Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Friday, January 16, 2015

Sesi persekolahan tahun 2015 bermula!


Akhirnya setelah ditangguh seminggu sesi persekolah Tahun 2015,akhirnya 12 haribulan Januari bermula sesi persekolahan yang ditunggu-tunggu pun tiba.

Kesemua anak-anak saya  sudah bersekolah.Dah takde yang tinggal di rumah menemani saya.Namun begitu 6 anak saya semuanya berlainan sekolah kecuali yang no 5 dan 6 sekolah rendah yang sama.

Seawal jam 6 pagi saya bangunkan anak saya,mandikan anak saya yang bongsu ni,dan bersiap pakai baju sekolah.Baju sekolah pra tak dapat lagi jadi gunakan dulu baju pra sekolah anak yang dulu.

Lucunya,sekolahnya bukan lah jauh sangat.Sebelah kuarters je.Jalan kaki seminit dah sampai kat padang sekolah.15 saat lagi sampailah kat bangunan sekolah.hehehe..

Saja saya bangunkan awal-awal anak tu.Dah tahu nanti bersiap lama.Nak makan lagi,Nak pakai stoking pun lambat..hahaha..semangat kan umi dia.

Okaylah.Selamat bersekolah semua.

Pesanan: Jangan mula-mula je bangun awal,dia ni banyak alasan untuk tidak ke sekolah...hahaha

Thursday, April 10, 2014

RM35 untuk bayaran perkhidmatan bas ke sekolah

Berapa bayaran di tempat anda? Ini adalah purata bayaran bulanan yang dikenakan di kawasan perumahan rumah saya sekitar Kuala Lipis dan Benta.

Perkhidmatan ini untuk anak-anak sekolah yang menggunakan perkhidmatan van atau bas sekolah dari rumah ke sekolah.Betapa senangnya anak-anak saya tidak seorang pun pernah menaiki bas sekolah.Ini bermakna saya atau suami akan menghantar anak-anak ke sekolah.Itu tidak termasuk yang tinggal di asrama,saya atau suami juga yang akan menjemput mereka bila masa balik bercuti.


Saya pernah berdiri kat tangga seperti ni,bukan sebab tiada tempat duduk,tapi nak tunjuk terer...hahahaha
Bas seperti inilah saya pernah naik zaman sekolah dulu.Tahun 90an...

Saya pernah menaiki bas sekolah,kalau tidak salah ingatan saya bayarannya hanya RM15 sebulan.Faedah menaiki bas sekolah,bas jemput depan rumah,saya pasti tak akan terlepas bas untuk ke sekolah,begitu juga jika pulang ke rumah,bas menghantar sehingga ke pintu rumah dan keselamatan terjamin.Faedah untuk ibubapa,mereka tak perlu runsing nak menghantar dan mengambil anak-anak,dan anak-anak tidak ada peluang untuk melepak dengan rakan-rakan di luar waktu sekolah.Terbaikkk!!!

Jadi persoalannya,mahal kah tambang bas sekarang ini berbanding dulu,hmmmtepuk dada tengok dompet duit..

Pesanan:Pengalaman itu lebih bermakna dari melihat sahaja.

Saturday, January 25, 2014

Jom Like hasil Kerja Anak Saya dan Rakan-rakannya

Mereka bekerjasama dalam menghasilkan sebuah video pendek berjudul  "Persis alam" untuk pertandingan untuk Sekolah Kluster Kecemerlangan yang bertemakan alam sekitar.

Hasil kerja mereka ini telah dipantau oleh guru-guru sekolah mereka.Walaupun pendek ianya memberi satu pengajaran untuk kita menghargai alam sekitar.

Anak saya dan rakan-rakannya yang berusia 16 tahun telah mencuba sebaik mungkin untuk menghasilkan video ini.Untuk ulasan saya masih banyak lagi perlu diperbaiki.Mungkin ini percubaan pertama mereka,jadi hasilnya mungkin tidak seperti yang kita jangkakan.Apapun mereka telah berusaha.

Anak saya sebagai penyunting video,penulis skrip dan jurukamera.Dia pun ada berlakon .Carilah sendiri.(baju biru)
Semoga berjaya!


Boleh lihat disini:
https://www.youtube.com/watch?v=KXdI3i4mCOs

Pesanan:Terima kasih atas sokongan semua

Thursday, November 21, 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan dulu dan sekarang

Zaman sekarang ni zaman IT dan zaman pelbagai gadjet.Jangan terkejut bila setiap sekolah sudah ada wifi di sekolah masing-masing.Sedangkan dikawasan kampung pun sudah ada wifi apalagi sekolahkan.

Apa baik dan buruknya?Dulu zaman sekolah saya,semua hadirin yang dijemput terutama ibubapa menumpukan sepenuh perhatian terhadap majlis yang dijalankan sempena Hari anugerah Kecemerlangan Tahunan disekolah.Hampir tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing.Maklumlah anak terima anugerah,anak buat persembahan.Kalau ada pun jurukamera sekolah je lah yang sibuk kesana-sini mengambil gambar.




Orang yang tak mampu ada kamera,tengok jelah.Dulu-dulu kami boleh pilih gambar yang dilekatkan di papan kenyataan (jika ada gambar sendiri) dan tulis pesanan dan buat bayaran.Sekeping RM0.50.Adalah juga kenangan kan.

Zaman sekarang?Jurukamera sekolah diperlukan juga tetapi untuk simpanan sekolah.Ibubapa sekarang tak perlu kamera kalau nak ambil gambar,guna handphone pun boleh.Jadi sibuklah ibu bapa ke sana ke mari mengambil gambar anak.Kalau yang bergelar blogger pula sibuk mengambil gambar untuk dijadikan bahan cerita.

Sewaktu guru berucap,acapkali saya lihat masing-masing tumpukan perhatian.Tumpukan perhatian?Kat mana?Kat handphone,kat Ipad,kat laptop,kat tablet.Maklumlah wifi free.Mungkin juga guna broadband,mungkin juga wifi sendiri.Tidak seronok saya lihat situasi ini.Apa ye akan jadi 10 tahun akan datang ni?Sekarang pun di bilik mesyuarat atau mana-mana perjumpaan pun,masing-masing masih sibuk dengan gadjet masing-masing.

Jadi yang mana anak-anak tak terlibat persembahan atau tidak dapat anugerah,ibubapa pasti malas nak tengokkan.Tak macam dulu,tak kira siapa sahaja di atas pentas,setiap kali selesai satu acara,pasti tepukan gemuruh kedengaran.

Saya rindu suasana dulu tanpa gadjet-gadjet yang canggih ni!

Pesanan:Duduk berbual dengan jiran pun handphone mesti ada di tangan,kadang-kadang dia tak dengar pun apa kita cakap,sekejap-sekejap toleh kat handphone.

Monday, September 30, 2013

Program Gerak Tari 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan Daerah Lipis 2013

Anak saya yang berada di prasekolah,bawa balik surat kebenaran,sama ada saya membenarkan dia turut serta dalam program ini.Lalu saya kata'pergi jelah'.Tapi anak saya pula tak mahu.Tak tahulah boleh ke kalau dia tidak turut serta.

Program ni khabarnya bertujuan mencipta rekod penyertaan gerak tari paling ramai murid prasekolah di dalam Malaysian Guiness Books of Records.Kalau kat Daerah Lipis ni sekolah yang terpilih dijadikan lokasi utama ialah Sekolah Kebangsaan Penjom.Jadi semua sekolah akan berkumpul di sana.Program tersebut bermula tepat jam 8.15 pagi dan akan disertai oleh 47 buah prasekolah KPM di daerah Lipis.

Macam-macam program dah sekarang ni Malaysia buat untuk dimasukkan dalam Malaysian Guiness Book of Records.Kalau dapat cipta record,masuklah gambar anak-anak kita dalam buku tu.Itupun kalau ada kan.

Program ini dikatakan akan dijalankan serentak di seluruh Malaysia pada 1 Oktober 2013.Jadi kita lihatlah nanti sama ada dapat mencipta record atau tidak.Ada juga sebilangan ibubapa khabarnya tidak membenarkan anak mereka turut serta.Pasti ada sebab-sebab tersendiri.

Bagi saya kalau beramai-ramai dan diiringi oleh guru sekolah mereka,tak mengapa.Kerana saya lebih mementingkan keselamatan anak daripada nak mencipta record tu.Jadi kita tunggu dan lihat je lah.

Pesanan:Saya lebih suka kalau program itu senamrobik dari program gerak tari.

Monday, July 29, 2013

Jemputan berbuka berturut-turut...Alhamdulillah

Dah hujung-hujung puasa ni ramai pula yang menganjurkan majlis berbuka puasa.Jadi bila orang dah pelawa tu janganlah jual mahal.Hadirlah.Bila dah di ajak tu maknanya,memang ada peruntukan makanan untuk kita.

Mereka ni dah budget makanan bergantung berapa ramai yang hadir.Jangan tak hadir,nanti membazir pula makanan.Saya ni kalau dijemput Insya Allah akan hadir,kecuali ada hal tak dapat dielakkan.

Esok jemputan berbuka di surau tempat saya tinggal.Lusa di sekolah suami mengajar.Saya rasa hanya dengan cara ni kita dapat kenal lebih dekat orang-orang yang berada di sekeliling kita dengan lebih dekat.Jadi datanglah awal sedikit,bolehlah kenal-kenal.

Alhamdulillah rezeki Allah beri tak pernahnya putus jika kita berada di dalam golongan orang yang bersyukur.Betul kan?

Sekolah pun tinggal minggu ni saja kan.Eloklah berjumpa sebelum bercuti panjang.Maklumlah kebanyakan penghuni di kuarters ni golongan guru-guru sahaja.

Okaylah itu saja cerita hari ni.

Pesanan:Biasanya jemputan sebegini,saya mesti bawa sejenis kuih untuk dirasa sedikit sorang.

Sunday, July 28, 2013

Percubaan UPSR sudah dilalui,tunggu peperiksaan sebenar pula

Saya lihat anak saya perempuan tak kira masa dan tempat,setia dengan kertas dan buku latihan yang diberi gurunya.Ada saja masa,dia cuba habiskan latihan yang diberi.Nampak sangat dia bersungguh-sungguh untuk berjaya.

Peperiksaan percubaan UPSR telah pun dilaluinya.Walaupun masih belum mengetahui keputusan keseluruhannya,dia masih meneruskan semua latihan yang diberi oleh gurunya.

Anak ke 3 daripada 6 adik beradik ni,cuba berusaha mencapai matlamatnya untuk mendapatkan keputusan 5A...Semoga dia berjaya.

Sebagai seorang ibu saya sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak.Lebih-lebih dalam bulan puasa ni saya banyak berdoa untuk anak-anak.

Semoga berjaya!

Tak yah beraya sakanlah ye!

Pesanan: Peperiksaan UPSR akan diadakan pada 10  September 2013,tak lama dah kan.

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru buat semua guru!


Mula-mula sekali saya nak ucapkan Selamat Hari Guru buat suami tercinta saya.Beliau seorang guru di Kolej Vokasional Kuala Lipis,Pahang.Kemudian Selamat Hari Guru semua guru-guru yang pernah mengajar saya dari saya di tadika,sekolah rendah dan menengah,ITM dan juga sensei-sensei bahasa Jepun saya.

Memang tak terbalas budi kalian dalam memberi ilmu kepada saya.

Saya ingin sekali mengimbas kenangan di saat saya di sekolah dulu.

Di sekolah rendah,
Setiap kali selepas perhimpunan,apabila berbaris untuk naik ke kelas masing-masing,ada seorang cikgu ni sering menyebut nama saya dan memberitahu dia tidak puas dengan keputusan peperiksaan pelajaran yang diajarnya.Setiap kali itulah hati saya berdebar.Namun demikian saya bukanlah murid yang gagal,hanya markah yang diperolehi tidak memuaskan hati cikgu tu je.Namanya cikgu Jalaludin.


Di sekolah menengah pula,saya selalu ponteng kelas yang saya tidak suka seperti mata pelajaran Ekonomi Asas.Selalu saya menyembunyikan diri di perpustakaan.Cikgu tidak pernah tahu tentang hal ini.Pernah juga apabila kerja rumah tidak disiapkan,saya kena cubit di bahagian perut.Sakitnya membuatkan saya terjengket kaki.hehehe...

Sewaktu belajar di ITM Shah Alam pula,saya juga pernah beberapa kali mendapat ayat sebegini di atas kertas peperiksaan saya "Jumpa saya di pejabat" atau "Jumpa saya!".Pada mulanya saya merasa kecut perut,namun apabila berjumpa pensyarah,mereka hanya ingin membetulkan kesilapan saya.

Setelah tamat belajar di ITM,saya ditawarkan ke Jepun.Di kelas bahasa Jepun pula,saya masih ingat lagi,kami suka mempermainkan seorang cikgu Jepun bernama Sejima.Sejima Sensei walaupun orang Jepun namun dia pandai juga berbahasa Malaysia sedikit-sedikit.Namun begitu,pernah kami dimarahi olehnya,kerana kami terlalu banyak bermain dari belajar.Maklumlah usia muda,asyik nak bermain je.

Sejima Sensei


Begitulah antara kenangan saya bersama-sama cikgu-cikgu saya.Kadang-kadang terasa ingin kembali semula pada zaman persekolahan dulu.Namun ianya tidak akan berlaku,semuanya sudah tinggal kenangan.

Pesanan:Anak-anak minta dibelikan hadiah,namun saya hanya sempat membuat kek sahaja.

Tuesday, March 19, 2013

Laptop ASUS untuk update entry



Ni lah laptop suami yang sering saya pinjam untuk update entry terbaru.Tu pun dapat pakai sebelah malam.Kalau siang saya pakai komputer compaq kat ruang tamu tu.Sekarang ni anak-anak tak balik asrama lagi,tak lah berebut sangat.Nantilah cuti sekolah,berebut-rebutlah diorang adik beradik.

Guna laptop suami ni senang sikit,gambar semua dah ada situ.Gambar-gambar lama semua tersimpan di situ.Berbanding komputer depan rumah,asyik hilang je gambar bila kena servis baru.Mengong sikit komputer tu.

Tapi apa-apapun setakat ni sebelah siang komputer depan rumah tu lah saya pakai.Yelah laptop suami dia bawa ke tempat kerja.Sekarang ni hampir semua rumah dah ada komputer kan.Semua dah mahir,tak payah hantar kelas komputer.Dulu waktu sekolah rendah dan menengah saya masuk juga kelas komputer.Tapi belajar asas je lah.Belajar menaip.

Sekarang ni bukan saya yang ajar anak-anak,anak-anak lak tempat saya bertanya.Lucu pulak.Ye lah dulu saya tak belajar internet ni.Dah jadi mak orang baru pandai nak buka internet.

Pesanan: Dah nak mula cuti sekolah ni.Elok saya update entry banyak-banyak.

Friday, March 08, 2013

Aiskrim Malaysia 20 sen je...


Anak saya sering juga minta .."umi,nak 20 sen beli aiskrim"....saya pun hulurlah...Sekali minta okaylah.Tapi kalau dah 5,6 kali seringgit dah tentu habis.Kalau seorang,kalau dua orang?

Jadi untuk menjimatkan duit yang asyik nak terbang kat rumah orang je,baik buat sendiri.Bukan susah pun.Nak makan banyak kali pun boleh.Tapi kena rajin penuhkan stoklah.

Tapi bila dah banyak,kalau kawan dia nak beli saya jualkan juga.Tambah pendapatan saya pula.hehehehe..

Aiskrim ni mengingatkan saya zaman saya sekolah rendah dulu,saya sering balik sekolah lalu kat rumah makcik jual aiskrim dan keropok lekor.Tapi dulu saya beli harganya RM0.05 sen sebatang je.Keropok pun harga macam tu.Maklumlah duit yang dibekalkan mak ayah tak banyak,saya naik bas ke sekolah dulu.Tapi harga RM0.05 sen sebatang tu dalam separuh batang je lah asikrim tu.Tapi lebih sedikit je dari sebatang.

Waktu tu saya selalu beli,sebab dah turun bas tu perjalanan nak sampai ke rumah tu jauh juga,jadi aiskrim nilah penghilang dahaga saya.Keropok tu makan dalam perjalanan.Letih juga balik sekolah dulu berjalan kaki dari perhentian bas.Mungkin 10 minit perjalanan kot.

Anak-anak saya sekarang beruntung,pergi balik sekolah berjemput.Ada juga sekolah dekat,berjalan kaki tak sampai seminit dah sampai.Beruntunglah diorang ni.

Tak penuh peti lagi tu aiskrim ni.Kalau rajin hampir separuh peti tu saya boleh penuhkan.Maklumlah saya letih kebelakangan ni menjaga anak-anak cikgu yang sering balik lewat atas kerja sekolah yang perlu disiapkan.Biasanya saya buat sebelah malam.Sekarang ni lepas Isyak saya dah.zzzzzzzzz......hehehe

Pesanan:Bukan budak-budak je suka,mak budak bapak budak pun tumpang sekaki...heheheh

Sunday, February 24, 2013

Dah mula Mesyuarat PIBG

Ramai kan yang dah mulai menghadiri mesyuarat Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di sekolah anak masing-masing kan.

Penting tau Ibubapa hadir,boleh tahu perkembangan dan aktiviti sekolah lakukan.Anak-anak pula bila nampak muka maka ayah ada seronok,masa ni lah kita nak kenal mak ayah kawan-kawan anak kita.Masa ni jugalah nak kenal cikgu-cikgu sekolah tu,esok-esok jumpa kat pasar malam ke,boleh bertegur sapa kan.

Saya baru dapat satu undangan.Ada lagi 2 undangan menanti.Maklumlah sekolah anak ada 3.Sekolah menengah ada 2 sekolah berlainan dan satu lagi sekolah rendah.Walaubagaimanapun, bila mereka buat mesyuarat PIBG pada hari cuti,bolehlah saya hadir.Kalau buat lepas sekolah memang tak dapat datanglah.

Untuk hari ni memang ramai juga ibubapa yang hadir.Maklumlah sekolah besar.Kehadiran mestilah besarkan.



Sambil tu,saya juga hadir untuk program  majlis menandatangani akujanji antara pelajar dan ibubapa untuk anak saya yang bakal menghadapi peperiksaan PMR tahun ni.Seingat saya dulu-dulu zaman sekolah saya takde pula program sebegini.Jadi pada masa ni lah saya sempat bertanya sedikit sebanyak tentang pelajaran anak saya dengan guru kelasnya.Kalau hari sekolah memang susah juga nak datang.



Selesai semuanya seperti biasalah jamuan turut disediakan.Ramai juga yang terus balik,mungkin tidak sanggup beratur untuk berebut makanan yang disediakan.Tidak termasuk saya...hehehe laparlah,jauh-jauh datang ni takkan tak jamah sikit nasi,nanti apa kata tuan rumah hehehe...

Pesanan:Selesai yang satu,dua lagi untuk hadir,yang bestnya  bila masa pemilihan AJK PIBG,semua tunduk muka...tak nak terlibat lah tu...termasuk saya heheehe...


Monday, February 18, 2013

Buku ini bakal menjadi barang turun temurun keluarga

Saya terima buku ini pada tahun 1990 sewaktu berada di tingkatan 2.Saya bersama ayah ke pejabat Utusan sebaik sahaja nama saya diumumkan sebagai penerima buku ini dan gambar saya tersiar di dalam akhbar tersebut.

 Gambar saya menerima hadiah ini diselitkan juga di akhbar Utusan Malaysia.Dan mungkin ramai yang tidak tahu,ada sebaris ayat yang memberitahu "saya akan menggunakan kamus ini untuk pelajaran saya".Sedangkan saya tidak ditanya dan tidak menjawab sebegitu.Itulah rahsia wartawan.



Sebaik mendapat buku kamus ini,saya terus tulis  nama saya di dalam buku tersebut.


Walaupun sudah hampir berusia 23 tahun di dalam simpanan saya,baru saya teringat untuk mengeluarkan buku ini dalam simpanan timbunan buku-buku lama di dalam almari saya.


Inilah bukunya.Memang saya gunakan untuk pelajaran saya.Dan tergerak hati nak keluarkan buku ni,bila anak-anak perlukan kamus di sekolah.Tapi masih juga terpaksa membeli yang lain kerana buku kamus dwibahasa saya ini hanya menterjemahkan perkataan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia sahaja.

Apa barang lama anda yang anak-anak boleh gunakan di sekolah sekarang?Ada tak?Kongsilah.

Pesanan:Dapat yang baru,barang lama dibuang jangan.

Monday, December 17, 2012

Berapa kos belajar memandu?Mahal ke murah?

Pertama kali belajar memandu kereta dan ambil lesen ialah pada tahun 2003.Waktu tu ketar lutut sebab pertama kali pegang stereng kereta dengan pengajar.Mesti berdebar-debar,tangan pun sama menggigil.

Tapi saya tabah juga demi menyahut cabaran dari seseorang.Saya juga sering mencabar diri sendiri dengan mengatakan "budak tu boleh memandu,takkan aku tak boleh?".

 Jadi dengan berbekalkan semnagat yang tinggi mahu berjaya dan juga berbekal duit yang disponsored suami maka bermulalah kelas memandu saya sehinggalah saya kini boleh memandu walaupun perjalanan yang jauh.

 Berapa kos waktu tu?Tahun 2003 dulu saya menghabiskan RM950 belajar memandu bagi mendapatkan lesen memandu kelas D sahaja.Semua tu termasuk kos ujian untuk lesen L.Semua ujian dilakukan di Raub,Pahang.Sekarang berapa ye kos belajar memandu?Mahal ke murah?


Pesanan:Lepas ni anak teruna saya pun kena hantar ujian memandu,senanglah pergerakan saya sikit,suruh dia bawa ke mana sahaja saya nak pergi...hehehe

Wednesday, November 07, 2012

Sekolah saya dulu tak buat rombongan pun...

Sekarang anak ke 3 saya sedang mengikuti rombongan sekolah ke Batu Buruk,Terengganu.Baru darjah 5 dah dapat pergi jauh-jauh.Tambang pun murah RM100 termasuk penginapan dan makan minum.

Seingat saya zaman sekolah rendah dan menengah saya dulu tak pernahnya ada rombongan sekolah jauh-jauh.Biasanya kalau saya berkumpulan ke luar dari sekolah hanyalah kerana saya masuk persatuan Pandu Puteri.Ini dalam sekolah rendah.Dapatlah berjalan berombongan dengan kawan sekolah dan cikgu-cikgu.Selain itu saya bergathering persatuan Pengawas Sekolah.Itupun bila naik menengah.Dan jika saya sudah dalam tingkatan 5.Bertuah anak-anak zaman sekarang.

Kalau nak berjalan jauh pun pasti pergi dengan keluarga.Tak pernah rasanya berrombongan dengan kawan-kawan sekolah.Kalau jalan-jalan Muzium Negara tu dah biasa rasanya.Sekolah kat Kuala Lumpur tak sahlah kalau sekolah tak bawa ke Muzium Negara.Mungkin itu sekali je pada zaman sekolah rendah,kalau tak silap saya.Balik hari lak tu...hmmm....


 Athirah sewaktu kami sekeluarga ke Kuantan,Pahang.

Dahlah anak saya dapat pergi rombongan boleh ambil gambar lagi,bawa handphone dan yang bestnya duit poket pun dapat bawa.Memang bertuah sungguh.Ala saya bagi pun handphone murah Nokia rege RM80 je.Siap pesan banyak kali melalui mesej,simpan elok-elok barang berharga.Budak-budak sekarang ni bukan senang hati tengok kawan-kawan bawa macam-macam.Ada je niat tersembunyi tu nanti...

Itulah,anak saya pun ini pertama kali berjauhan dari keluarga mengikut rombongan sekolahnya.Setiap setengah jam dapatlah mesej darinya.Saya pun tegur,tak payahlah mesej sangat,nanti habis kredit nanti.Mesej bila dah sampai dan yang penting je.Barulah dia dengar.

Pesanan: 3 hari 2 malam tuuu...duk banglo tuuuu

Monday, October 01, 2012

Pelajar Maut Tak Sempat Ambil SPM

Sedih bila mendapat khabar berita pelajar di sekolah suami maut dalam kemalangan di Bentong pada hari sabtu lepas(29/9/2012).Kalau dengar cerita,macam-macam versi yang disampaikan. Ada yang sedap didengar ada juga yang tak sedap didengar.Tak perlulah saya sebarkan cerita tersebut.

 Mereka bakal mengambil peperiksaan SPM tahun ni.Seorang maut,manakala seorang lagi masih koma di hospital.Kebetulan Cikgu Niena mengajar budak-budak tersebut,jadi dia tahu lah serba sedikit tingkah laku pelajarnya itu.Tentu dia amat sedih mendengarnya.Suami pula tak mengajar budak-budak tu,jadi tak berapa kenal sangatlah.

 Menurut versi cerita yang disampaikan,pelajar yang maut tu terburai isi perutnya dan patah kedua-dua kakinya akibat kayu balak yang terhempap ke atasnya.Manakala yang koma di hospital pula mengalami kecederaan teruk di bahagian organ dalaman.Hingga kini masih tidak dapat cerita yang sahih.Sekadar penyampaian dari mulut ke mulut.

Kita hanya mampu berserah pada Allah agar segalanya selamat.Yang sudah meninggal pula takziah buat keluarga dan semoga didoakan diampunkan dosa-dosa si mati.Semoga rohnya bersama orang-orang beriman.

Berikut sedutan dari akhbar Berita Harian.

Pelajar maut, dua parah nahas motosikal dan lori

Cetak
KUANTAN: Seorang remaja maut maut manakala dua lagi cedera parah dalam nahas membabitkan motosikal dan sebuah lori di Kilometer 17 Jalan Baru Bentong-Raub, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Aziz Salleh berkata, mangsa yang terbunuh ialah penunggang motosikal Mohamad Zaidi Ahmad, 17, manakala pemboncengnya Mohd Hafifi Jamaludin, 17, dan pemandu lori M. Murugiah, 61, cedera parah.
"Penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, kedua-dua mangsa yang parah itu pula kini dirawat di Hospital Bentong," katanya ketika dihubungi di sini. 

Aziz berkata, ketika kejadian 6.44 pagi itu, motosikal terbabit bertembung dengan lori berkenaan selepas memotong sebuah kenderaan lain.

"Mangsa yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Sultan Ahmad Shah di sini mati akibat cedera parah di kepala," katanya.

Pemandu lori berkenaan pula cedera parah apabila lorinya terbabas selepas melanggar motosikal itu. - BERNAMA 
Pesanan:Tanamkan sifat sabar dalam memandu,anak-anak ingatlah keluarga yang sedang menanti kepulangan kita di rumah terutama ibubapa kita.Penuh harapan menunggu si anak.

Friday, August 03, 2012

Jemputan pertama berbuka di luar

Semalam sekolah suami mengadakan jemputan berbuka bersama keluarga cikgu cikgi.Jadi kami tak melepaskan rezeki yang Allah beri ni.Maknanya tak bersilat sangatlah kat dapur petang semalam.Cuma buat puding roti sahaja.Takkan lah nak lenggang kangkung je kan pergi berbuka sana.

Inilah sajian ringkas dan tidak membazir yang disediakan di sekolah suami.


Antara menunya ialah kari ayam,sayur campur telur dadar dan pisang.Lauk dan kuih muih yang lain dibawa oleh keluarga cikgu cikgi untuk memeriahkan lagi meja makanan.Diorang pun bawa sikit sorang jadi dapatlah merasa pelbagai menu.Kalau dah duduk kat Pahang,memang tak sah kalau takde lauk ikan patin masak tempoyak.Sedap pula tu.Cikgu mana lah yang bawa tu ye.


Tak ramai sebenarnya guru-guru yang hadir,mungkin ada anak kecik-kecik,payah agaknya nak berbuka.Mungkin lebih baik berbuka di rumah.Sebab saya tengok kebanyakan yang hadir anak-anak dah besar belaka dan dah boleh berjalan kalau yang kecik pun.Termasuklah saya anak dah besar belaka,tak perlu didukung dah,nasi pun suap sendiri.he he he..Saya pun boleh makan dengan tenang.

Waktu macam ni lah baru nak kenal mana ahli keluarga cikgu cikgi,kalau tak  jika berselisih bahu pun tak kenal.Saya juga berkesempatan bergambar dengan kawan yang paling lama saya bersahabat sejak saya duduk di Kuala Lipis,Pahang ni.Masa ni juga lah kalau nak berjumpa dan berbual mesra,biasa pun hanya melalui telefon je.Hampir 10 tahun persahabatan kami,masih utuh lagi,tak pernah bergaduh langsung!

Inilah keajaiban sesuatu majlis yang dibuat,mengeratkan lagi tali persaudaraan.Yang jauh kita dekatkan,yang dekat kita mesra-mesrakan...wah...macam pernah dengar je ayat tu...kih kih kih...Alhamdulillah!!,

Pesanan:Saya suka berkawan ramai tetapi akan mencari seorang sahaja untuk meluahkan perasaan.

Friday, July 20, 2012

Sejuk Mata Memandang-Selamat Hari Lahir

Sejak sedari kecil,ditatang,diasuh,dibelai penuh kasih sayang....


Kehadiranmu dinanti..menjadi anak ke 2.

Dihantar ke sekolah seawal 5 tahun,untuk melihat kemajuan anak,agar dapat mengenal huruf.

Kemudian ke sekolah rendah dari tahun 1 hinggan tahun 6,berjaya di peringkat permulaan.

Kini kau melangkah lagi,naik ke peringkat menengah dengan harapan kenal dunia yang lebih mencabar, kau akan lebih mengenali Penciptanya....Allah swt....Jangan kau lupa dan lalai anakku.

SELAMAT HARI LAHIR...ke 13 tahun  Aisyah (20 Julai 2012)


Pesanan: Kalau tak pecahkan ruyung,manakan dapat sagunya...berusaha akan berjaya akhirnya...Amin!

Tuesday, July 17, 2012

Bawa Handphone,I Pad ke Sekolah...Okey ke?

Tahun 2013,makin larislah kedai yang menjual handphone,sebab ramailah anak-anak diminta belikan handphone untuk di bawa ke sekolah.Begitu juga I Pad.

Hmmm...dulu-dulu tak de Handphone dan Ipad boleh je hidup,boleh je belajar pandai,boleh je ke luar negara.Selamat je pergi balik sekolah,ada yang jalan kaki,ada yang naik bas.Wah..suka sangatlah anak-anak ni ye...

Tepuk dada tanya seleralah ye ibubapa sekalian...saya sangat tak setuju sebenarnya.Lagipun anak saya ramai,banyak kos nak keluar untuk beli handphoe sorang satu..he he he..Banyak kes baru akan timbul pula di sekolah akibat dengan kebenaran menggunakan handphone di sekolah lepas ni.

Kasihan kepada ibubapa yang tak mampu mengadakan handphone untuk anak-anak mereka.Bagi yang mampu takpelah.Handphone pulak macam-macam jenis sekarang ni...ada yang murah,mahal dan canggih gitu..jadi barang untuk menunjuk-nunjuk pulaklah.

Ini pun paling murah harga RM 80.00...korang mampu???he he he

sedikit petikan:

Semalam, Kementerian Pelajaran dilaporkan dalam usaha merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.



Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.

Demi untuk keselamatan-itu je alasannya...Dah tak selamat berada di sekolah tanpa handphone di tangan...renung-renungkanlah..kebaikan dan keburukannya...

Pesanan:Tersenyum je anak-anak mendengarnya....ibubapa sibuk mencari duit...anak-anak sibuk menghabiskan topup kredit.....


Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...