Showing posts with label UPSR. Show all posts
Showing posts with label UPSR. Show all posts

Monday, September 15, 2014

Upsr belum selesai lagi.

Upsr yang sepatutnya sudah selesai namun akibat sikap tidak amanah seseorang maka terpaksa dilakukan semula.Berikut jadual asal UPSR 2014.





Namun demikian apabila 2 kertas soalan bocor iaitu Sains dan Bahasa Inggeris maka satu tarikh ditetapkan untuk murid menduduki semula kertas tersebut iaitu pada 30 September 2014.

Walaupun telah menjawab soalan Bahasa Inggeris,namun Sains tidak sempat kerana sudah dibatalkan awal lagi.

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang hal ini kerana rata-rata orang ramai sibuk memperkatakan tentangnya.

Anak saya antara yang terjejas akibat hal ini.Namun saya menganggapnya sebagai satu hikmah dan peluang untuknya memperbaiki kesilapan adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian.

Tidak mahu anak merasa kecewa,saya dan suami serta guru sekolahnya memberikan semangat baru dan harapan kepadanya bahawa inilah peluang untuknya mengulangkaji dengan lebih tekun lagi.Biar apapun berlaku,usaha perlu dilakukan.

Bermula hari ini isnin (15/9/2014),(sepatutnya mereka sudah boleh bercuti panjang),sekolah menggiatkan lagi usaha untuk anak muridnya lebih maju dengan mengadakan kelas tambahan semula.Semoga anak saya dan kawan-kawan dapat menerima segala yang berlaku sebagai satu hikmah dan takdir.Dan akan belajar lagi dengan lebih bersungguh-sungguh.Amin!

Pesanan:Simpan perasaan kecewa jangan ibubapa tunjuk kepada anak-anak.

Saturday, November 16, 2013

Jangan bersedih jika anak kita tidak mencapai keputusan memuaskan

Keputusan UPSR sudah diumumkan.Seperti biasa pasti ada yang mencapai keputusan cemerlang 5A,4A,3A,2A atau 1A.Namun ada juga yang mendapat keputusan kurang memuaskan.

Ibubapa semua,percayalah apa sahaja keputusan yang anak-anak kita dapat bukan kayu pengukur muktamad kejayaan mereka,tetapi ianya sebagai satu langkah untuk kita lebih maju ke hadapan.Memang impian semua ibubapa agar anak-anak mendapat keputusan cemerlang,sama juga seperti saya.

Kenapa ibubapa suka buat perbandingan anak-anak sendiri dengan kejayaan anak-anak orang lain.Ini sering berlaku apabila anak kita gagal mendapat keputusan yang kita impikan.Banyak saya belajar tentang perkara ini.Saya dapati anak semakin kecewa,sepatutnya kita beri semangat.Ini bukan pengakhiran sebuah kehidupan.

Ibubapa sendiri melihat sendiri bagaimana anak-anak belajar,dari situ ibubapa sepatutnya sendiri tahu pencapaiannya seiring dengan kejayaannya,Namun demikian jika mereka sudah berusaha sehabis boleh,jika itu sahaja keputusan yang mereka dapat,terima je lah.

Perjalanan mereka masih jauh,kejayaan masih boleh dikecapi dengan usaha yang bersungguhg-sungguh.Pernah dengar tak,ada yang pernah gagal mereka bangkit semula,kini menjadi orang berjaya.Biasakan kita dengar.Jadi jangan menghukum anak-anak jika mereka anak yang baik.Pasti mereka lebih kecewa.

Berilah semangat,nasihat dan dorongan agar mereka berjaya suatu hari nanti.Yang penting ingat kepada Allah,mohonlah kepadaNya.

Semoga kejayaan anak-anak yang lain menjadi pendorong untuk mereka lebih berjaya.

Pesanan:Ini juga buat peringatan buat diri saya juga.Sebab anak pun sekadar mendapat 3A2B.

Sunday, September 08, 2013

Segmen Ayu UPSR oh UPSR

Cikgu Ayu sedang buat segmen tentang UPSR oh UPSR.Sedang eloklah kena dengan entry saya hari ni.


Anak saya yang no 3 bakal menduduki UPSR minggu depan yang akan berlangsung selama 3 hari iaitu 10,11 dan 12 September 2013.Selama 3 hari ni Jumaat, Sabtu dan Ahad saya berulang-alik melawat anak saya untuk memberikan tip-tip terakhir,kata-kata nasihat dan perangsang agar dia dan kawan-kawannya akan dapat mengharungi peperiksaan UPSR dengan baik dan lancar.

Saya dan suami telah banyak berkorban masa dan tenaga semata-mata untuk melihat anak berjaya dalam semua mata pelajarannya.Sekarang ni saya dan suami hanya dapat berserah kepada daya usahanya sendiri dan selebihnya saya bertawakal kepada Allah.

Namun demikian saya tidaklah terlalu mengharap sangat,sebab apa-apa pun boleh jadi atas kehendak Allah jua.Lebih baik saya berikan semangat kepada anak saya disamping sebagai ibubapa,kami banyak berdoa kepada Allah.

Anak-anak saya sangat beruntung sebab saya dan suami banyak memenuhi segala kehendaknya yang berkaitan dengan pelajaran.Sekarang ni pun dia banyak juga belajar melalui internet dan satu lagi siaran Astro juga banyak membantu dengan rancangan khas untuk pelajar UPSR.Cikgu-cikgu pun siang malam buat kelas tambahan.Itulah kelebihan mereka zaman sekarang.

Tidak seperti zaman saya dahulu saya menduduki UPSR tahun 1998,dan mendapat keputusan 3A 1B dan 1D.Sebenarnya D itu adalah penulisan karangan,saya telah tersilap baca soalan,di mana saya dikehendaki membuat 2 karangan,tapi saya buat satu je karangan.Patutlah saya perasan waktu tu,saya siap lebih awal dari rakan-rakan lain.hehehe..Saya belajar sendiri,tiada tuisyen pun waktu tu.Mak ayah pun sibuk bekerja.
Mata pelajaran saya suka ialah Bahasa Malaysia bahagian karangan.Sebab saya suka menulis.

Itulah kenangan saya ada.Sampai sekarang rasa sesal juga dengan bahagian penulisan tu.Tapi nasi dah jadi bubur,saya teruskan dengan keputusan yang baik untuk SRP dan SPM saya.Jadi semak soalan dan jawapan dengan betul ye.

Pesanan:Buat semua pelajar dan anak-anak,buatlah yang terbaik untuk UPSR awak ye!Selamat Berjaya!

Sunday, July 28, 2013

Percubaan UPSR sudah dilalui,tunggu peperiksaan sebenar pula

Saya lihat anak saya perempuan tak kira masa dan tempat,setia dengan kertas dan buku latihan yang diberi gurunya.Ada saja masa,dia cuba habiskan latihan yang diberi.Nampak sangat dia bersungguh-sungguh untuk berjaya.

Peperiksaan percubaan UPSR telah pun dilaluinya.Walaupun masih belum mengetahui keputusan keseluruhannya,dia masih meneruskan semua latihan yang diberi oleh gurunya.

Anak ke 3 daripada 6 adik beradik ni,cuba berusaha mencapai matlamatnya untuk mendapatkan keputusan 5A...Semoga dia berjaya.

Sebagai seorang ibu saya sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak.Lebih-lebih dalam bulan puasa ni saya banyak berdoa untuk anak-anak.

Semoga berjaya!

Tak yah beraya sakanlah ye!

Pesanan: Peperiksaan UPSR akan diadakan pada 10  September 2013,tak lama dah kan.

Thursday, November 17, 2011

Alhamdulillah....Tahniah calon UPSR yang berjaya!

Seawal pukul 9.15 pagi saya suah bersiap untuk ke sekolah anak.Pagi ni keputusan UPSR keluar seiring dengan majlis penyampaian sijil anak.Dengan membawa 5 orang anak kecil(3 anak jagaan,2 anak sendiri),saya gagahkan kaki berjalan ke sekolah anak yang bersebelahan je dengan kuarters saya.

Saya ingin mendengar dan melihat sendiri keputusan UPSR anak kedua saya Aisyah.Lebih kurang pukul 10.30 pagi,guru besar membuat pengumuman secara rasmi.Akhirnya anak saya berjaya mendapat keputusan 4A 1B.Dia telah mencuba sedaya upaya dan itulah hasilnya.Saya suka dengan renungan dari Prof Dr.Muhaya dalam ruangan facebooknya yang ditulis seperti ini:

Buang tabiat membanding berapa A anak kita dapat dan jangan jadikan A suatu KPI tetapi jadikan solat, akhlak dan menutup aurat KPI penting. Lihat bagaimana kabahagiaan kita sekeluarga akan meningkat dan ketenangan meningkat apabila Allah tujuan kita redhaNya yang dicari, kasih sayang dan mengenal ALlah menjadi usaha kita setiap hari. Ajarkan ini pada anak anak setiap hari. Ibu bapa kalau anak anak kurang baik salahkan diri dan minta maaf pada anak danmula buat perubahan, insyaAllah anak akan berubah. Jgn bjet kita perfect as parents.


Apapun keputusan yang keluar saya redha.Saya sentiasa berdoa untuk kesemua anak-anak saya agar berjaya dalam pelajaran mereka.Sebagai ibu dan bapa kita jangan terlalu menaruh harapan tinggi kepada anak,kita perlu lihat keupayaan anak setakat mana.

Tahniah buat anak saya Aisyah,semoga adik-adiknya akan berazam lebih kuat untuk belajar.
Kepada yang kurang berjaya,ini bukan penghujungnya,masih jauh lagi perjalanan menjadi seorang pelajar dan peluang sentiasa ada,jangan berputus asa.

Pesanan:Seperti mahu berhujung minggu di tempat sejuk cuti ni...

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...