7 golongan yang mendapat naungan Arasy Allah
- Pemimpin yang adil kepada rakyat.
- Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah.
- Lelaki yang hatinya sentiasa berhubung dengan masjid.
- Dua orang hamba Allah yang bertemu dan berpisah kerana Allah.
- Seorang lelaki yang digoda oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina,lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah".
- Seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya.
- Seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.
7 Golongan yang tidak dipedulikan Allah
- Pemimpin yang menzalimi rakyat.
- Pemuda yang lalai daripada beribadat.
- Lelaki yang jarang ke masjid.
- Dua orang hamba yang berkumpul dan berpisah kerana bermaksiat kepada Allah.
- Seorang yang suka menurut hawa nafsu dan tidak ada perasaan takut kepada azab Allah
- Seseorang yang bakhil dan kalau menderma pun kerana sesuatu kepentingan.
- Seorang yang berasa aman dengan dosa-dosa.
Rujukan :Hadis riwayat Abu Daud,Tirmizi dan Ibn Majah
Sumber:Majalah al Ustaz isu no 13
Pesanan:Jom sama-sama kita check diri sendiri.
Alhamdulillah dapat sesuatu yg sgt bermakna di hari Jumaat yg mulia ini. Terima kasih Ummi kerana mengingati...
ReplyDeleteAlhamdulillah...ini peringatan untuk diri sendiri juga...
DeleteBak kata perkongsian ummi ni,
ReplyDeletesekarang dah masa memilih pemimpin.
Pilihlah pemimpin yang adil.
“ Ketika orang-orang yang diikuti (pemimpin) itu berlepas diri daripada mereka yang mengikutinya dan mereka melihat siksa dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah para pengikut : Sekiranya kami dapat kembali (ke dunia) sudah pasti kami akan berlepas diri daripada mereka (pemimpin) sebagaimana mereka (pemimpin) berlepas diri daripada kami. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka yang menjadi kesesalan bagi mereka dan mereka tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripada api neraka.” (Surah al-Baqarah : ayat 166 – 167)
Silap pilih, kita akan terkapai kapai di akhirat kelak kerana pemimpin berlepas diri dari pengikutnya
betul tu...terima kasih berkongsi lagi...
Deletena'uzubillah...moga dijauhkan dari 7 golongan yg tidak dipedulikan oleh Allah S.W.T tu
ReplyDeleteassalamualaikum ... berusaha supaya sentiasa muhasabah diri .
ReplyDeleteterima kasih atas pembacaan anda..semoga perkongsian ini tidak sia-sia..
ReplyDelete