Thursday, November 21, 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan dulu dan sekarang

Zaman sekarang ni zaman IT dan zaman pelbagai gadjet.Jangan terkejut bila setiap sekolah sudah ada wifi di sekolah masing-masing.Sedangkan dikawasan kampung pun sudah ada wifi apalagi sekolahkan.

Apa baik dan buruknya?Dulu zaman sekolah saya,semua hadirin yang dijemput terutama ibubapa menumpukan sepenuh perhatian terhadap majlis yang dijalankan sempena Hari anugerah Kecemerlangan Tahunan disekolah.Hampir tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing.Maklumlah anak terima anugerah,anak buat persembahan.Kalau ada pun jurukamera sekolah je lah yang sibuk kesana-sini mengambil gambar.




Orang yang tak mampu ada kamera,tengok jelah.Dulu-dulu kami boleh pilih gambar yang dilekatkan di papan kenyataan (jika ada gambar sendiri) dan tulis pesanan dan buat bayaran.Sekeping RM0.50.Adalah juga kenangan kan.

Zaman sekarang?Jurukamera sekolah diperlukan juga tetapi untuk simpanan sekolah.Ibubapa sekarang tak perlu kamera kalau nak ambil gambar,guna handphone pun boleh.Jadi sibuklah ibu bapa ke sana ke mari mengambil gambar anak.Kalau yang bergelar blogger pula sibuk mengambil gambar untuk dijadikan bahan cerita.

Sewaktu guru berucap,acapkali saya lihat masing-masing tumpukan perhatian.Tumpukan perhatian?Kat mana?Kat handphone,kat Ipad,kat laptop,kat tablet.Maklumlah wifi free.Mungkin juga guna broadband,mungkin juga wifi sendiri.Tidak seronok saya lihat situasi ini.Apa ye akan jadi 10 tahun akan datang ni?Sekarang pun di bilik mesyuarat atau mana-mana perjumpaan pun,masing-masing masih sibuk dengan gadjet masing-masing.

Jadi yang mana anak-anak tak terlibat persembahan atau tidak dapat anugerah,ibubapa pasti malas nak tengokkan.Tak macam dulu,tak kira siapa sahaja di atas pentas,setiap kali selesai satu acara,pasti tepukan gemuruh kedengaran.

Saya rindu suasana dulu tanpa gadjet-gadjet yang canggih ni!

Pesanan:Duduk berbual dengan jiran pun handphone mesti ada di tangan,kadang-kadang dia tak dengar pun apa kita cakap,sekejap-sekejap toleh kat handphone.

10 comments:

  1. banyak bezanya antara dulu dan sekarang...

    ReplyDelete
  2. kalo fikir betul2 gadget ni agak kurang sihat la pengaruhnya. bukan mengata org la. sebenarnya diri saya sendiri, saya mengaku pun mcm tu juga. kalau bersembang dengan org pon, rasa mcm nak tgk henfon jgk kot2 ada notification baru masuk. seolah2 lagi seronok berkomunikasi dengan org yang di'seberang' sana berbanding dgn yg di depan mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Lyd,saya pun kadang2 gitu juga,bila sedang ngadap laptop,ada call masuk,bercakap endah tak endah je,kadang2 kena tanya balik apa orang tu cakap...(biasa adik beradiklah yang kena)hehehehe

      Delete
  3. Gajet yang semakin mengurangkan nilai kasih sayang dalam institusi kekeluargaan..

    ReplyDelete
  4. suasana yang dulu bukan suasana sekarang kan
    salam perkenalan dari ida
    jemput singgah blgo ida ye
    umielman.blogspot.com
    dah follow blog ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga nama ida...dari ida kepada ida...salam perkenalan...

      Delete
  5. hahaa.. dkna ngn suami pon sama gak.. buka tv tapi masing2 pegang gajet :P

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...