Thursday, July 18, 2013

Berapa harga biskut raya kawasan anda?

Berapa ye harga biskut raya atau kuih raya di kawasan anda?Saya ada juga senarai harga untuk harga biskut raya di kawasan kediaman saya.Saya kan tukang jualnya.Macam tahun lepas juga,mengambil tempahan pelanggan lebih awal.

Saya tolong jualkan biskut raya ni dari sahabat yang tinggal di Kuala Lumpur.Dapatlah komisen sikit.Memandangkan ada lebih kurang 3 minggu je lagi sekolah sebelum raya,saya terpaksa tamatkan tempahan hari Jumaat ni.Ini untuk memudahkan saya menghantar jumlah tempahan kepada sahabat di sana,nak pergi ambil lagi,dan saya dapat mengagihkan tempahan kepada pelanggan sebelum cuti bermula.Maklumlah cikgu sekolah belaka kat sini.

Berikut antara contoh kertas yang dicetak nama,rupa dan harganya sekali.
Slow sikit tahun ni sebab saya sibuk menjaga anak orang yang ramai jugak tahun ni.Jadi masa untuk berjalan dari rumah ke rumah susah sikit,petang saya dah letih.hehehe






Macam-macam nama biskut raya kali ni.Harga pun boleh tahan.Antara RM 22 ke RM25 untuk 50 biji.Saya sendiri beli juga.Bercadang juga nak buat,tapi sempat ke tidak.

Dah tempah biskut raya?

Pesanan: Rindu kek dan kuih kapit mak selalu buat raya dulu-dulu,sejak cucu dah besar ni mak dah tak larat nak buat.

21 comments:

  1. kat tempat saya beskot raya dah cecah rm35 dah kak.alahai perit tekak nak makan, rasa macam telan duri je uhuk2

    selamat berniaga kak walaupun makan komisyen je uhuk3

    ReplyDelete
    Replies
    1. uihh...mahal tu zal..banyak sangat amik untung tu...nak murah beli time hujung-hujung puasa,ada je lah nanti offer beli 1 percuma 1...nak habiskan stok

      tq..komisen pun duit jugak kannn...hehehe

      Delete
  2. Assalamualaikum,

    kak.. saya pun buat biskut raya kak.. saya join dengan mak.. rega kami pun sama la dalam 22-25 je.. untuk 50++ biji.. penat..sampai ujung minggu ni je amek oder.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. standard lah tu harganya ye..untung orang jual biskut raya ni,nanti dah lepas raya orang buat open house nak biskut raya jugak kan..

      Delete
  3. Barang dah makin mahal, kena la jual ikut pasaran...

    Kakak ipar saya tiap tahun amek tempahan kuih raya ni.. Tapi dia buat 3 jenis biskut je.. Pastu diapun amek jugak tempahan tapai..

    Saya ni tak tau la nak buat ke tak biskut raya.. Tengok la dulu macam mana.. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah,tak boleh nak kata ye,barang mahal...tapi saya buat jugalah sejenis biskut pun jadi lah..

      Delete
  4. tak survey lagi..
    kalau dulu ada member rajin jual, tahun ni senyap saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. senyap je...tak jual ler tu kot...awak buat kuih ke tahun ni?...

      Delete
  5. Baru minggu lepas order kuih German Cookies harganya RM20.

    ReplyDelete
  6. kat tempat saya ada lagi biskut yg rega dia rm18...tu paling murah la tu...50 bijik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah murah tu..tapi dulu2 tu lah harga saya beli,sekarang ni susah nak dapat..

      Delete
  7. satu masa dulu kat kg saya parit raja bp johor , bila mlm raya jer , biskut tu dah lelong dgn harga lbh murah . tapi la nih dah raya pun harga masih sama ... hohohoooo . nak buat tu blh , tapi lum sempat raya dah licin ... alahaiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah,kena sorokkan kalau dah siap buat...tak sempat nak makan hari raya ye...hehehe

      Delete
  8. Myra tolong adik je buat popia milo ngan nestum..
    Tak menang tangan nak buat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh sedap tu...akak dah pernah buat,cepat habislah anak-anak suka..

      Delete
  9. Dah xmo bli kuih raya..hehe..xpnh hbs..klu bli pun.uktk bg kt sedara mara..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. la ye ke ckigu Rin...hmm kalau kat umah saya apa saja habis....jadi kalau hujung-hujung raya kuih umah mak tak habis,memang rezeki saya anak beranaklah...hehehe

      Delete
  10. Masih belum beli apa-apa kuih tunjuk lagi. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe..kuih tunjuk banyak di pasaran...tunjuk je..

      Delete
  11. Sama la kat sini..tapi ada sesetengan nama tu dah cecah RM 30+...huhuhu.....kdg2 fikir, pelik jgk...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...