Monday, June 17, 2013

Ada lagi ke jual pelita ni?


Kalau saya lihat pelita ni,automatik ingatan saya mengembara ke alam zaman kanak-kanak dulu.Semua cerita lama berputar-putar sendiri di dalam kepala saya.Sedih,gembira semuanya ada.

Nostalgia barangan lama ni memang sangat mendalam.Selain pelita ni,saya pernah ingat lagi kalau takde elektrik di rumah,ayah ada juga pakai pelita yang besar sedikit.Tapi kena pam untuk hidupkan api,kemudian boleh putar benda kecik macam kat atas tu untuk menentukan cahaya yang kecil atau besar.Dah tak ada agaknya kan.

Yang bestnya gambar perempuan Cina kat lampu tu.Dulu ada juga saya guna bedak dalam bekas empat segi,ada juga gambar perempuan Cina kan.Betullah orang kata,zaman yang dah berlalu tu lebih meninggalkan kesan mendalam dalam hidup.Saya suka zaman kanak-kanak dulu berbanding zaman kanak-kanak sekarang.Canggihlah macam mana pun,zaman dulu juga yang best.

Ni pun saya ambil gambar di rumah nenek saudara saya.Masih elok lagi dalam simpanannya.Boleh guna lagi tu.

Pesanan:Apa saja barangan lama sekarang ni sangat bernilai zaman sekarang.

15 comments:

  1. Barang lama memang bernilai.. Tapi orang lama, tak siapa nak pandang.. huhuhu...

    Saya ada pelita macam ni, tapi yang hiasan la.. Nanti ada masa saya buat entry pulak pasal pelita saya tu.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Betullah kakak dulu pun ada guna lampu cap perempuan itu. Memang bedak keras cap perempuan itu dulu kegunaan kakak hari-hari masa itu. Kalau dah pecah boleh lukis-lukis lagi pada muka sebelum ratakan hihi.... gelihati pulak bila ingat.

    ReplyDelete
  3. tak dapat dah kalo nak cari sekarang ni..dulu tak terpikir pon nilainya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau wan sedara saya takde...ntah ada lagi ke yang nak simpan elok2 barang tu...

      Delete
  4. kat bandar mungkin tak guna..
    tapi kat kg masih berguna pelita jenis ni...

    ReplyDelete
  5. Ingat lagi pelita ni. Satu lagi barangan zaman dulu ialah TV yang ada pintu tu. PIntu tu plak sliding daripada kayu. Heheh. Oldskoll gile.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah..saya pun ada tv camtu dulu...lagi best rasanya..taknak tengok tutup pintu dia...

      Delete
  6. masa saya kecil pun arwah abah ada guna lampu di pam hinggalah mentol menyala . mentolnya boleh reput tau saya panggil lampu tu , lampu pam lah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah...lampu pam...saya tak ingat namanya...

      Delete
  7. Memang nostalgia pelita ni...Ingat lagi kucing langgar, jatuh tertumpah, nasib baik tak rentung terbakar dgn tilam dan kelambu...hehe Alhamdulillah...umur panjang lai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. BM mesti pernah guna kan...lagipun zaman BM juga ni kan...

      Delete
    2. Saya ada 1 baru beli... nanti nak beli lagi buat koleksi.. jumpa 1 kedai jual di sarawak

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...