Showing posts with label permainan. Show all posts
Showing posts with label permainan. Show all posts
Sunday, March 16, 2014
Topi kertas
Sebelum ni saya bercerita tentang kapal terbang kertas,kini kami disuruh buat topi kertas pula.Amboi,semua ingat lagi buat topi dari kertas.Macam-macam fesyen pula.
Kursus Anak Permata memang banyak menumpukan kepada perkembangan menyeluruh kanak-kanak.Sebagai kanak-kanak pasti mereka suka mereka cipta,lebih-lebih lagi dari bahan yang mudah didapati.
Tanpa segan silu kami memakai di atas kepala masing-masing.Semua tertawa sendiri.Sangat seronok melakukan aktiviti sebegini.
Rilex dan hilang rasa stress seketika.Berdamping dengan kanak-kanak memang mengasyikkan.
Pesanan: Masih ada 2 minggu lagi untuk saya menghabiskan kursus ini.Semoga segala ilmu yang saya dapat ni dapat saya praktikkan di taska saya.Rindunya nak jumpa anak-anak taska saya.
Monday, February 24, 2014
Mainan budak zaman sekarang canggih!
Waktu saya zaman kanak-kanak dulu,kalau nak main masak-masak,kami guna pasir,daun dan periuk bocor yang dah tak guna lagi.Ingat lagi saya petik daun-daun hijau,jadikan lauk,pasir pula jadikan seperti nasi.Kacau pun guna kayu je.
Dulu banyak bermain dengan pasir juga,tapi tak pula kena penyakit.Elok je sihat.Agaknya pasir dulu bersih kot.hehehe.
Tengok zaman sekarang.Mainan budak perempuan macam-macam jenis.Set memasak lengkap disediakan.Hmmm...tapi main dalam rumahl je lah.Kalau main luar kotor pula kan.Set lengkap tu siap dengan dapur.Rasanya harga pun boleh tahan dalam lingkungan RM60-RM70 satu set ni kan.
Kalau mampu beli,kalau tak mampu kita main masak-masak pasir je.Lagi seronok.Saya dulu tak pernah pun merengek minta dibelikan permainan.Mak pernah beli robot untuk adik.Saya pula pernah memiliki satu anak patung baby yang mana bila dicabut puting di mulutnya,baby tu menangis.Ada tak yang pernah memiliki anak patung tu?
Semoga semakin cerdik dan pandai lah budak-budak zaman sekarang.Permainan mereka pun ada kelas gitu!
Pesanan:Anak-anak saya pun saya belikan mainan pinggan mangkuk plastik kat pasar malam je.Boleh je main.
Thursday, January 23, 2014
Permainan zaman saya kanak-kanak dulu
Lagu dan permainan kanak-kanak zaman dulu tak dapat dipisahkan.Siapa sangka zaman It ni jarang benar permainan ni budak-budak sekarang mainkan.Semua sibuk dengan gadjet.Tak keluar rumah pun tak apa agaknya.
Ingat tak lagu dan permainan ni.Saya sering main dengan rakan-rakan sewaktu sekolah rendah.
Enjit-enjit semut,siapa sakit naik atas.
Enjit-enjit semut,siapa sakit naik atas.
Enjit-enjit semut,siapa sakit naik atas.
Enjittt - enjit semuut si-a-pa sa-kit na-ik a-tassss.
Masa ni ada kawan buat dajal.Dia cubit kuat-kuat.Sakit sebab cubit kecil tu.Ada yang berair air mata tau.hehehe Nostalgia sungguh.
Ini ingat tak?
Ni bait lagu cucu-cucu yang ada di keliling nenek:
Nenek-nenek si bongkok tua
Siang malam asyik berjaga
Mencari cucu di mana ada
Nenek ku kahwin dengan anak raja
Ni bait lagu nenek yang bertutup mata:
Cucu-cucu tak dapat lari
Nenek tua banyak sakti
Mencari cucu di mana ada
Siapa yang kena dia yang jadi
Masa habis je nenek nyanyi,semua bertempiaran lari.Puas lah nenek mengagau-ngagau tangan mencari cucu.Kalau kena yang nak dajal,sempat lagi balik rumah makan-makan.(eh macam dalam iklan maggie je)..hehehe
Banyak lagi.Ini baru dua je.Betullah anak-anak sekarang tak minat main permainan ini agaknya.Main kat luar rumah pun paling habis main gelongsor dengan buaian di taman permainan kanak-kanak.
Ada lagi tak lagu permainan dulu-dulu yang nak share?
Habis anak-anak jagaan saya suruh lakonkan.Diorang pun tak tahu permainan ni.hehehe
Pesanan:Rindu zaman kanak-kanak,memang enjoy habis bermain dengan rakan-rakan,tak fikir langsung masalah.

Thursday, February 28, 2013
Mainan anak-anak sekarang
Bangun je pagi...meluru dia ke komputer.Tak puas main game semalam,sambung pula hari ni.
Kalau dah nak kalah barulah nak panggil umi.Kalau dah kat tangan umi,umi tak lepaskanlah kat orang lain dah...hehehhe
Tengoklah berkumpul semua kat komputer nak tengok orang main game.Permainan masak-masak ada je simpan dalam bekas,taknak pulak dia main.Best main game macam ni agaknya.
Ni lah gamenya.Ini baru satu,yang lain-lain pun tak kurang hebat jugak kalau budak kecik ni main.Seawal 2 tahun dah pandai pegang 'mouse'.Ni game kedai kek.Ramai yang marah sebab kek lambat sampai...hehehe
Tengoklah tu.Kemain kusyuk menekan tu menekan ni.Bukan pernah menang pun.Asyik kalah je.hehehhe
Tapi ada kebaikan juga,mereka ni didedahkan penggunaan komputer seawal umur mereka.Biarkan mereka bermain untuk mengasah minda mereka.Elok dicarikan sesuatu permainan komputer yang sesuai dengan umur mereka.Mereka akan cepat mahir.
Pesanan:Anak-anak saya semua dah cekap dengan komputer ni,malahan saya pula yang banyak bertanya mereka...hehehehe...

Subscribe to:
Posts (Atom)