Showing posts with label kursus. Show all posts
Showing posts with label kursus. Show all posts

Sunday, April 20, 2014

Bermain sambil belajar,mudah untuk kanak-kanak

Dalam proses untuk pembelajaran bayi dan kanak-kanak,permainan yang sering kita main boleh menggalakkan pembelajaran awal matematik kanak-kanak.Inilah yang ditekankan dalam kursus KAP ni.


Bahan-bahan alam sangat disukai oleh kanak-kanak.Mereka sering bermain di luar dan sering bermain dengan bahan-bahan alam ni.Batu,daun,ranting kayu biasanya ada di sekitar rumah kita.Manakala kulit kerang mudah didapati di kawasan pantai.

Konsep awal matematik kanak-kanak bukan hanya pada mengira 1,2,3 atau membuat aktiviti campur dan tolak,tetapi lebih kepada mengenal saiz,besar-kecil,tinggi-rendah,laju-perlahan,banyak-sedikit.Apabila kita bermain dengan kanak-kanak,mereka boleh belajar secara tidak langsung konsep-konsep ini.


Untuk mempercepatkan pembelajaran awal matematik kanak-kanak perlu dibantu oleh pendidik atau orang dewasa.

Mudah bukan.Kita ni jangan asyik fikir membeli mainan tanpa memikirkan pembelajaran anak-anak,kita mesti fikirkan sekali faedah permainan tersebut,tak semestinya kena beli kan mainan,mainan anak-anak ada di sekitar kita.Pernah terfikirkah kita?

Pesanan:Tak perlu modal yang besar untuk pembelajaran kanak-kanak.

Perbincangan,pembentangan...biasalah kursus mana-manapun kan

Mana-mana kursus yang kita hadiri,pasti akan ada perbincanga berkumpulan,kemudian pembentangan.Itulah yang terdapat dalam kursus yang saya hadiri ni.

Susah nak berbincang ats kerusi,jom kita bersila atas lantai.Nak berbaring pun boleh.Ikut keselesaan sendiri.hahaha...Apa-apapun bila berbincang dalam kumpulan ni,banyak idea dapat dikumpulkan.Yang tak tahu jadi tahu kan..kan..kan..


Bila sesi pembentangan pula,ikut sukati kitalah selesa mendengar dari atas kerusi atau atas lantai.Sebab ni bukan budak sekolah kan,sekali lagi ikut selesa kita,tak payah nak formal sangat.Santai lebih berkesan.



Yang nak bentangkan ni lah macam-macam aksi,ada yang penuh yakin,ada yang malu-malu,maklumlah ada yang pertama kali berdiri di hadapan orang,jadilah macam-macam adegan lucu.Namun demikian lama-kelamaan,apabila diberi peluang sebegini,akan menjadi kebiasaan.

Minggu-minggu yang berikutnya,masing-masing sudah menampakkan identiti masing-masing.Jadi waktu ni kenalah cari kawan yang bersesuaian dengan karektor masing-masing.Ada yang pendiam,ada yang suka bercakap,ada juga yang suka buat lawak.Bestkan.

Pesanan:Tak kenal maka tak cinta...cinta kawan-kawan ye...




Gambar-gambar sepanjang berkursus Kursus Awal PERMATA



Okay,ini adalah minggu pertama Kursus Awal Permata (KAP).Kalau lihat dalam gambar ini,kebanyakan mereka saling tidak kenal mengenal antara satu sama lain.Jadi masing-masing masih menyembunyikan identiti masing-masing.Kalau lihat betul-betul hanya terdapat seorang peserta lelaki.Ye,memang ada seorang peserta lelaki.Ibarat kumbang seekor,bunga berkuntum-kuntum.hehehe

Memang saya respek dengan peserta lelaki tu,yang hanya mahu dikenali sebagai MR KAY.Dia sangat sukakan kanak-kanak,dan tidak kisah jika turut serta bersama-sama lagi 28 orang peserta perempuan yang lain.

Rata-rata peserta hadir dari seluruh negeri Pahang.Ada dari Jerantut,Temerloh,Bera,Benta (saya lah tu) dan sekitar Kuantan.Semua hadir dengan semangat untuk menambah ilmu.Rata-rata peserta berumur lingkungan 19 tahun hingga 38 tahun.Umur bukanlah ukuran untuk tidak mahu menambah ilmu,lebih berumur lebih banyak boleh berkongsi ilmu dengan yang muda.

Okay kita sambung lagi nanti...

Pesanan:Mula-mula malu,lama-lama......

Thursday, April 10, 2014

Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Mei 2014

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus sama ada untuk pengusaha/pengasuh dan juga bakal pengusaha /pengasuh taska bolehlah mulai mendaftar ye.

Bagi yang berminat dengan ilmu kanak-kanak juga digalakkan menyertainya,anda pasti tidak menyesal.Saya sudah berkursus anda bagaimana?


KURSUS ASUHAN PERMATA KOHORT 4

Kursus Asuhan PERMATA Kohort 4 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 26 hb Mei hingga 26 hb Jun, 2014

Tempat : Pusat Latihan Tinta Ori, Indera Mahkota Kuantan

Masa pendaftaran : 8,00 pagi (26 hb Mei, 2014)

Bayaran : RM420 seorang tanpa makan dan minum

Sekiranyan peserta yang memerlukan penginapan sila berhubung
dengan Puan Hasnah binti Abu kasim di talian 013-9550383.
Bayaran bagi penginapan adalah RM200 selama tempoh
 kursus tanpa makan dan minum.

Kepada pengusaha, penyelia, pengasuh dan orang perseorangan
yang berminat untuk mengikuti kursus ini sila berhubung dengan
 penyelaras kursus
Puan Zubaidah Husin di talian 017-9190664/013-9390748
atau Puan Hasnah Abu Kasim di talian 013-9550383
 untuk pendaftaran.
Untuk keterangan lanjut lawati blog  INI

Pesanan: saya copy paste je ni..

Tuesday, April 01, 2014

Berakhir jua perjalanan Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Permata Negara (KAP)

Setiap yang bermula pasti akan berakhir.Setiap yang bertemu pasti berpisah.Setiap yang dilalui pasti meninggalkan kenangan.Begitulah akhirnya,kisah kursus sebulan saya.Meninggalkan suami dan anak-anak demi sebuah cita-cita dan menuntut ilmu sangat memerlukan pengorbanan yang sangat besar.

Apatah lagi berjauhan dalam jangka masa yang lama,pasti rindu mendalam didalam jiwa.Hanya Allah yang mengerti perasaan saya ketika itu.Kawan-kawan yang ada sekadar melepaskan kerinduan yang sedikit.

Pada 20 Mac 2014,KAP Kohort 3 telah mengadakan jamuan perpisahan dan itu menandakan kursus kami telah selesai,Namun demikian bersambung dengan praktikum selam 5 hari di Taska yang telah ditetapkan.Dan yang terakhir sedang menunggu kami ialah peperiksaan penting KAP pada penghujung bulan April 2014 ini




Persiapan majlis penutup KAP KOHORT 3


Makan-makan mana boleh tinggal...


Yang ni yang tak tahan ni,persembahan kumpulan KOHORT 3

Semoga ilmu yang saya dan rakan-rakan dapat,boleh direalisasikan di Taska masing-masing.Ingat Anak anugerah berharga,Anak Permata Negara,jangan di sia-siakan kelahiran mereka di dunia ini.

Pesanan:Masih banyaklagi gambar akan menyusul sebagai memenuhi blog yang dah lama senyap ni...hehehe

Sunday, March 16, 2014

Topi kertas



Sebelum ni saya bercerita tentang kapal terbang kertas,kini kami disuruh buat topi kertas pula.Amboi,semua ingat lagi buat topi dari kertas.Macam-macam fesyen pula.

Kursus Anak Permata memang banyak menumpukan kepada perkembangan menyeluruh kanak-kanak.Sebagai kanak-kanak pasti mereka suka mereka cipta,lebih-lebih lagi dari bahan yang mudah didapati.

Tanpa segan silu kami memakai di atas kepala masing-masing.Semua tertawa sendiri.Sangat seronok melakukan aktiviti sebegini.

Rilex dan hilang rasa stress seketika.Berdamping dengan kanak-kanak memang mengasyikkan.

Pesanan: Masih ada 2 minggu lagi untuk saya menghabiskan kursus ini.Semoga segala ilmu yang saya dapat ni dapat saya praktikkan di taska saya.Rindunya nak jumpa anak-anak taska saya.


Friday, February 21, 2014

Usia bukan penghalang menambah ilmu

Ramai di luar sana terutamanya surirumah tangga merasakan tidak perlu lagi untuk belajar.Ini kerana mereka merasakan hidup mereka akan berakhir di rumah sahaja.

Ilmu bukan hanya belajar di kelas akademik sahaja,belajar banyak cabangnya.Belajar memasak pun perlu untuk menambah skill memasak kita disamping menambah menu baru.Barulah hidup menjadi seronok bila dapat ilmu baru.

Ilmu ditambah juga barangkali menambah pendapatan keluarga.Contohnya boleh belajar membuat kuih,kek untuk dijual.Belajar menjahit boleh upah menjahit baju orang.Hidup bertambah gembira.Usia juga bukan penghalang mencari ilmu.Sesiapa sahaja berhak mendapatkan ilmu.

Saya pula asalnya menjaga budak secara suka-suka,akhirnya saya berdaftar dengan JKM di bawah Taska Di Rumah,dan saya berjaya menambah pendapatan keluarga.Apabila diberi peluang menambah ilmu,saya tidak melepaskan peluang,bakal mengikuti Kursus Asas Permata anjuran Persatuan Pengasuh Negeri Pahang di Kuantan.

Mungkin dengan kursus yang saya sertai kelak akan mendedahkan kepada saya lebih banyak ilmu yang saya tidak ketahui.Kursus yang bakal saya hadiri selama hampir sebulan ni (bermula minggu hadapan),akan menyebabkan saya perlu berkorban.Saya perlu berjauhan dengan keluarga yang selama ini tidak pernah saya tinggalkan sebegitu lama.Demi mencapai cita-cita murni,saya perlu berkorban.

Sudah terlalu lama saya tidak berada dikalangan kelompok kumpulan yang ramai,pasti saya merasa kekok.Saya perlu biasakan diri.Semoga Allah permudahkan segalanya.Semoga kawan-kawan doakan kejayaan saya.

Mungkin sibuk sedikit,jadi saya akan jarang berblog.Selepas ini saya akan kongsikan pengalaman saya berkursus ye.

Jumpa lagi.

Pesanan: Jauhnya tempat kursus dari rumah saya hampir 5-6 jam,mampukah saya menanggung rindu terhadap keluarga yang ditinggalkan.....

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...