Showing posts with label zaman sekarang. Show all posts
Showing posts with label zaman sekarang. Show all posts

Thursday, January 23, 2014

Permainan zaman saya kanak-kanak dulu

Lagu dan permainan kanak-kanak zaman dulu tak dapat dipisahkan.Siapa sangka zaman It ni jarang benar permainan ni budak-budak sekarang mainkan.Semua sibuk dengan gadjet.Tak keluar rumah pun tak apa agaknya. Ingat tak lagu dan permainan ni.Saya sering main dengan rakan-rakan sewaktu sekolah rendah. 

Enjit-enjit semut,siapa sakit naik atas.
Enjit-enjit semut,siapa sakit naik atas.
Enjit-enjit semut,siapa sakit naik atas.
Enjittt - enjit semuut si-a-pa sa-kit na-ik a-tassss.



Masa ni ada kawan buat dajal.Dia cubit kuat-kuat.Sakit sebab cubit kecil tu.Ada yang berair air mata tau.hehehe Nostalgia sungguh.


Ini ingat tak?

Ni bait lagu cucu-cucu yang ada di keliling nenek:

Nenek-nenek si bongkok tua
Siang malam asyik berjaga
Mencari cucu di mana ada
Nenek ku kahwin dengan anak raja


Ni bait lagu nenek yang bertutup mata:

Cucu-cucu tak dapat lari
Nenek tua banyak sakti
Mencari cucu di mana ada
Siapa yang kena dia yang jadi

Masa habis je nenek nyanyi,semua bertempiaran lari.Puas lah nenek mengagau-ngagau tangan mencari cucu.Kalau kena yang nak dajal,sempat lagi balik rumah makan-makan.(eh macam dalam iklan maggie je)..hehehe

Banyak lagi.Ini baru dua je.Betullah anak-anak sekarang tak minat main permainan ini agaknya.Main kat luar rumah pun paling habis main gelongsor dengan buaian di taman permainan kanak-kanak.

Ada lagi tak lagu permainan dulu-dulu yang nak share?
Habis anak-anak jagaan saya suruh lakonkan.Diorang pun tak tahu permainan ni.hehehe

Pesanan:Rindu zaman kanak-kanak,memang enjoy habis bermain dengan rakan-rakan,tak fikir langsung masalah.


Thursday, November 21, 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan dulu dan sekarang

Zaman sekarang ni zaman IT dan zaman pelbagai gadjet.Jangan terkejut bila setiap sekolah sudah ada wifi di sekolah masing-masing.Sedangkan dikawasan kampung pun sudah ada wifi apalagi sekolahkan.

Apa baik dan buruknya?Dulu zaman sekolah saya,semua hadirin yang dijemput terutama ibubapa menumpukan sepenuh perhatian terhadap majlis yang dijalankan sempena Hari anugerah Kecemerlangan Tahunan disekolah.Hampir tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing.Maklumlah anak terima anugerah,anak buat persembahan.Kalau ada pun jurukamera sekolah je lah yang sibuk kesana-sini mengambil gambar.




Orang yang tak mampu ada kamera,tengok jelah.Dulu-dulu kami boleh pilih gambar yang dilekatkan di papan kenyataan (jika ada gambar sendiri) dan tulis pesanan dan buat bayaran.Sekeping RM0.50.Adalah juga kenangan kan.

Zaman sekarang?Jurukamera sekolah diperlukan juga tetapi untuk simpanan sekolah.Ibubapa sekarang tak perlu kamera kalau nak ambil gambar,guna handphone pun boleh.Jadi sibuklah ibu bapa ke sana ke mari mengambil gambar anak.Kalau yang bergelar blogger pula sibuk mengambil gambar untuk dijadikan bahan cerita.

Sewaktu guru berucap,acapkali saya lihat masing-masing tumpukan perhatian.Tumpukan perhatian?Kat mana?Kat handphone,kat Ipad,kat laptop,kat tablet.Maklumlah wifi free.Mungkin juga guna broadband,mungkin juga wifi sendiri.Tidak seronok saya lihat situasi ini.Apa ye akan jadi 10 tahun akan datang ni?Sekarang pun di bilik mesyuarat atau mana-mana perjumpaan pun,masing-masing masih sibuk dengan gadjet masing-masing.

Jadi yang mana anak-anak tak terlibat persembahan atau tidak dapat anugerah,ibubapa pasti malas nak tengokkan.Tak macam dulu,tak kira siapa sahaja di atas pentas,setiap kali selesai satu acara,pasti tepukan gemuruh kedengaran.

Saya rindu suasana dulu tanpa gadjet-gadjet yang canggih ni!

Pesanan:Duduk berbual dengan jiran pun handphone mesti ada di tangan,kadang-kadang dia tak dengar pun apa kita cakap,sekejap-sekejap toleh kat handphone.

Monday, June 17, 2013

Ada lagi ke jual pelita ni?


Kalau saya lihat pelita ni,automatik ingatan saya mengembara ke alam zaman kanak-kanak dulu.Semua cerita lama berputar-putar sendiri di dalam kepala saya.Sedih,gembira semuanya ada.

Nostalgia barangan lama ni memang sangat mendalam.Selain pelita ni,saya pernah ingat lagi kalau takde elektrik di rumah,ayah ada juga pakai pelita yang besar sedikit.Tapi kena pam untuk hidupkan api,kemudian boleh putar benda kecik macam kat atas tu untuk menentukan cahaya yang kecil atau besar.Dah tak ada agaknya kan.

Yang bestnya gambar perempuan Cina kat lampu tu.Dulu ada juga saya guna bedak dalam bekas empat segi,ada juga gambar perempuan Cina kan.Betullah orang kata,zaman yang dah berlalu tu lebih meninggalkan kesan mendalam dalam hidup.Saya suka zaman kanak-kanak dulu berbanding zaman kanak-kanak sekarang.Canggihlah macam mana pun,zaman dulu juga yang best.

Ni pun saya ambil gambar di rumah nenek saudara saya.Masih elok lagi dalam simpanannya.Boleh guna lagi tu.

Pesanan:Apa saja barangan lama sekarang ni sangat bernilai zaman sekarang.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...