Showing posts with label Kematian. Show all posts
Showing posts with label Kematian. Show all posts

Saturday, May 17, 2014

Sebak membaca luahan hati seorang ayah yang baru kehilangan anak sulungnya


Berikut luahan hati seorang ayah . Seperti yang kita maklum ayah lebih tabah dari mak.











Rentetan kisah anak jiran saya...

Perginya anak yang soleh

Rutin biasa saya setiap pagi membawa anak-anak taska ke taman permainan. Membuat aktiviti rutin seperti senaman ringan.
Tatkala waktu selesainya aktiviti tersebut,saya berjalan pulang ke rumah,di kala itu,saya lihat jiran baik saya dan suami kelihatan tergesa-gesa menaiki kereta. Sempat saya menegur bertanya arah tujuan.

"Eh Kak Tie nak ke mana ni?".tanya saya.
"Along kemalangan di Temerloh".
"Macam mana?Dia takde apa-apa kan?"tanya saya lagi.
Kak Tie hanya menggelengkan kepala dan senyap.Terus menaiki kereta.

Sebaik tiba di rumah,saya lihat jam lebih kurang 8.45 pagi.Perasaan risau menerpa hati saya. Tidak senang duduk saya.
 Saya mencapai handphone dan mulai menghantar mesej kepada suami.Saya beritahu halnya,dan meminta dia telefon semula suami Kak Tie,Cikgu Rozlan bertanya khabar.
Suami saya dan suami Kak Tie satu tempat kerja. Ironinya saya menghantar mesej sahaja sebab dia sedang jaga budak periksa.

Tak lama kemudian,saya mendapat panggilan dari suami mengatakan anak Kak Tie yang kemalangan tu,meninggal dunia. Terkejut saya.Yang lebih sedih Kak Tie dan suami masih dalam perjalanan ke Temerloh dari Benta, masih tidak tahu yang anaknya sudah tiada. Keluarga di Temerloh merahsiakan hal ini.



Terus bercucuran air mata ini.Mengalir tidak henti.Saya cuba buat panggilan kat Kak Tie,tapi tidak berjaya.

Saya dah resah gelisah di rumah. Sedihnya saya seperti anak saya yang terlibat.Inilah dikatakan naluri ibu.Lagipun saya juga mengenali arwah.
Memang tidak disangka,arwah yang saya kenali sangat berbudi bahasa dengan orang tua,sangat pendiam,sangat berlemah lembut,anak yang soleh...akhirnya pergi jua.

Dia dikatakan baru keluar dari rumah untuk ke tempat praktikal. Dengan menaiki motosikal,sampai di jambatan Temerloh,cuba mengelak sesuatu di hadapan,dia dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta.
Sudah sampai ajalnya.Tanggal 14 Mei 2014 bersamaan 14 Rejab 1435...Berakhirlah kehidupannya menjadi anak yang soleh kepada ibu bapanya selama 22 tahun.

SALAM TAKZIAH.AL FATIHAH....

Wednesday, November 06, 2013

Anak-anak yang mati sebelum baligh,dimana kedudukanmu?

Damailah engkau wahai anak-anak kecil yang meninggal dunia sebelum usia balighmu.Syurga menantimu wahai anak-anak.Tenanglah dan bergembiralah wahai ibu dan ayah,anak-anakmu menanti di sana.

Terdapat banyak info berkaitan dengan hal ini.Di mana kah kedudukan mereka yang mati sebelum usia baligh.

Antaranya:

Anak orang islam yang mati sebelum baligh semua adalah adalah ahli syurga. Hal ini termasuk dalam kesepakatan semua para ulama. Al-Imam Ibn Kathir berkata:
فأما ولدان المؤمنين فلا خلاف بين العلماء كما حكاه القاضي أبو يعلى بن الفراء الحنبلي عن الإمام أحمد أنه قال : لا يختلف فيهم أنهم من أهل الجنة . وهذا هو المشهور بين الناس ( أي عامة العلماء ) وهو الذي نقطع به إن شاء الله عز وجل 
Maksudnya: “Adapun anak-anak orang yang beriman, maka tiada perbezaan pendapat di kalangan ulama (semua mereka akan masuk ke dalam syurga) seperti yang dihikayatan oleh al-Qadhi Abu Ya’la bin al-Farra’ al-Hanbali daripada al-Imam Ahmad yang berkata: “Tiada perbezaan di kalangan ulama, bahawa semua anak-anak orang yang beriman termasuk dari kalangan ahli syurga. Inilah yang masyhur di kalangan ulama, pendapat ini juga yang kami putuskan insyaallah.” (Tafsir al-Quran al-‘Azim 3/33)
Al-Imam al-Nawawi pula berkata:
أجمع من يعتد به من علماء المسلمين على أن من مات من أطفال المسلمين فهو من أهل الجنة ؛ لأنه ليس مكلفا
Maksudnya: “Telah bersepakat para ulama umat Islam yang diambil kira perkataannya, bahawa sesiapa yang mati dari kalangan anak-anak orang Islam, dia adalah termasuk ahli syurga, kerana dia bukan mukallaf.” (Syarh Muslim 16/207)

Sumber: SINI

Pesanan: Kita yang sudah baligh dan berakal ini yang perlu berbuat lebih banyak kebajikan dan kebaikan,kerana kita masih tidak tahu di manakah kedudukan kita?Wallahualam...semoga dikuatkan iman kita agar mati dalam Islam.

Wednesday, April 03, 2013

Adik ipar Fauziah: 'Mimpi kakak berpakaian cantik'

Lagi rentetan kisah Gee...

 SEREMBAN - “Dua minggu lalu saya sering bermimpi melihat kakak berpakaian cantik sambil tersenyum memandang kami sekeluarga,” demikian kata Wini Roswita Abdullah, 40, adik ipar pesakit saraf, Fauziah Muhamad, 39, yang menghembuskan nafas terakhirnya, pagi semalam.

 Menurutnya, setiap kali dia bermimpi tentang Allahyarham, dia akan memaklumkan perkara itu kepada abangnya, Abil Fikri Ahmad. “Saya pun tidak tahu kenapa. Tapi saya kerap bermimpi tentang arwah dan ketika itu saya tidak rasa apa-apa. Kali terakhir saya berjumpa dengannya dua hari lalu. Keadaannya tidak lagi bermaya dan berbeza berbanding sebelum ini,” katanya.

 Wini berkata, Allahyarham seorang kakak yang baik dan rajin memasak setiap kali adanya perjumpaan keluarga. Bagaimanapun katanya, air tangan masakan Allahyarham tidak dapat lagi dirasai selepas dia terlantar sakit. “Sebenarnya seminggu sebelum dia dimasukkan ke hospital, kami sekeluarga ada merancang pergi ke Cameron Highlands. “Biasanya arwah dengan rela hati ambil peranan memasak. Tapi ketika itu dia kata mahu berehat dan rupa-rupanya itu petanda dia akan berehat selama-lamanya,” katanya. Selain itu Wini berkata, dia bersyukur kerana semasa arwah sakit, dia dijaga dengan rapi oleh abangnya.

 “Sejak kecil memang nampak abang saya seorang bertanggungjawab. Saya pada awalnya tidak sangka dia tabah dan setia menjaga isterinya. “Saya sendiri kagum dengan kesungguhan abang. Dia tidak pernah berputus asa dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dengan baik,” katanya. Namun katanya, ALLAH lebih berkuasa dan arwah kini pergi buat selamanya.

Sumber: sinar harian

Pesanan:Semoga Gee aman di sana....

Monday, October 01, 2012

Pelajar Maut Tak Sempat Ambil SPM

Sedih bila mendapat khabar berita pelajar di sekolah suami maut dalam kemalangan di Bentong pada hari sabtu lepas(29/9/2012).Kalau dengar cerita,macam-macam versi yang disampaikan. Ada yang sedap didengar ada juga yang tak sedap didengar.Tak perlulah saya sebarkan cerita tersebut.

 Mereka bakal mengambil peperiksaan SPM tahun ni.Seorang maut,manakala seorang lagi masih koma di hospital.Kebetulan Cikgu Niena mengajar budak-budak tersebut,jadi dia tahu lah serba sedikit tingkah laku pelajarnya itu.Tentu dia amat sedih mendengarnya.Suami pula tak mengajar budak-budak tu,jadi tak berapa kenal sangatlah.

 Menurut versi cerita yang disampaikan,pelajar yang maut tu terburai isi perutnya dan patah kedua-dua kakinya akibat kayu balak yang terhempap ke atasnya.Manakala yang koma di hospital pula mengalami kecederaan teruk di bahagian organ dalaman.Hingga kini masih tidak dapat cerita yang sahih.Sekadar penyampaian dari mulut ke mulut.

Kita hanya mampu berserah pada Allah agar segalanya selamat.Yang sudah meninggal pula takziah buat keluarga dan semoga didoakan diampunkan dosa-dosa si mati.Semoga rohnya bersama orang-orang beriman.

Berikut sedutan dari akhbar Berita Harian.

Pelajar maut, dua parah nahas motosikal dan lori

Cetak
KUANTAN: Seorang remaja maut maut manakala dua lagi cedera parah dalam nahas membabitkan motosikal dan sebuah lori di Kilometer 17 Jalan Baru Bentong-Raub, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Aziz Salleh berkata, mangsa yang terbunuh ialah penunggang motosikal Mohamad Zaidi Ahmad, 17, manakala pemboncengnya Mohd Hafifi Jamaludin, 17, dan pemandu lori M. Murugiah, 61, cedera parah.
"Penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, kedua-dua mangsa yang parah itu pula kini dirawat di Hospital Bentong," katanya ketika dihubungi di sini. 

Aziz berkata, ketika kejadian 6.44 pagi itu, motosikal terbabit bertembung dengan lori berkenaan selepas memotong sebuah kenderaan lain.

"Mangsa yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Sultan Ahmad Shah di sini mati akibat cedera parah di kepala," katanya.

Pemandu lori berkenaan pula cedera parah apabila lorinya terbabas selepas melanggar motosikal itu. - BERNAMA 
Pesanan:Tanamkan sifat sabar dalam memandu,anak-anak ingatlah keluarga yang sedang menanti kepulangan kita di rumah terutama ibubapa kita.Penuh harapan menunggu si anak.

Tuesday, July 24, 2012

Kemalangan di hari ke 2 puasa

Sewaktu pulang dari Kelantan ke Kuala Lipis pada pagi puasa ke 2,kami terserempak dengan satu kemalangan yang melibatkan lori ayam terbalik.Pada mulanya jalan jem menyebabkan kami tertanya-tanya,kerana takkan lah awal pagi jalan jem.Lagipun hari tu hari ahad.Semua dah ke sekolah dan ke tempat kerja bagi negeri Kelantan.Rupanya ada kemalangan.


Ini gambar yang sempat saya ambil.Kelihatan ayam-ayam di dalam bekas tu berjaya diselamatkan.Maklumlah bulan puasa ni permintaan ayam meningkat.Pada ketika ini,sebelum saya lalu betul2 di tempat kejadian,berlaku adegan menyembelih ayam ditepi jalan.Mungkin ayam tu dah nyawa-nyawa ikan,jadi penyembelihan harus disegerakan.

Kelihatan juga ayam-ayam yang mati bergelimpangan.Sedih pula saya tengok ayam-ayam tu mati macam tu je.Kesian tau.Kalau lihat lori tu jadi sampai terbalik,saya memikirkan nasib pemandunya.Kalau baca berita di suratkhabar,pemandunya terselamat.


Cuba bayangkan tayar lori sampai tercabut dek kerana kemalangan yang dasyat itu.Milik siapakah tayar itu?Masih kelihatan lagi ayam-ayam yang mati tidak dapat diselamatkan.

Beritanya sudah keluar di sinar harian

Antara beritanya saya copy sikit:

MACHANG - Seorang wanita mautselepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori muatan ayam di Kilometer 39.5, Jalan Kota Bharu- Kuala Krai, di sini, semalam.

Kemalangan jam 6.15 pagi itu mengakibatkan mangsa, Roos Amizan Ab Rahim, 35, yang memandu kereta Mercedes-Benz maut di tempat kejadian manakala suaminya, Mohd Asri Husain,43 dan seorang anak mereka, Nurafifi Fariza, 6, cedera parah.



Yang peliknya,saya tak nampak langsung kereta terbabit.Mungkinkah kereta itu tercampak jatuh ke sebelah sana.Memang kejadian berlaku awal pagi,sedangkan saya sampai sana dalam pukul 8 pagi.Lagipun kami pun nak cepat sampai ke rumah,jadi kami tak berhenti lama melihat tempat kejadian.Inilah yang menyebabkan jalan jem,masing-masing berhentikan kenderaan untuk melihat kemalangan ini.Mangsa pun dah di bawa ke hospital.

Pesanan:Berhati-hatilah bila memandu awal-awal pagi tu.Sebabnya kita dah bangun sahur awal pagi,mungkin mengantuk.

Friday, June 29, 2012

Sekadar Peringatan Untuk Yang Hidup



Firman Allah SWT:




Maksudnya:
Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin lari daripadanya itu pasti mendatangi kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata.Kelak Dia akan memberitahu kamu segala yang telah kamu lakukan. (Surah al-Jumu'ah:8)


Dengan mengingati mati sebagai penyudah kehidupan di dunia ini,insan Mukmin (Mukminah) akan terhindar daripada melakukan segala kemungkaran dan mentaati perintah Allah pada setiap masa.


Sumber:Buku Indahnya Hidup Bersyariat-Dato Ismail Kamus dan Ustaz Mohd Azrul Azlen Ab Hamid.


Gambar copy dari FB Sham Kamikaze

Pesanan:Masih mengumpul dana dan saham untuk ke akhirat.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...