Dalam proses untuk pembelajaran bayi dan kanak-kanak,permainan yang sering kita main boleh menggalakkan pembelajaran awal matematik
kanak-kanak.Inilah yang ditekankan dalam kursus KAP ni.
Bahan-bahan alam sangat disukai oleh kanak-kanak.Mereka sering bermain di luar dan sering bermain dengan bahan-bahan alam ni.Batu,daun,ranting kayu biasanya ada di sekitar rumah kita.Manakala kulit kerang mudah didapati di kawasan pantai.
Konsep awal matematik kanak-kanak bukan hanya pada mengira 1,2,3 atau membuat aktiviti campur dan tolak,tetapi lebih kepada mengenal saiz,besar-kecil,tinggi-rendah,laju-perlahan,banyak-sedikit.Apabila kita bermain dengan kanak-kanak,mereka boleh belajar secara tidak langsung konsep-konsep ini.
Untuk mempercepatkan pembelajaran awal matematik kanak-kanak perlu dibantu oleh pendidik atau orang dewasa.
Mudah bukan.Kita ni jangan asyik fikir membeli mainan tanpa memikirkan pembelajaran anak-anak,kita mesti fikirkan sekali faedah permainan tersebut,tak semestinya kena beli kan mainan,mainan anak-anak ada di sekitar kita.Pernah terfikirkah kita?
Pesanan:Tak perlu modal yang besar untuk pembelajaran kanak-kanak.