Thursday, December 26, 2013

Wasabi warna hijau yang terang dan cantik,warna pilihan tahun 2014

Warna cat pilihan rumah saya tahun ini hijau.Lebih kurang macam hijau pucuk pisanglah.Selepas seharian bertungkus lumus mengecat dinding rumah bersama anak-anak,saya sangat puas hati hasil daripada cat tersebut.Betullah kata tokey kedai cat tu,warnanya terang dan cantik.



Jenama Kansai Paint -Crown Emulsion Warna Wasabi 3748B.Kata tokey ini warna baru.Kalau berminat bolehlah cari di kedai cat.Harganya pun murah je RM38 untuk 7 Liter.


Ini di bilik anak dara saya.Disebabkan langsirnya warna kuning dan terpancar pula cahaya petang,warnanya jadi lagi cantik.


Yang ini warna cat di bilik saya.Oleh kerana bilik bertutup hanya di terangi cahaya lampu inilah warna aslinya.



Begitu juga di ruangan makan.Warnanya terang walaupun lampu tidak dipasang.Ini warna di siang hari.


Bila rumah dah di cat baru,semangat nak hadapi tahun 2014 semakin naik.Semangat dan cita-cita untuk menjadi orang berjaya dan berjaya dalam hidup semakin membara.Semoga segala impian saya tercapai.Amin!

Pesanan: Sekadar berkongsi warna cat,sebab saya juga selalu mengambil inspirasi blogger lain yang mengecat rumah menggunakan cat pilihan mereka.

12 comments:

  1. Murah cat tu...Berbaloi. Warnanya sesuai sekali...nampak rumah terang dan luas. Sedikit perubahan pasti memberi semangat baru bersesuaian utk menyambut kedatangan tahun baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang saya cari harga murah je...nak bagi naik semangat tahun baru ni..

      Delete
  2. Assalammualaikum..
    Nampaknya Ida cat rumah sempena 2014...betul..baru ada semangat baru..cantik rumah..idea yang bagus gak..he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumusalam..
      ye...sekali sekala berani mencuba warna terang...terima kasih ye..

      Delete
  3. rajinnya mengecat. cat sendiri ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Lyd, hehehe,kami anak beranak je yang jadi tukang cat...tak susah pun,rumah kecil je,line jadi lurus pakai salotape je..

      Delete
  4. selalunya org hanya mention ttg azam bila masuk thn baru . elok gak tukar cat baru kan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. warna rumah pun memainkan peranan dalam hidup manusia,perasaan akan terganggu jika warna tidak sesuai digunakan,maklumlah rumah kan tempat yang selalu kita berada di dalamnya...

      Delete
  5. assalam ida..cantik sgt warna cat tu..umah mama dah 2 tahun tak dicat..hu2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmslm mama...saya berkenan sangat warna ni ...cinta pandang pertama ni,nampak je terus nak...hehehe tq ye mama

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...