Upsr yang sepatutnya sudah selesai namun akibat sikap tidak amanah seseorang maka terpaksa dilakukan semula.Berikut jadual asal UPSR 2014.
Namun demikian apabila 2 kertas soalan bocor iaitu Sains dan Bahasa Inggeris maka satu tarikh ditetapkan untuk murid menduduki semula kertas tersebut iaitu pada 30 September 2014.
Walaupun telah menjawab soalan Bahasa Inggeris,namun Sains tidak sempat kerana sudah dibatalkan awal lagi.
Saya tidak mahu mengulas panjang tentang hal ini kerana rata-rata orang ramai sibuk memperkatakan tentangnya.
Anak saya antara yang terjejas akibat hal ini.Namun saya menganggapnya sebagai satu hikmah dan peluang untuknya memperbaiki kesilapan adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian.
Tidak mahu anak merasa kecewa,saya dan suami serta guru sekolahnya memberikan semangat baru dan harapan kepadanya bahawa inilah peluang untuknya mengulangkaji dengan lebih tekun lagi.Biar apapun berlaku,usaha perlu dilakukan.
Bermula hari ini isnin (15/9/2014),(sepatutnya mereka sudah boleh bercuti panjang),sekolah menggiatkan lagi usaha untuk anak muridnya lebih maju dengan mengadakan kelas tambahan semula.Semoga anak saya dan kawan-kawan dapat menerima segala yang berlaku sebagai satu hikmah dan takdir.Dan akan belajar lagi dengan lebih bersungguh-sungguh.Amin!
Pesanan:Simpan perasaan kecewa jangan ibubapa tunjuk kepada anak-anak.
Betul kak, ibubapa kena tunjuk kuat dan sentiasa bg semangat. Yg pasti, ada hikmah disebalik semua ini.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletesian kat semua pihak yg terlibat, cikgu2, calon2 dan ibubapa skali.
ReplyDeleteKesian kat anak2 .... Semoga semangat mereka tak pudar
ReplyDelete