Tuesday, July 16, 2013

Kempen Satu Lauk Satu Kuih

Saya nak berkempen ni.hahaha...Kempenlah sangat kan..

Antara cara-cara untuk mengelakkan pembaziran adalah dengan menyediakan satu lauk satu kuih.Masak secukupnya.Di samping itu mengelakkan dari kita makan terlalu banyak kerana terlalu banyak pilihan makanan.

Perut pun tak terasa penuh dek kerana makan terlalu banyak.hehehehe...Nanti mulalah mata pun kuyu.Apa pun tak boleh.



Saya punya pilihan pula walaupun satu lauk masih ada tambahan lauk tetap untuk anak-anak iaitu lauk telur dadar.Walaupun satu lauk,saya pastikan lauk itu berkuah.Dah hampir 7 hari kita berpuasa itulah yang saya lakukan,iaitu menyediakan satu lauk satu kuih.

Kuih pula saya buat kuantiti lebih sedikit untuk disedekahkan kepada jiran-jiran.

Tapi,maklumlah bulan-bulan puasa ni rezeki memang benyak.Jiran-jiran pula rajin memberi kuih,ini menyebabkan banyak pilihan kuih muih walaupun dalam kuantiti sedikit.Maknanya dapatlah merasa sikit sorang kan.

Kepada jiran-jiran yang memang nak beri kuih kepada jiran-jiran ni,saya nasihatkan beri dalam kuantiti yang sedikit.Ini bagi mengelakkan berlaku pembaziran dengan kuih yang terlalu banyak diberi.

Bayangkan 3 jiran beri kuih serentak,di situ dah banyak bilangan kuih yang ada kan...

Okaylah selamat berpuasa semua!

Pesanan: Jangan lupa buatlah air yang best-best untuk anak-anak.

16 comments:

  1. Idea yang bagus dan praktikal. Memang kita dituntut agar tidak membazir. Masalah peti sejuk penuh dgn baki makanan dapat di delesaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tu lah,nafsu manusia ni kalau bab makanan payah nak mengalah...meti ada je yang teringin kan..

      Delete
  2. Ok jugak tip ni, tapi macam kami tak berapa makan kuih, lauk boleh kot lebih 1 jenis ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh aje MJ...asalkan tak membazir kan..

      Delete
  3. jimat cermat dan tak membazir amalan mulia.. :)

    ReplyDelete
  4. Btulla sis..klu msk byk sllu xhbs..huhu

    Selamat berpuasa sis!

    ReplyDelete
  5. kat bandar amalan sedekah dan balas kuih muih dengan jiran ni semakin kurang. kalau dapat diteruskan memang bagus sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah jiran-jiran bandar zaman sekarang ni,kadang tak kenal langsungkan...masing-masing buat hal memasing...eloklah kita mulakan dulu tradisi ni untuk jiran sebelah menyebelah...

      terima kasih ye datang jenguk sini..

      Delete
  6. saya masak cam hari biasa. 2 lauk saja. satu lagi macam ummi juga, mesti berkuah. masak pun ngam2 saja, tak nak ada left over food masuk fridge. setakat ni alhamdulillah, balik terawih je, meja pun kosong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,jimat dan tak membazir...

      Delete
  7. betul3. memang puasa2 ni tak larat nak makan banyak2.

    ReplyDelete
  8. org kata,posa2 ni cuma lapar mata ja...semuanya nampak sedap,semuanya nak rembat..makan sikit..dah tersadai kekenyangan..byk kuh muih tak tersentuh..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...