Showing posts with label Hadiah. Show all posts
Showing posts with label Hadiah. Show all posts

Wednesday, January 22, 2014

Wordless Wednesday # 31 - Rak menjimatkan ruang


Barang hadiah perkahwinan dan lai-lain barangan dalam stor.Setelah mak beli rak (saya tukang pasang tau),saya susun semua barang-barang tu.Hasilnya banyak ruang kosong di bilik stor tu.

Pesanan:Mak kata beli rak ni di Tesco,bila beli kali ke-2 dapat satu je,rupanya dah habis stok,maknanya laku tu...nak pasang pun senang tak guna pakupun...

Monday, February 18, 2013

Buku ini bakal menjadi barang turun temurun keluarga

Saya terima buku ini pada tahun 1990 sewaktu berada di tingkatan 2.Saya bersama ayah ke pejabat Utusan sebaik sahaja nama saya diumumkan sebagai penerima buku ini dan gambar saya tersiar di dalam akhbar tersebut.

 Gambar saya menerima hadiah ini diselitkan juga di akhbar Utusan Malaysia.Dan mungkin ramai yang tidak tahu,ada sebaris ayat yang memberitahu "saya akan menggunakan kamus ini untuk pelajaran saya".Sedangkan saya tidak ditanya dan tidak menjawab sebegitu.Itulah rahsia wartawan.



Sebaik mendapat buku kamus ini,saya terus tulis  nama saya di dalam buku tersebut.


Walaupun sudah hampir berusia 23 tahun di dalam simpanan saya,baru saya teringat untuk mengeluarkan buku ini dalam simpanan timbunan buku-buku lama di dalam almari saya.


Inilah bukunya.Memang saya gunakan untuk pelajaran saya.Dan tergerak hati nak keluarkan buku ni,bila anak-anak perlukan kamus di sekolah.Tapi masih juga terpaksa membeli yang lain kerana buku kamus dwibahasa saya ini hanya menterjemahkan perkataan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia sahaja.

Apa barang lama anda yang anak-anak boleh gunakan di sekolah sekarang?Ada tak?Kongsilah.

Pesanan:Dapat yang baru,barang lama dibuang jangan.

Tuesday, February 12, 2013

Hadiah Breeze dari GA Redmummy

Saya terpilih sebagai pemenang dalam peraduan Breeze di blog RedMummy.com .Alhamdulillah rezezki saya.Dengan cogankata yang menarik ini....



“Saya memilih produk Breeze Liquid & Comfort Ultra untuk cucian saya kerana ia memudahkan kerja2 mencuci pakaian saya di mana pakaian saya menjadi bersih dengan pencuci pakaian Breeze, ditambah pula dengan bau yang harum bila menggunakan pelembut pakaian confort ultra tersebut. Ia menjadikan tugas2 harian saya untuk membasuh serta mengosok baju menjadi mudah dan senang kerana adanya 2 combinasi yang lengkap menjadikan kerja harian saya mudah dan senang.



Minta tolong adik ambilkan hadiah di pejabat Nuffnang setelah dapat email.Dan ini hadiahnya:


Bersama dengan voucher Tesco berjumlah RM30.Sudah habis pun saya belanjakan.

Pesanan;Rezeki awal tahun ni...

Tuesday, July 10, 2012

Pemenang 1st Give Away Ummiarissa


 Ini jawapannya untuk soalan 1st Give Away Ummiarissa...apakah nama pokok ini?


Jawapannya: Pokok Buah Naga.




 Saya suruh Arissa cabutkan...walaupun hanya 4 orang sahaja,kita harus bersikap adilkan...




Pemenangnya ialah Mama Ema.Tahniah!Nanti emailkan alamat ke ummiarissa10@gmail.com ye untuk penghantaran hadiah..

Pesanan: Dah 3 minggu suami saya out station...sunyi dan rindu...

Monday, July 09, 2012

1st Give away Ummiarissa

Untuk 1st Give Away Ummiarissa- 4 jam sahaja tiada pemenang.Jadi ada peluang kedua kini......

 Ini soalan saya:Apakah nama pokok ini?

Oleh kerana hadiah tiket sudah berpindah tangan,jadi saya sediakan hadiah yang lain pula untuk sesiapa yang berjaya meneka nama pokok ini.

Sila beri jawapan di komen di bawah ini beserta alamat e-mail untuk dihubungi.Saya akan menggunakan nama pengomen, kemudian akan dicabut oleh Arissa,keesokan harinya..Kali ini dilanjutkan hingga 12 tengah malam ini (9/7/2012).Hanya seorang pemenang diperlukan.


Untuk itu,pemenangnya akan mendapat ini:


Barang perhiasan rumah

Selamat Mencuba ye!

Pesanan:Berat juga barang ni tau!

Wednesday, July 04, 2012

Wordless Wednesday # 11-Memang Salah Sumijelly

Dah lama menanti hadiah dari  contest CikLilyPutih....baru dapat hari sabtu baru-baru ni dari Sumijelly...Hampeh!!!

Nota:Sumijelly tu adik saya...orang dah bagi lama kat dia..dia boleh peram dulu..

Pesanan:Entry contest tu pun dah lupa...ada nak dekat sebulan lebih rasanya...teka nama makanan...dodol

Wednesday, May 16, 2012

Cikgu,saya ada hadiah untuk cikgu!

Anis bergambar dengan hasil kerjanya

"Umi,adik nak bagi hadiah kat cikgu".kata Anis dengan suara merayu.Sedih pula saya dengar. Sayu je umi dengar.

Umi pula tak dapat keluar membeli sebab baba sedang kerja di luar daerah selama seminggu.Jadi,'patah kaki' umi bila kereta tak ditinggalkan.Tapi sebab saya sendiri memang mengajar anak-anak menghargai seseorang dengan memberi mereka hadiah,maka saya berusaha mencari apa saja barang kat rumah ni yang masih elok untuk diberikan sebagai hadiah. Memang dia dah tahu hari ini hari guru,jadi bila ada seorang rakannya sudah pun membeli hadiah untuk guru mereka,dia pun ingin juga memberikannya.

Saya pun memulakan 'projek'.Saya pun ambil 2 helai kertas dan mulalah membuat satu kesenian kreatif iaitu rama-rama menggunakan alatan khas.He he he...akhirnya setelah siap saya suruh dia tulis sendiri dan hasilnya membanggakan.Nampak riak wajahnya puas hati bila hasil kerjanya akan diberikan kepada gurunya di sekolah.Mujurlah guru prasekolah ada 2 orang je.Cukuplah 2 barang tu kan.

Jadi buat semua guru-guru di luar sana dan tak lupa buat Cikgu Niena dan suami tercinta...."Selamat Hari Guru"

Tema Guru tahun 2012 ialah 'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"


Pesanan:Jangan lupakan guru-guru yang di sekolah tabika dan pra,kita bermula dari mereka tau!

Tuesday, April 03, 2012

Terima Kasih Blogger LizaHanum

Apa yang dijanjikan,telah dikotakan.Barang menarik dari Sabah kini selamat sampai di rumah saya.Walaupun kecil saya menerima dengan besar hati.

Terima kasih tak terhingga kepada blogger ini kerana berbesar hati mengeratkan perkenalan melalui alam maya ini dengan memberi hadiah-hadiah bermakna untuk pengunjung blognya.

Mudah sahaja komen dan dapat di sini.

Tetapi barang terhad dan pemenang pun sudah diistiharkan.Antara yang terpilih adalah saya.


Terima kasih sekali lagi,
Kalau ada hadiah berilah lagi.

He he he

Pesanan:Blogger yang baik mendapat blogger yang baik.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...