Tuesday, May 21, 2013
Utamakan suami dulu,baru yang lain....
Semua isteri-isteri mesti utamakan suami dalam semua hal.Kalau nak keluar rumah kena minta izin,kalau nak beli apa-apa pun kena tanya suami hatta nak balik kampung sendiri pun sebab nak jenguk mak ayah perlu persetujuan suami.
Tapi yang ini lain sikit.Mungkin ramai tak sedar.Arwah mak mertua saya kata,kalau menyidai kain baju kena utama kan pakaian suami dahulu.Umpamanya jika tempat sidai kita bertingkat-tingkat,yang paling tinggi tu mesti sidai kain baju suami dulu.Kalau kain pelikat tu,sidai dia dulu,baru nak sidai kain batik isteri.Hah,begitu sekali orang-orang dulu utamakan suami.Sebab itu hidup mereka bahagia sehingga tua.
Betapa tinggi nya rasa hormat kita pada suami sampaikan nak sidai kain baju pun kena utamakan hak suami dulu.Itu yang arwah ibu mertua saya ajarkan waktu saya mula-mula berkahwin 17 tahun yang lalu.Namun saya ada juga sempat ikut ada juga saya main sidai je,asalkan kering.hehehe...
Nabi s.a.w. bersabda:
"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa,bahawa taatlah kepada suami,dan mengakui hak-hak suami,nescaya sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran.Sungguhpun begitu sedikit sangat daripada ister-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka."
(hadis Riwayat Al-Imam Bazzar)
Nasihat orang-orang dulu jangan diambil sambil lewa.Jangan jadi isteri derhaka pula.
Pesanan:Ingatan untuk diri sendiri yang sering lalai....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
isteri syurga pada suaminya...
ReplyDeletepetua ibu mertua baik dan patut kita amalkan..
betul tu,petua yang menambat hati suami
DeleteSbb tu bhgia... Hormqt suami lbih dr sgala..
ReplyDeletekan...kekal bahagia
Deletebetul tu setuju sgt !
ReplyDeletesetuju kan KA
Deletesetuju setuju setuju! *_^
ReplyDeleteutamakan suami...
DeleteTaat pada benda yang baik je kan ummi.
ReplyDeleteBab mungkar perintah Allah swt tak perlu
ha'ah...jangan yang tak baik pun kita ikut je...tapi suami pilihan kita pasti yang terbaik kan..
Deletehurmmm part kain tu kan, tak pernah pula nisah tahu. biasanya nisah main sidai jer ikut sempat asalkan kemas, teratur dan kering. lagipun ampaian nisah xde yg tinggi rendah, semua sama je.. hehehe
ReplyDeletesaya rasa orang dulu-dulu pakai simbolik sidai kain tu...supaya kita utamakan hak suami dulu..mungkin dengan cara itu suami rasa dihormati...
Deleteiyelah dah kawin mestilah utamakan suami kan..
ReplyDeletetaat kan suami..utamakan suami...
Deletesatu lagi saya pernah dengar orang2 tua pesan, nama anak tak boleh panjang dari nama suami..nanti melawan ayahnya.. wallahua'lam..pernah dengar ke?
ReplyDeleteeh yang ni tak pernah dengar pulak...hmmm...simbolik tu...apa-apapun yang penting kita hormatkan suami,sekaligus pasti anak-anak akan hormat ayahnya kan...
Deleteassalamualaikum ... yg selalu mak saya buat , asingkan hidangan makanan untuk abah . jadi klu anak2 nak mkn dulu , utk abah dah ada tersimpan , tak lah nanti abah mkn baki makanan anak - anak .
ReplyDeletewalaikumsalam...
Deleteitu pun okay jugak,tapi saya pula ajar anak-anak tunggu baba dulu baru kita makan bersama...kalau hari minggu lah..
erk..sy main sidai je ni..thanks for the info
ReplyDeletetakpe kot,,tapi lebih afdal ikut kot...hehehe
DeleteSetuju....setuju. Saya setuju pada artikel diatas. Semoga jd istri yang solehah. Amin.
ReplyDeleteAmin!!
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete