Friday, February 21, 2014

Usia bukan penghalang menambah ilmu

Ramai di luar sana terutamanya surirumah tangga merasakan tidak perlu lagi untuk belajar.Ini kerana mereka merasakan hidup mereka akan berakhir di rumah sahaja.

Ilmu bukan hanya belajar di kelas akademik sahaja,belajar banyak cabangnya.Belajar memasak pun perlu untuk menambah skill memasak kita disamping menambah menu baru.Barulah hidup menjadi seronok bila dapat ilmu baru.

Ilmu ditambah juga barangkali menambah pendapatan keluarga.Contohnya boleh belajar membuat kuih,kek untuk dijual.Belajar menjahit boleh upah menjahit baju orang.Hidup bertambah gembira.Usia juga bukan penghalang mencari ilmu.Sesiapa sahaja berhak mendapatkan ilmu.

Saya pula asalnya menjaga budak secara suka-suka,akhirnya saya berdaftar dengan JKM di bawah Taska Di Rumah,dan saya berjaya menambah pendapatan keluarga.Apabila diberi peluang menambah ilmu,saya tidak melepaskan peluang,bakal mengikuti Kursus Asas Permata anjuran Persatuan Pengasuh Negeri Pahang di Kuantan.

Mungkin dengan kursus yang saya sertai kelak akan mendedahkan kepada saya lebih banyak ilmu yang saya tidak ketahui.Kursus yang bakal saya hadiri selama hampir sebulan ni (bermula minggu hadapan),akan menyebabkan saya perlu berkorban.Saya perlu berjauhan dengan keluarga yang selama ini tidak pernah saya tinggalkan sebegitu lama.Demi mencapai cita-cita murni,saya perlu berkorban.

Sudah terlalu lama saya tidak berada dikalangan kelompok kumpulan yang ramai,pasti saya merasa kekok.Saya perlu biasakan diri.Semoga Allah permudahkan segalanya.Semoga kawan-kawan doakan kejayaan saya.

Mungkin sibuk sedikit,jadi saya akan jarang berblog.Selepas ini saya akan kongsikan pengalaman saya berkursus ye.

Jumpa lagi.

Pesanan: Jauhnya tempat kursus dari rumah saya hampir 5-6 jam,mampukah saya menanggung rindu terhadap keluarga yang ditinggalkan.....

2 comments:

  1. Betul tu.. usia bukan penghalang untuk menambah ilmu.. moga sis sukses selalu

    ReplyDelete
  2. bestnya kak.
    teringin juga satu hari nnti

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...