang sampah kat situ

    tapi kalau yang 'jgn buang sampah di sini denda RM500' memang nampak banyak sampah pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang denda Rm500 pun orang tak pedulik...yang takde denda laagi lah orang buang sesuka hati

      Delete
  6. ada yg best lagi, klau org tak nampak lagi best buang sampah...semua nak ambil senang aja.....

    ReplyDelete
  7. memang patut pun amaran keras tu..dh buat sign elok2 x heran kan...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana nak diherankan...bukan tempat dia..terukkan..

      Delete
  8. stesen minyak kat kelantan area mana ni kak..kalau ada yg tak faham lagi kasi sekolah balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak ingatlah area mana...lupa dah..sebab singgah kejap..

      Delete
  9. Umi.. sentiasa standby kamera ke mana-mana, ada 'shot' menarik boleh kasi tangkap dan uplod dalam blog macam ni.. CANTIK!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pakai kamera biasa..pakai hp je...tu yang boleh ambik gambar selalu tu..he he he

      Delete
  10. Mmg pun..bagus jugak..klu lg pedas lg bagus...tulisan biar besar kasi kaler merah terang lg.
    Hehehe...biasa saya nampak yg conteng2 kat dinding jer...

    ReplyDelete
  11. ayat2 pedih ni khas utk orang yg x makan saman..baru diorang boleh faham kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah diorang memang tak makan saman...makan nasi je reti

      Delete
  12. susah nak ckp mentaliti kebayakkan org kat mesia ni begitulah boleh baca but buat2 x reti aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya diri kita sendiri yang mampu membuat perubahan itu kan..

      Delete
  13. ehem ambik kau..tak tahulah mama kalau diaorg tak terasa dgn ayat2 tu..he2x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah mama kan..sentap juga ni bila baca..

      Delete
  14. kena banyakkan papan tanda yang bernada macam ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahasa malaysia yang biasa dah tak leh guna...sebab rakyat tak faham dah..he he he

      Delete
  15. hehehe tapi msalahnya biasa yang buang sampah merata2 ni tak baca notis tu :D

    ReplyDelete
  16. ayat membebel ni. tp mcm dini ckpla... org yg buang tu bukan baca pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang tak g sekolah ke tak pandai baca...ha ha ha

      Delete
  17. dh terang gini pun ada juga yg terlepas pandang kan..ishh

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...