Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Wednesday, July 31, 2013

Sambil memasak sambil menambah ilmu-Serambi Ustazah

Saya suka rancangan masakan yang banyak mengajar ilmu agama disamping berkongsi resepi.Ini lah yang terdapat dalam beberapa rancangan masakan terutamanya di TV Al-Hijrah.

Ada suatu pagi saya bersahur,kemudian saya buka TV 1,oh ada juga ye rancangan masakan berbentuk sedemikian.Saya tertanya-tanya siapakah ustazah ni?Sebab saya pun baru pertama kali melihatnya.

Setelah di google beliau ialah Ustazah Wan Habsah,pendakwah  bebas dan penceramah.Selain itu juga beliau seorang usahawan,pengusaha rempah ready made.Patutlah dalam resepinya ada rempah ready made juga.


Saya suka gaya ustazah ni mengacara dan meyampaikan ilmu masakan.Selain itu ustazah juga mengajar bacaan doa yang sesuai digunakan ketika kita memasak.Memberi tips masakan.Mengajar cara masakan orang-orang Arab.


Banyak rupanya doa- doa yang boleh kita baca sewaktu kita sedang memasak agar masakan kita sedap dan elok.Daripada tak tahu kita jadi tahu.

Ustazah ada FB tau..Ni FB Chef Ustazah Wan Habsah

Saya harap semoga rancangan sebegini bukan hanya ada di bulan Ramadan je,biar sepanjang tahun.Isteri kalau nak menambat hati anak-anak dan suami,perlulah amalkan bacaan-bacaan yang ustazah dah ajar tu.

Pesanan: Saya pun banyak belajar bacaan doa ketika memasak dari sahabat saya yang kini tinggal di Terengganu,Suhaila namanya.Dia selalu ingatkan saya.

Friday, February 08, 2013

Ucapan Orang Musafir Ketika Kenderaan Mulai Bergerak


Ertinya:" Dengan nama Allah berjalan dan berhenti kenderaan ini sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun dan Maha Pengasih.Dan tidaklah mereka yang menentukan takdir sebenarnya.Bumi semuanya dalam gengamanNya sampai hari kiamat dan semua langit terlipat dalam tangan kananNya.Maha Suci Allah dan yang menyekutukanNya."

Saya ingin berkongsi kisah yang menarik:

Rasulullah SAW bersabda: "Akan aman seseorang musafir dalam perjalanannya apabila ia mulai berangkat dengan kenderaannya,ia membaca ayat tersebut di atas."

Ibnu Syukri menerangkan: Bahawa pada waktu ia berada di pelabuhan Damsyik untuk berpergian ke daerah lain.Ia melihat beberapa buah kapal yang sedang berlabuh memuat bahan-bahan makanan.Setelah penuh, semua kapal-kapal itu berangkat mengharungi lautan dan dia menumpang pada salah satu dari kapal-kapal itu.Ketika kapal mulai berangkat, dia membaca ayat-ayat tersebut di atas.Tatkala sampai di tengah-tengah lautan bertiuplah taufan yang dahsyat.Semua kapal mendapat bahaya,kecuali kapal yang ditumpanginya,selamat sampai ke tempat yang dituju.

Jika kita mengamalkan doa tersebut di atas Insya Allah selamat.

Dan Apabila seorang musafir terpaksa bermalam di suatu tempat yang ditujuinya,ia merasa ragu-ragu atas keamanan dirinya dan hartanya,tetapi keadaan sudah tidak mengizinkan untuk meneruskan perjalanan,maka baca saja kalimah ta'awudz di bawah ini berulangkali.Insya AllahTuhan akan melindunginya dari bahaya yang memudaratkannya.Kerana ada sebuah hadith yang menerangkan bahawa di antara doa yang segera dikabulkan Tuhan ialah doa ibubapa dan doa orang yang sedang dalam perjalanan yang bukan untuk bermaksiat.

Kalimah ta'awudz tersebut ialah:

Ertinya:

"Aku berlindung dengan kalimah Tuhan Yang Maha Sempurna dari semua kejahatan yang dijadikanNya."

Sumber: Buku Wirid dan Doa Selepas Solat Serta Amalan Sepanjang Hayat tulisan: Zul Ehsan Naimullah

Pesanan:Semoga saya dan anda dapat mengamalkannya.



Friday, February 01, 2013

Jangan kedekut doakan kebaikan orang lain


Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.Ianya umpama anggota dalam satu badan.Perumpamaan Melayu menyebut 'cubit peha kanan,peha kiri terasa jua'.Kesatuan umat Islam akan kukuh dan mantap selagi konsep persaudaraan dijaga dengan baik menurut lunas-lunas syariat.Ia juga bagaikan bangunan yang berdiri teguh,batu-bata binaannya saling mengukuhkan antara satu sama lain.Prinsip persaudaraan dalam Islam menitik beratkan konsep berkasih sayang serta saling mengambil berat sesama umat Islam.

Sedutan dari:Buku 11 golongan yang didoakan malaikat-Walid Faruqi

Saya pasti setiap dari kita mesti ada yang cuba bermusuh.Mungkin ada yang tidak puas hati dengan kita.Tapi perlukah kita membalas setiap tindakan buruk orang lain terhadap kita?Jangan biarkan diri kita dikuasai syaitan.Mereka nak kita berada bersama golongan mereka.Lagi ramai lagi bagus.Sebab itu bila kita marah cara terbaik adalah mengambil wudhu'.Api lawannya air.

Kita tidak perlu membalas segala perbuatan mereka.Kita kena ingat Allah sentiasa berada bersama kita selagi kita masih ingat kepadaNya.Sekiranya perkara tersebut berlaku kepada kita,eloklah kita mengadu kepada Allah.

Semua pernah melalui situasi ini.Dipulaukan rakan-rakan,difitnah,dan sebagainya.Pada awalnya syaitan sentiasa menghasut agar kita membalas segala apa yang telah mereka lakukan kepada kita.Namun demikian ianya tidak menyelesaikan masalah,malah hati menjadi tidak tenteram.

Akhirnya,apabila kita berada dalam keadaan terkawal,Allah jualah tempat mengadu.Kemudian dekat diri dengan Allah,berzikir dan banyak membaca Al-Quran.Hati menjadi tenang,segala tindak tanduk menjadi perlahan.Maka satu senjata yang pasti mujarab adalah berdoa agar musuh kita itu mendapat petunjuk dan hidayah Allah.Semoga dengan cara itu kita tahu kita telah berjaya mengawal keadaan amarah kita.

Tak salah mendoakan kebaikan kepada mereka.Semoga kita juga mendapat kebaikan dengan doa tersebut.Amin!!!!

Pesanan:Betul kan manusia cepat lupa Allah bila senang,cepat pula ingat Allah tika susah.

Friday, November 18, 2011

Tahukah Anda?

Buat renungan semua:


Saat paling hampir seseorang hamba dengan Allah SWT ialah ketika bersujud.Amalan ini sememangnya dilakukan oleh Rasulullah saw yang biasa memanjangkan sujudnya dengan membanyakkan zikir dan doa.

Sabda Nabi saw: 

"Suasana yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah semasa dia bersujud.Oleh itu hendaklah kamu membanyakkan doa di dalamnya."


Sumber:Buku 11 golongan yang didoakan malaikat-Walid Faruqi

Pesanan:Biasanya orang cepat sangat nak naik selepas bersujud...

Friday, September 30, 2011

Budak 4 tahun pun tahu syurga neraka...




"Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar"


Wahai Tuhan kami,berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api Neraka.

Surah-Al-Baqarah 201



Pagi semalam,saya dikejutkan dengan pertanyaan anak kecil yang baru berusia 4 tahun.Sejuk perut ibu mengandung apabila mendengar soalan-soalan yang keluar dari mulut si kecil ini.

Dalam handphone saya terdapat doa-doa harian.Dan antaranya doa untuk masuk ke syurga.Dia asyik ulang-ulang mendengar doa tu.(ni kakaknya yang tunjukkan).Kemudian dia pun bertanya:

Anis: Umi,ni doa masuk syurga kan.


Saya: Ha'ah(mengangguk)


Anis: Adik nak masuk syurga.Umi nanti Allah terbang ye bawa kita masuk syurga.


Saya: Sukahati Allah lah nak bawa macam mana nanti.


Anis:Umi,orang baik masuk syurga orang jahat masuk neraka kan?


Saya:Iye.


Anis: Bila boleh masuk syurga?


Saya: Nanti bila kita dah mati.


Anis: Oh!.Yang kita tengok kat spital tu yang mati tu masuk syurga ye?


Saya: Tengoklah dulu,kalau dia baik masuk syurga kalau dia jahat masuklah neraka.


Anis:Umi jahat-jahat selalu marah-marah nanti umi masuk neraka.


Saya: Gulp!(aiks?) ok.ok..nanti umi tak marah-marah lagi.Anis dengar cakap umilah.


(dalam hanphone tu ada simbol gambar neraka dan syurga iaitu api dan pelangi,dia tanya yang mana syurga dan neraka,saya terangkan yang api itu neraka dan syurga itu pelangi).

Dia pun sambung lagi dengar doa-doa tu.

Itulah sebahagian dan lebih kurang yang dapat saya catatkan dari perbualan saya dan anak saya.Benarlah pepatah Melayu berkata melentur buluh biar dari rebungnya.Anak kecil ini mudah menangkap apa sahaja yang diajar oleh orang dewasa.

Cuba kiita lihat anak sekecil ni sudah mulai cuba memahami apa itu syurga neraka.Kita yang sudah baligh ni,masih terkial-kial  lagi dalam menentukan arah tuju hidup sama ada mahu ke syurga atau neraka..Renung-renungkanlah.

Pesanan;Doa tu yang biasa kita baca selepas solat,doa hindarkan dari seksaan  azab api neraka.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...