Wednesday, September 04, 2013

Mencari Barang Hilang

Kalau barang yang hilang tu orang lain yang salah letak,memang membebellah mulut ni mencari.Tapi kalau sendiri yang salah letak,mengomel juga,'manalah aku letak?,pelupa betullah aku'.Pernah macam tu kan.

Hari ni saya baru jumpa barang yang hilang setelah mencari semalaman.Surat beranak anak saya hilang!Hilang kat rumah je pun.Kalau kat rumah memang ada lah,cuma tak ingat letak mana.Last sekali memang saya yang pegang.

Cikgu sekolah dia minta untuk pengesahan masuk darjah satu sekolah tahun 2014.Masa tu baru teringat nak cari.Memang dah siap asingkan.Seingatnya dalam fail.Cari-punya cari tak jumpa.Dahlah tak ingat.

Rupanya dibalik frame gambar atas meja solek.Frame gambar besar,terlindung surat tu kat belakangnya.Semalam dah cari tempat tu,tapi terlepas pandang agaknya.Lagipun macam tak munasabah letak situ,sebab itulah tak cari betul-betul tempat tu.Dah habis idea,nak cari lagi,baru bersungguh-sungguh kelebek belakang frame tersandar tu.Hishhh...Cantik terlindung belakang frame besar tu.

Jadi moral of story:Cari betul-betul.Jangan rasa tempat tak munasabah tu bukan tempat kita simpan.Kena rasa munasabah jugak.hehehe..

Pesanan:Sambil mencari tu,jangan membebel banyak sangat,nanti tak jumpa langsung...hehehehe

17 comments:

  1. Kadang-kadang sampai berpeluh-peluh mencari.. Naik pening kepala dibuatnya.. hehe..

    Tapi saya jarang jadi macam ni.. Tapi bila kena tu, memang gelabah la jugak dibuatnya.. Tu yang kena lebih berhati-hati kalau nak letak atau simpan barang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak akhir-akhir ni saya cepat lupa,letih sangat seharian menjaga anak-anak agaknya...mujur jumpa..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Biasalah, bila dicari tak jumpa...bila tak di cari, ada aje dimana...Selalu juga alami situasi ini :)

    Tidak boleh kelam kabut dan merungut...kena bertenang dan cuba ingatkan kembali. Cari secara sistematik dan menyeluruh mengikut lokasi...Insyaallah, berdoalah sepanjang pencarian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu juga macam tu,bila dicari tak jumpa,jumpa barang lain pula,

      yelah,kalau kelam kabut,tak boleh nak berfikir dengan baik kan...

      Delete
  3. saya selalu lupa kat mana barang letak...asyik kena bebe; dgn suami..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelupa juga ema ye...tu lah,salah kita sendiri,habis kena bebel ngan suami hehehe

      Delete
  4. terkadang, mencari barang hilang terjunpa barang lain yang lama tak nampak...
    gitule jadi orang lupa ni...(saya le)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu terjadi begitukan..sama je lah dengan saya hehehe

      Delete
  5. samalah kita . semlm saya kehilangan beg duit yg ada ic , driving licence dan atm card . hilang kat dlm bilik jer . dah bongkar satu bilik . Akhirnya , lepas solat asar ptg tadi tergerak hati nak cari kat satu tpt. mmg di situ la dia menyorok ! ... alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. kretip ummi arissa simpan dokumen kat belakang frame gambar. Cemana bleh simpan kat situ? Biasa dokumen sulit je simpan tak tempat tersorok ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kretip sangatlah saya ..hahaha...ntah le camne boleh kat situ lak letaknya..

      Delete
  7. Hehee, samala kita kadang kita mencari tu memang akan ada tempat yang terlepas pandang kan

    ReplyDelete
  8. Hi..saya blogwalking kat sini...Jemput masuk ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com...TQ for your support.

    ReplyDelete
  9. selalunya.. kalau dicari tak jumpa. kalau tak cari.. ada pula depan mata... huhuhu

    ReplyDelete
  10. terima kasih semua atas kunjungan ye..

    ReplyDelete
  11. salam...ada masa nanti singgah pula la ke blog ayu yer..ayu ada buat segmen..

    http://www.ayuinsyirah.my/2013/09/segmen-ayu-upsr-oh-upsr.html

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...