Showing posts with label syurga. Show all posts
Showing posts with label syurga. Show all posts

Wednesday, November 06, 2013

Anak-anak yang mati sebelum baligh,dimana kedudukanmu?

Damailah engkau wahai anak-anak kecil yang meninggal dunia sebelum usia balighmu.Syurga menantimu wahai anak-anak.Tenanglah dan bergembiralah wahai ibu dan ayah,anak-anakmu menanti di sana.

Terdapat banyak info berkaitan dengan hal ini.Di mana kah kedudukan mereka yang mati sebelum usia baligh.

Antaranya:

Anak orang islam yang mati sebelum baligh semua adalah adalah ahli syurga. Hal ini termasuk dalam kesepakatan semua para ulama. Al-Imam Ibn Kathir berkata:
فأما ولدان المؤمنين فلا خلاف بين العلماء كما حكاه القاضي أبو يعلى بن الفراء الحنبلي عن الإمام أحمد أنه قال : لا يختلف فيهم أنهم من أهل الجنة . وهذا هو المشهور بين الناس ( أي عامة العلماء ) وهو الذي نقطع به إن شاء الله عز وجل 
Maksudnya: “Adapun anak-anak orang yang beriman, maka tiada perbezaan pendapat di kalangan ulama (semua mereka akan masuk ke dalam syurga) seperti yang dihikayatan oleh al-Qadhi Abu Ya’la bin al-Farra’ al-Hanbali daripada al-Imam Ahmad yang berkata: “Tiada perbezaan di kalangan ulama, bahawa semua anak-anak orang yang beriman termasuk dari kalangan ahli syurga. Inilah yang masyhur di kalangan ulama, pendapat ini juga yang kami putuskan insyaallah.” (Tafsir al-Quran al-‘Azim 3/33)
Al-Imam al-Nawawi pula berkata:
أجمع من يعتد به من علماء المسلمين على أن من مات من أطفال المسلمين فهو من أهل الجنة ؛ لأنه ليس مكلفا
Maksudnya: “Telah bersepakat para ulama umat Islam yang diambil kira perkataannya, bahawa sesiapa yang mati dari kalangan anak-anak orang Islam, dia adalah termasuk ahli syurga, kerana dia bukan mukallaf.” (Syarh Muslim 16/207)

Sumber: SINI

Pesanan: Kita yang sudah baligh dan berakal ini yang perlu berbuat lebih banyak kebajikan dan kebaikan,kerana kita masih tidak tahu di manakah kedudukan kita?Wallahualam...semoga dikuatkan iman kita agar mati dalam Islam.

Friday, September 20, 2013

Asiah & Imannya Yang Kental

Beli buku Asuh untuk galak anak membaca dan menimba ilmu agama.Orang dewasa pun boleh menimba ilmu juga.Mari kita berkongsi cerita tentang Asiah.Siapa Asiah?

Dalam sejarah Islam,nama Asiah menjadi sebutan sehingga kini.Bukan kerana kecantikan atau kedudukannya sebagai isteri Raja Firaun,tetapi keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah SWT.

Asiah memeluk Islam tatkala pembantunya Mashitah dan anaknya dihukum bunuh oleh Firaun.Asiah terdengar anak Mashitah memujuk ibunya agar bersabar kepada Allah sebelum mereka menjalani hukuman.Justeru,hati Asiah yakin akan kebenaran tauhid lalu beriman.Sejak itu,Asiah menjadi pengikut Nabi Musa a.s dan mengingkari suaminya yang mengaku sebagai Tuhan.

Di istana,hanya Asiah yang beriman kepada Allah.Suatu ketika,dia melafazkan kalimah Allah lalu didengari oleh pengikut Firaun.Berita itu kemudian tersebar kepada suaminya.Asiah dihadapkan kepada Firaun. "Siapakah Allah?" tanya suaminya yang zalim itu. "Allah Tuhanku juga Tuhan seluruh alam semesta," kata Asiah penuh yakin.

Firaun amat murka lalu memberi pilihan kepada Asiah. "Jika kau mahu hidup bersamaku dan kekayaanku,kau hendaklah mengatakan bahawa aku adalah Tuhan.Tetapi jika kau memilih Allah sebagai Tuhanmu,aku akan membunuhmu!" ugut Firaun.

Tanpa berfikir lama,Asiah tetap dengan keputusannya sebagai hamba Allah.Tidak sesekali dia melafazkan kalimah syirik terhadap Allah walaupun di depannya menanti hukuman yang menyakitkan.

Dengan keputusan itu,Firaun mengarahkan tenteranya mengikat kaki dan tangan Asiah.Lalu,mereka meletakkan batu besar di atas badannya.Dalam kesakitan itu,Asiah terus berdoa kepada Allah SWT.Doa tersebut dirakamkan dalam surah at-Tahrim ayat 11 yang bermaksud:

"Wahai Tuhan,bangunkan untukku disisi-Mu sebuah rumah di dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya yang buruk dan selamatkanlah daripada kaum yang zalim."

Allah SWT mendengar doa Asiah lalu dinampakkan syurga kepada wanita solehah itu rumahnya di dalam syurga.Saat itu Asiah senyum menerima hukuman.Melihatkan kegembiraan wajah Asiah,Firaun berkata kepada pengikutnya, "Lihatlah isteriku yang aneh." Hakikatnya,roh Asiah ditarik oleh malaikat dan berbahagialah Asiah menghuni syurga Allah SWT yang kekal.

Asiah telah mengajar kita untuk lebih mencintai Allah daripada kesenangan dunia.Ini kerana,cinta Allah akan membawa kebahagiaan yang kekal di dunia dan akhirat.

Sumber: Asuh Mei 2012

Pesanan: Buat pembaca yang sering mengeluh kerana kesusahan didunia ingatlah kesenangan menanti kita di akhirat jika kita orang yang beriman.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...