Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru buat semua guru!


Mula-mula sekali saya nak ucapkan Selamat Hari Guru buat suami tercinta saya.Beliau seorang guru di Kolej Vokasional Kuala Lipis,Pahang.Kemudian Selamat Hari Guru semua guru-guru yang pernah mengajar saya dari saya di tadika,sekolah rendah dan menengah,ITM dan juga sensei-sensei bahasa Jepun saya.

Memang tak terbalas budi kalian dalam memberi ilmu kepada saya.

Saya ingin sekali mengimbas kenangan di saat saya di sekolah dulu.

Di sekolah rendah,
Setiap kali selepas perhimpunan,apabila berbaris untuk naik ke kelas masing-masing,ada seorang cikgu ni sering menyebut nama saya dan memberitahu dia tidak puas dengan keputusan peperiksaan pelajaran yang diajarnya.Setiap kali itulah hati saya berdebar.Namun demikian saya bukanlah murid yang gagal,hanya markah yang diperolehi tidak memuaskan hati cikgu tu je.Namanya cikgu Jalaludin.


Di sekolah menengah pula,saya selalu ponteng kelas yang saya tidak suka seperti mata pelajaran Ekonomi Asas.Selalu saya menyembunyikan diri di perpustakaan.Cikgu tidak pernah tahu tentang hal ini.Pernah juga apabila kerja rumah tidak disiapkan,saya kena cubit di bahagian perut.Sakitnya membuatkan saya terjengket kaki.hehehe...

Sewaktu belajar di ITM Shah Alam pula,saya juga pernah beberapa kali mendapat ayat sebegini di atas kertas peperiksaan saya "Jumpa saya di pejabat" atau "Jumpa saya!".Pada mulanya saya merasa kecut perut,namun apabila berjumpa pensyarah,mereka hanya ingin membetulkan kesilapan saya.

Setelah tamat belajar di ITM,saya ditawarkan ke Jepun.Di kelas bahasa Jepun pula,saya masih ingat lagi,kami suka mempermainkan seorang cikgu Jepun bernama Sejima.Sejima Sensei walaupun orang Jepun namun dia pandai juga berbahasa Malaysia sedikit-sedikit.Namun begitu,pernah kami dimarahi olehnya,kerana kami terlalu banyak bermain dari belajar.Maklumlah usia muda,asyik nak bermain je.

Sejima Sensei


Begitulah antara kenangan saya bersama-sama cikgu-cikgu saya.Kadang-kadang terasa ingin kembali semula pada zaman persekolahan dulu.Namun ianya tidak akan berlaku,semuanya sudah tinggal kenangan.

Pesanan:Anak-anak minta dibelikan hadiah,namun saya hanya sempat membuat kek sahaja.

15 comments:

  1. jasa guru tetap dikenang...
    buat kek bagusnya...

    ReplyDelete
  2. saya pun rindu zaman sekolah dulu..

    ReplyDelete
  3. Buat guru2 semua...terima kasih yg tidak terhingga!

    ReplyDelete
  4. tentu bangga si cikgu bila terima kek dari air tangan ibu anak muridnya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...memamng cikgu suka ..(saya terus tanya anak bila dia balik sekolah)

      Delete
  5. Terima kasih cikgu. Moga apa yang kalian ajar dengan ikhlas menerangi kuburmu di kemudian hari.

    Jadi pahala sedekah jariah. Alangkah untungnya menjadi guru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak ummi, terang benderang kubur. Janji niat ikhlas. Banyak2 sabor ye. :)

      Saya ajar tuisyen di rumah 1 on 1 pun kadang2 naik angin juga.

      Inikan pula mengajar satu kelas

      Delete
  6. Saya cukup suka dpt benda boleh dimakan dari anak murid saya :D))

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat Hari Guru Cikgu Anim...bestkan kalau dapat makanan...

      Delete
  7. Rindu dengan bekas2 cikgu saya.. Moga mereka semua bahagia dan sihat selalu hendaknya.. Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun rindu cikgu2 lama...tapi hanya seorang je yang pernah saya jumpa...cikgu yang cubit kat perut saya tu..hahhaa

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...