Wednesday, July 31, 2013

Sambil memasak sambil menambah ilmu-Serambi Ustazah

Saya suka rancangan masakan yang banyak mengajar ilmu agama disamping berkongsi resepi.Ini lah yang terdapat dalam beberapa rancangan masakan terutamanya di TV Al-Hijrah.

Ada suatu pagi saya bersahur,kemudian saya buka TV 1,oh ada juga ye rancangan masakan berbentuk sedemikian.Saya tertanya-tanya siapakah ustazah ni?Sebab saya pun baru pertama kali melihatnya.

Setelah di google beliau ialah Ustazah Wan Habsah,pendakwah  bebas dan penceramah.Selain itu juga beliau seorang usahawan,pengusaha rempah ready made.Patutlah dalam resepinya ada rempah ready made juga.


Saya suka gaya ustazah ni mengacara dan meyampaikan ilmu masakan.Selain itu ustazah juga mengajar bacaan doa yang sesuai digunakan ketika kita memasak.Memberi tips masakan.Mengajar cara masakan orang-orang Arab.


Banyak rupanya doa- doa yang boleh kita baca sewaktu kita sedang memasak agar masakan kita sedap dan elok.Daripada tak tahu kita jadi tahu.

Ustazah ada FB tau..Ni FB Chef Ustazah Wan Habsah

Saya harap semoga rancangan sebegini bukan hanya ada di bulan Ramadan je,biar sepanjang tahun.Isteri kalau nak menambat hati anak-anak dan suami,perlulah amalkan bacaan-bacaan yang ustazah dah ajar tu.

Pesanan: Saya pun banyak belajar bacaan doa ketika memasak dari sahabat saya yang kini tinggal di Terengganu,Suhaila namanya.Dia selalu ingatkan saya.

10 comments:

  1. Tahun ini saya lihat program masakan mula menggunakan ustaz dan ustazah...satu pendekatan baru yg bagus sekali. Selain memberi ilmu memasak, ditambah dgn pelbagai ilmu agama spt adap, doa dan sunnah...semasa memasak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu,eloklah ada sepanjang tahun...sambil memasak,ilmu berdoa pun bertambah...

      Delete
  2. sangat sesuai ambil chef dikalangan ustaz / ustazah sbb org ramai tgk prgm masakan utk cari idea utk juadah berbuka . jadi dapatlah tarbiah mereka nih sambil memasak . Ada pengisian yang bermanfaat pada bulan ramadhan .

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. saya pun tak pernah tengok juga,tertonton sewaktu lepas sahur

      Delete
  4. Alaa bestnya kak.. kat umah umah saya ni xdpt al hijrah.. astro pun xda.. so, xdptla tgk.. ruginya...

    ReplyDelete
  5. ohya, thanks share link fb tu.. saya nak like :-)

    ReplyDelete
  6. Wah saya pulak tak pernah tengok rancangan masakan ni. Memang teringin saya nak tengok. Harap2 ada la kat youtube.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kot kat youtube,saya ni tak boleh buka sangat you tube slow tenet sini..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...