Friday, September 20, 2013

Asiah & Imannya Yang Kental

Beli buku Asuh untuk galak anak membaca dan menimba ilmu agama.Orang dewasa pun boleh menimba ilmu juga.Mari kita berkongsi cerita tentang Asiah.Siapa Asiah?

Dalam sejarah Islam,nama Asiah menjadi sebutan sehingga kini.Bukan kerana kecantikan atau kedudukannya sebagai isteri Raja Firaun,tetapi keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah SWT.

Asiah memeluk Islam tatkala pembantunya Mashitah dan anaknya dihukum bunuh oleh Firaun.Asiah terdengar anak Mashitah memujuk ibunya agar bersabar kepada Allah sebelum mereka menjalani hukuman.Justeru,hati Asiah yakin akan kebenaran tauhid lalu beriman.Sejak itu,Asiah menjadi pengikut Nabi Musa a.s dan mengingkari suaminya yang mengaku sebagai Tuhan.

Di istana,hanya Asiah yang beriman kepada Allah.Suatu ketika,dia melafazkan kalimah Allah lalu didengari oleh pengikut Firaun.Berita itu kemudian tersebar kepada suaminya.Asiah dihadapkan kepada Firaun. "Siapakah Allah?" tanya suaminya yang zalim itu. "Allah Tuhanku juga Tuhan seluruh alam semesta," kata Asiah penuh yakin.

Firaun amat murka lalu memberi pilihan kepada Asiah. "Jika kau mahu hidup bersamaku dan kekayaanku,kau hendaklah mengatakan bahawa aku adalah Tuhan.Tetapi jika kau memilih Allah sebagai Tuhanmu,aku akan membunuhmu!" ugut Firaun.

Tanpa berfikir lama,Asiah tetap dengan keputusannya sebagai hamba Allah.Tidak sesekali dia melafazkan kalimah syirik terhadap Allah walaupun di depannya menanti hukuman yang menyakitkan.

Dengan keputusan itu,Firaun mengarahkan tenteranya mengikat kaki dan tangan Asiah.Lalu,mereka meletakkan batu besar di atas badannya.Dalam kesakitan itu,Asiah terus berdoa kepada Allah SWT.Doa tersebut dirakamkan dalam surah at-Tahrim ayat 11 yang bermaksud:

"Wahai Tuhan,bangunkan untukku disisi-Mu sebuah rumah di dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya yang buruk dan selamatkanlah daripada kaum yang zalim."

Allah SWT mendengar doa Asiah lalu dinampakkan syurga kepada wanita solehah itu rumahnya di dalam syurga.Saat itu Asiah senyum menerima hukuman.Melihatkan kegembiraan wajah Asiah,Firaun berkata kepada pengikutnya, "Lihatlah isteriku yang aneh." Hakikatnya,roh Asiah ditarik oleh malaikat dan berbahagialah Asiah menghuni syurga Allah SWT yang kekal.

Asiah telah mengajar kita untuk lebih mencintai Allah daripada kesenangan dunia.Ini kerana,cinta Allah akan membawa kebahagiaan yang kekal di dunia dan akhirat.

Sumber: Asuh Mei 2012

Pesanan: Buat pembaca yang sering mengeluh kerana kesusahan didunia ingatlah kesenangan menanti kita di akhirat jika kita orang yang beriman.

3 comments:

  1. Salam.. sejuk hati baca entri ni pagi-pagi jumaat ni. Alhamdulillah, senoga kita sentiasa ingat pada janji Allah..

    ReplyDelete
  2. berbuat baik pasti dibalas baik...
    itu janji Allah kan...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah , perkongsian ilmu yang berguna ...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...