Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts
Wednesday, January 22, 2014
Wordless Wednesday # 31 - Rak menjimatkan ruang
Barang hadiah perkahwinan dan lai-lain barangan dalam stor.Setelah mak beli rak (saya tukang pasang tau),saya susun semua barang-barang tu.Hasilnya banyak ruang kosong di bilik stor tu.
Pesanan:Mak kata beli rak ni di Tesco,bila beli kali ke-2 dapat satu je,rupanya dah habis stok,maknanya laku tu...nak pasang pun senang tak guna pakupun...
Thursday, December 26, 2013
Wasabi warna hijau yang terang dan cantik,warna pilihan tahun 2014
Warna cat pilihan rumah saya tahun ini hijau.Lebih kurang macam hijau pucuk pisanglah.Selepas seharian bertungkus lumus mengecat dinding rumah bersama anak-anak,saya sangat puas hati hasil daripada cat tersebut.Betullah kata tokey kedai cat tu,warnanya terang dan cantik.
Jenama Kansai Paint -Crown Emulsion Warna Wasabi 3748B.Kata tokey ini warna baru.Kalau berminat bolehlah cari di kedai cat.Harganya pun murah je RM38 untuk 7 Liter.
Ini di bilik anak dara saya.Disebabkan langsirnya warna kuning dan terpancar pula cahaya petang,warnanya jadi lagi cantik.
Yang ini warna cat di bilik saya.Oleh kerana bilik bertutup hanya di terangi cahaya lampu inilah warna aslinya.
Begitu juga di ruangan makan.Warnanya terang walaupun lampu tidak dipasang.Ini warna di siang hari.
Bila rumah dah di cat baru,semangat nak hadapi tahun 2014 semakin naik.Semangat dan cita-cita untuk menjadi orang berjaya dan berjaya dalam hidup semakin membara.Semoga segala impian saya tercapai.Amin!
Pesanan: Sekadar berkongsi warna cat,sebab saya juga selalu mengambil inspirasi blogger lain yang mengecat rumah menggunakan cat pilihan mereka.

Monday, March 18, 2013
Dapat berehat sekejap pun jadilah
Bila kita mempunyai masa rehat yang cukup selepas seharian bekerja,memang kesihatan kita pun cergas.Sekalipun banyak kerja yang perlu dibuat,rehat memang perlu.
Sekali sekala nak juga merasa diri ni dilayan bak puteri...hahaha...putera mana nak layan ek...
Cantik tak tempat bersantai tu?Kalau ada kawasan luas di hadapan rumah,cantik juga diletakkan di situ.Saya ambil gambar tempat bersantai ni di sebuak sekolah di Kuala Lipis.Cantik pula saya tengok.Atas tu tak ada bumbung agaknya kalau masa hujan dan panas terik tak bolehlah bersantai di situ.Kalau gantung pokok macam pokok orkid pun cantik ni.
Berangan saya nak buat satu kalau ada rumah sendiri nanti.
Pesanan:Kena kreatif kalau nak cantik kan kawasan rumah kan.
Subscribe to:
Posts (Atom)