Tuesday, July 09, 2013

Ramadhan datang lagi...

Ramadhan datang lagi
Apa yang kamu rindukan?
Apa yang kamu mahu gandakan?
Ganjaran apakah yang kamu mahu?

Aku rindukan Solat Terawih
Aku rindukan taddarus Al-Quran
Aku rindukan malam Lailatul-Qadar

Aku juga mahu ganjaran pahalaku digandakan
Aku ingin banyak bersedekah
Aku mahu mataku dijaga,mulutku dijaga,
Aku juga mahu nafsuku dijaga,tindak tandukku dijaga

Rinduku pada syurga Allah,
"Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan;
Pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya dan tidak seorang pun selain mereka memasukinya..." (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Aku rindu segala-galanya di bulan Ramadhan ini.....

"Selamat Berpuasa"

Pesanan:Tazkirah Ramadhan: Bulan puasa adalah bulan untuk melipat gandakan amalan baik,bukannya bulan untuk tidur.


24 comments:

  1. Salam Ramadhan Kak, lama tak jenguk sini..Harap akak sihat selalu ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Ramadhan...sihat sentiasa,cuma masa je agak sibuk sikit..

      Delete
  2. Kini Ramadhan sudah tiba lagi...terubatlah kerinduan, hilanglah segala lelah penantian. Masa untuk menghilangkan segala resah kecintaan kepadamu...Ya Allah. Semoga di beri kesihatan agar dapat menjalankan ibadah dengan sempurna dan lebih baik dari tahun sebelumnya.

    Salam Ramadhan Kak Ummi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan untuk BM juga...semoga kita sama-sama dapat melipat gandakan ibadah/amalan baik pada bulan ni..

      Delete
  3. kakak selamat menyambut bulan Ramadhan ye :) pepetang nanti leh la kita bertukar juadah ececeh *macam dok sebelah2 umah je :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Ramadhan zal...elok juga tu kita bertukar2 juadah...eceh ceh...kirim salam sama orang umah ye...suh masak sedap-sedap..

      Delete
  4. moga ramadhan kali ini diberkati..
    selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  5. singgah jgk & wish selamat menjalani ibadah puasa dan mudah2an amalan kita diterima Allah swt hendaknyer !

    ReplyDelete
  6. selamat menjalani ibadah puasa…..baik moga kita sambut ramadhan kali ni dengan penuh iman dan taqwa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita juga dapat mengawal nafsu makan yang berlebihan juga ye...maklumlah kuih bulan puasa ni semua nampak sedap belaka...

      Delete
  7. salam Ramadan n selamat berpuasa. cubalah menjadi lebih baik daripada tahun sebelum ni, insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah...setiap tahun mesti ada perubahan...

      Delete
  8. Salam Ramadhan...Terima kasih singgah di LagunaMerbok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan...saya suka singgah jika berkesempatan...

      Delete
  9. Tidur itu boleh jadi makruh dan sunat dalam bulan ramadhan ... selamat berpuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...tidur yang banyak buat badan lagi lemah...

      Delete
  10. akak berpuasa kt kelantan ke? wahhhh boleh la jumpa. hikhik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat ke tidak jumpa...banyak urusan balik kali ni...hehehe..

      Delete
  11. Bulan Ramadhan memang bulan yang selalu dirindui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok ye Lyd tahun ni dapat beraya bertiga kan...selamat berpuasa ye Lyd..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...