Tuesday, April 01, 2014

Berakhir jua perjalanan Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Permata Negara (KAP)

Setiap yang bermula pasti akan berakhir.Setiap yang bertemu pasti berpisah.Setiap yang dilalui pasti meninggalkan kenangan.Begitulah akhirnya,kisah kursus sebulan saya.Meninggalkan suami dan anak-anak demi sebuah cita-cita dan menuntut ilmu sangat memerlukan pengorbanan yang sangat besar.

Apatah lagi berjauhan dalam jangka masa yang lama,pasti rindu mendalam didalam jiwa.Hanya Allah yang mengerti perasaan saya ketika itu.Kawan-kawan yang ada sekadar melepaskan kerinduan yang sedikit.

Pada 20 Mac 2014,KAP Kohort 3 telah mengadakan jamuan perpisahan dan itu menandakan kursus kami telah selesai,Namun demikian bersambung dengan praktikum selam 5 hari di Taska yang telah ditetapkan.Dan yang terakhir sedang menunggu kami ialah peperiksaan penting KAP pada penghujung bulan April 2014 ini




Persiapan majlis penutup KAP KOHORT 3


Makan-makan mana boleh tinggal...


Yang ni yang tak tahan ni,persembahan kumpulan KOHORT 3

Semoga ilmu yang saya dan rakan-rakan dapat,boleh direalisasikan di Taska masing-masing.Ingat Anak anugerah berharga,Anak Permata Negara,jangan di sia-siakan kelahiran mereka di dunia ini.

Pesanan:Masih banyaklagi gambar akan menyusul sebagai memenuhi blog yang dah lama senyap ni...hehehe

12 comments:

  1. lepas ni boleh lah didik anak - anak taska dgn lbh baik ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mendidik anak-anak untuk bekalan akhirat jua...semoga saya berjaya amin!

      Delete
  2. eh, akak cikgu taska ke?.. saya baru tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kan jaga budak dari dulu lagi,cuma tahun lepas je jkm datang suruh daftar sbb lebih dari 4 org kurang dari 10 orang...jadilah Taska Di Rumah....taska juga kan..hehehe

      Delete
  3. Bolehlah buka taska sendiri lepas ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sangat...tapi ...kena sediakan diri dengan kesibukan sebagai pengusahalah...huhuhu...

      Delete
  4. assalam.
    syoknya dpt tambah ilmu mcm ni
    dulu saya mint sgt. lepas jaga budak 3 org balik kl keja kat kemas. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wlkmslm...Alhamdulillah...bertambah ilmu...

      Delete
  5. ooo patutler sunyi sibuk rupanyer... bestnyer teringin gak nak bukak taska tapi tak tau nak mulakan dari mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je,cuba masuk mana2 kursus sebegini yang jkm iktiraf,dari situ semua diajar...cara nak buka taska pun ada...cubalah

      Delete
  6. Nama kumpulan Kohort ke? Hehehe.. dlm bahse pahang kohort ni mcm penat kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi lyd bila saya tanya diorg kata kohort ni macam batch lah...gitulah..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...