Friday, July 19, 2013

Akhirnya Razak Sensei pergi jua...Al-Fatihah



Dikala saya sibuk di dapur pagi ni,saya mendapat panggilan daripada sahabat saya dari Johor Kak Halimah,memberitahu saya berita sedih ini.Kak Halimah juga salah seorang peserta Program Dasar Pandang Ke Timur (DPT)  bersama saya untuk sesi 95/96.

Siapa Razak Sensei? Beliau adalah antara rakyat Malaysia yang terselamat dalam kejadian bom di Hiroshima,Jepun pada 6 Ogos 1945.Mengenali beliau adalah kenangan terindah buat saya.

Kenangan bersama arwah Razak Sensei (berdiri di tengah)sewaktu Penyampaian Sijil Tamat Program DPT 95/96

Panggilan yang mengatakan Razak Sensei (panggilan cikgu dalam bahasa Jepun) Ketua Program DPT meninggal dunia semalam amat menyedihkan saya.Apa tidaknya,sewaktu dalam program tersebut dia telah menceritakan detik-detik bagaimana dia terselamat dalam kejadian ledakan bom atom Hiroshima,Jepun pada 6 Ogos 1945.Kami masih ingat lagi ayat 'mizu kudasai,mizu kudasai'.(minta air,minta air)Ayat itu memberitahu betapa mereka sangat perlukan air di dalam kejadian itu.Betapa sengsaranya mereka dikala itu.

Di kala beliau bercerita kami semua peserta program DPT sesi 95/96,ada yang mengalirkan air mata dan ada juga menahan sebak didada.Difahamkan beliau belajar di Jepun ketika itu.Ada yang berlindung di bawah meja.Saya juga sedang mengalirkan air mata di kala menulis kisah beliau ketika ini.Hanya mereka yang mendengar cerita dari mulutnya sendiri akan merasa penderitaan yang di alami beliau dan rakan-rakan di sana.

Saya tidak sempat untuk bercerita lanjut hal beliau di ruangan Ada Kenangan di Jepun. Cuma ada cerita beliau sedikit di SINI

Difahamkan juga beliau adalah rakyat Malaysia mangsa bom Hiroshima yang masih hidup dan terakhir meninggal semalam.Sama-samalah kita sedekah al-Fatihah buat beliau.Bagi saya tiada yang tidak seronok dikala bersama beliau sepanjang program DPT 95/96 itu.Semoga segala jasa baik beliau membimbing kami dan tunjuk ajar beliau dibalas baik oleh Allah.




KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang terselamat dalam kejadian ledakan bom atom di Hiroshima, Jepun pada 6 Ogos 1945, Datuk Abdul Razak Abdul Hamid (gambar) meninggal dunia semalam.
Anak Allahyarham, Prof. Tan Sri Dzulkifli yang merupakan Naib Canselor Albukhary International University mengesahkan bapanya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.55 petang di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurut beliau, Abdul Razak, 87, dikejarkan ke HKL kira-kira pukul 1 petang selepas mengadu sesak nafas.
“Arwah mengadu sesak nafas. Kami panggil ambulans dan kejarkan dia ke HKL. Ketika dirawat, jantung dia berhenti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sumber:Kosmo Online

Pesanan: Beliau adalah ayahanda kami yang terbaik dikala kami berjauhan dengan keluarga.

5 comments:

  1. al-fatihah buat arwah...
    moga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

    ReplyDelete
  2. Al fatihah buat arwah. semoga Allah permudahkan urusan arwah di sana. Takziah buat keluarga arwah ..

    ReplyDelete
  3. al fatihah buat arwah !

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya ...aaamin .

    ReplyDelete
  5. Alfatihah buat arwah. Meinggal dunia dalam bulan puasa...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...