Monday, October 07, 2013

Respon anonymous terhadap entry 3 pelajar dilanggar

Saya dapat respon dari cik anon (anonymous) tentang entry saya yang ini_ gara-gara guru menyuruh pelajar panaskan enjin kereta,3 orang pelajar lain kena langgar.

Saya rasa cik anon mungkin saksi kejadian.Jadi kita boleh tahu bagaimana kejadian sebenar yang berlaku.Saya tidak kisah siapapun boleh komen sesuatu entry jika mengetahui kisah sebenar.Tujuan ruangan komen diadakan untuk menunjukkan keprihatinan seseorang tentang sesuatu isu yang dilontarkan.

Jadi sedikit sebanyak terungkai kisah disebalik perbuatan seorang guru yang menyuruh anak muridnya memanaskan enjin kereta.Katanya tidak mahu murid kepanasan,disuruhnya panaskan enjin kereta sahaja,jangan buat apa-apa dan buka air-cond.Namun murid tersebut yang tidak mendengar arahan,bertindak lebih dari jangkaan.

Kita harap perkara ini tidak berulang lagi.Semoga segala kejadian kita jadikan iktibar.Dan anggaplah inilah takdir yang telah ditentukan Allah.

Sekian terima kasih di atas segala komen anda.

Pesanan:Jangan saling menuding jari.

8 comments:

  1. Sebab itu kita perlu bersangka baik pada setiap kejadian yg berlaku memandangkan kita tidak berada dan tahu akan situasi sebenarnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu BM,kita jangan cepat membuat spekulasi di atas kejadian yang tidak kita saksikan...

      Delete
  2. bagus juga dapat respon kan. setidak2nya...kita dapat cerita dari sebelah sana kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul,ada cerita lain disebaliknya,suratkhabar pun kadang-kadang tak leh caya juga..

      Delete
  3. Masa baca entry dulu tu, naluri akak dah berkata, mungkin budak tu yang dok usik apa2.. Maklum la, budak, kan... Rasa teruja nak mencuba tu mesti ada..

    Percaya atau tidak, akak ni sampai sekarang tak berani nak usik apa2 button kat kereta. Lepas je dapat lesen, takde dah bawak kereta.. Lesen buat hiasan je.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak azz sama macam kakak ipar saya,sampai sekarang tak pernah bawa kereta,harap renew lesen je...aduh...hehehehe

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...