Showing posts with label Tok Ayah. Show all posts
Showing posts with label Tok Ayah. Show all posts

Monday, February 11, 2013

Tok Ayah Tak Mahu Astro!

Sekadar gambar hiasan

Tok Ayah dapat Astro!Tok Ayah dapat Astro!.....begitulah antara yang dijerit oleh cucu-cucu Tok Ayah yang lain.Aku yang baru sahaja pulang ke kampung tercengang mendengarnya.

"Betul ke Tok Ayah dapat Astro?Siapa beri?Siapa pulak yang rajin nak membayar bil bulanannya?."tanyaku bertalu-talu dengan iparku.Seingat aku Tok Ayah bukannya orang senang.Dia hanya ada seorang lagi anak OKU dalam jagaannya.

"Ala kerajaan bagi.Percuma sehingga akhir hayat."beritahu adik iparku.Menurut adik iparku kerajaan berbesar hati menyumbang Astro percuma untuk warganegara emas seperti Tok Ayah.Hmmm...menggeleng seketika kepalaku.Berapa lama lagi hayat Tok Ayah?Apa yang Tok Ayah nak tengok?Selama ini setahu aku siaran biasa yang ada dirumah Tok Ayah pun tak pernah dibukapun.Kalau dibuka pun oleh anak Tok Ayah yang OKU.Itupun sekejap sahaja.Sebab adik iparku OKU pun bekerja di siang hari.

"Kak ada Astro ni.Tapi TV buruk tak nampak sangat". adik ipar OKU ku berkata kepadaku sambil membuka televisyen.

"Awak nak tengok apa ni?Tengok gambar, kejap ada warna kejap takde warna.Siaran apa awak nak tengok?Sama je macam siaran yang awak tengok guna ariel biasa tu je" kataku pula.

Ingat lagi,sewaktu dia hendak ubah siaran TV lain,sibuk dia membetulkan ariel TVnya.Kalau tukar lagi siaran lain dibetul-betulkan lagi ariel TV tu.Sekarang mudah sahaja tekan guna remote control je.

Tersengih-sengih dia bila saya berkata begitu.

Tok Ayah tidak perlukan Astro,Tok Ayah nak mengaji!Tok Ayah nak mengaji!Tok Ayah perlukan tempat tinggal yang selesa untuk Tok Ayah mengaji.Rumah Tok Ayah rumah tak siap.Tok Ayah tak cukup duit untuk siapkan rumah sempurna seperti orang lain.Tok Ayah perlu makan dan minum agar Tok Ayah bertenaga untuk beribadah kepada Allah.

Rumah Tok Ayah kalau hujan,Tok Ayah sediakan periuk-periuk kecil untuk menadahnya.Kalau tidur di ruang tamu,pasti kena tempias hujan.Kalau Tok Ayah tidur dibilik nyamuk-nyamuk menganggunya.Tok Ayah tak perlu Astro!Tok Ayah perlukan kehidupan sederhana untuk menjadi Hamba Allah yang terus boleh beribadah kepada Allah.

"Tok Ayah!",panggilku suatu pagi.Ketika itu Tok Ayah sedang membuka senaskhah Al Quran yang sudah uzur dimamah usia sama seperti dia juga yang semakin tua.

Wajah Tok Ayah yang damai dan tenang itu menjamah wajahku.Polos,jujur,suram namun tetap tenang diwajahnya.Sekadar memandang tanpa bersuara.

"Tok Ayah suka ke dapat Astro?Tok Ayah tahu ke siapa yang beri?!" tanyaku bertalu-talu dengan suara yang kuat.

Tok Ayah sekadar menggelengkan kepala dan mengangguk-anggukkan kepala.

"Dengar ke tidak Tok Ayah ni?Faham ke tidak Tok Ayah ni?" tanyaku lagi.

Dia memang mempunyai sedikit masalah pendengaran.Terpaksa menjerit sedikit agar dia boleh mendengarnya.Kos untuk membuat set pendengaran baru untuk telinganya memakan belanja yang besar bagi dia yang serba kekurangan.Pernah beberapa kali membuat temujanji di Hospital Kerajaan namun akibat kesihatan yang tidak mengizinkan untuk Tok Ayah berjalan jauh,maka tidak diteruskan temujanji tersebut.Mungkin menyimpan duit tambang bas itu lebih baik.Untuk membeli di klinik swasta Tok Ayah tidak mampu.Tidak mungkin juga dia ke klinik swasta.

Tok Ayah meneruskan pembacaannya.Kulihat matanya sekejap-sekejap dikecilkan pada sesuatu ayat.Mungkin tidak nampak agaknya.Tok Ayah tidak mampu membeli cermin matanya.Mahal atau menjimatkan duit.Mungkin!

Setelah selesai membaca,Tok Ayah menutup Al Quran dan menyimpan semula di atas almari.Kemudian Tok Ayah duduk dihadapan pintu rumah dan merenung ke luar pintu.Panjang renungannya seperti memikirkan sesuatu.Aku hanya melihat dari kejauhan.Begitulah selalunya.

Cuti sekolah sudah hampir habis,aku perlu pulang semula ke tempat mencari rezekiku.Anak-anak bersalam dengan Tok Ayah yang seperti lazimnya.Anak-anak melambai-lambai Tok Ayah.

Tiba giliranku sebagai menantu, aku salam dan cium tangannya.Sewaktu aku ingin menarik tanganku kembali,terasa Tok Ayah mengenggam kemas tanganku.Tiba-tiba dia bersuara.

"Ayah hanya perlukan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan,anak-menantu pulang bertanya khabar,cucu-cucu untuk bermain bersama.Tanpa itu semua Ayah sunyi."kata Tok Ayah sayu.

Aku menundukkan kepala,tidak mahu Tok Ayah melihat air mataku menitis.

Sepanjang perjalanan,aku memikirkan kata-kata Tok Ayah.Sayu hati bila terpaksa meninggalkannya kesunyian walaupun aku tahu Tok Ayah ada Astro!Betullah telahan ku Tok Ayah tak perlu Astro.Memang Tok Ayah tak perlu Astro!

Kebajikan Tok Ayah yang perlu dijaga.Kesihatan Tok Ayah yang perlu dipantau.Tok Ayah hanya mahu hidup sempurna dalam kesederhanaan.

Berdoa sahaja lah Tok Ayah,ingat Allah bersama kita.

Nukilan: ummiarissa

Pesanan: Cerpen pertamaku....






Wednesday, July 25, 2012

Kelahiran di Bulan Ramadan

Walaupun di kejauhan,jauh dari keluarga,FB (facebook) menjadi satu ikatan yang boleh mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

Anak saudara suami yang kini masih belajar di Cairo,Egypt..sudah pun selamat melahirkan anak sulung lelakinya pagi semalam.Akibat anak yang terlalu besar 4kg,maka pembedahan terpaksa dilakukan.Alhamdulillah dapat juga kami melihat anaknya walaupun dia melahirkan anak di hospital Mesir sana.Ada saya cerita di sini tentang kehamilannya.

Bertuah anak ini sangat disayangi semua walaupun masih di dalam perut ibu.Semua sama-sama mendoakan keselamatan anak ini.Sehinggalah lahir,tidak putus-putus,keluaraga,sahabat handai menghantar ucapan tahniah.Nu'man ni lah cucu saudara terbaru kami.Rasanya tahun depan baru boleh balik Malaysia.Katanya ibubapanya ada peperiksaan yang perlu dihabiskan.


Wah...orang lain dapat cucu,saya dan suami pun terpalit juga dengan pangkat atok dan nenek.Tua dah saya hu hu hu...Tok ayah pun bertambah cicitnya...Seronok benar saya lihat reaksi keluarganya di Kelantan tu.Dengar kata tersengih-sengih Tokku  dan Tok ayah melihat gambar cucunya.Tapi sayang sekali jauh untuk didakap,dipeluk dan dicium.Takpe,cuti sekolah ni khabarnya mereka nak terbang ke sana.

Tahniah!Beruntungnya dapat mak dan ayah awak Nu'man,sanggup berkorban apa saja demi anak tercinta.Terpaksa berjauhan dengan mak ayah,terpaksa belajar dengan mengusung awak ke hulu hilir dalam perut....tapi sangat berbaloi!

Pesanan:Seronok,mengandung di Mesir,bersalin di Mesir pada bulan Ramadan,membesar seketika di Mesir ,suasana yang diidam semua.

Tuesday, July 03, 2012

Gas Oksigen Tok Ayah

Tok ayah pernah sakit sehingga sukar untuk bernafas.Ajak ke hospital memang susah sikit.

 Tetapi 2 bulan yag lepas,tok ayah sakit sukar nak bernafas.Dan kali ini dia sendiri 'offer' diri untuk ke hospital.Biasalah bila orang tua sakit-sakit ni,ditahan dalam wad.Hospital tak ambil mudah tentang kesihatan orang-orang tua.Duduklah di wad sambil ditemani oleh anak cucu.


Dah 3 hari di wad,doktor pun mengizinkan dia pulang.Kerana dia hanya sakit biasa sahaja.Sukar nak bernafas sahaja.


Jadi kebetulan mak mertua kakak ipar saya sakit , dan memerlukan oksigen setelah pihak hospital menyuruh membawa pesakit pulang.Jadi mereka pun membelilah tong gas oksigen yang besar ni untuk menampung keperluan pesakit.


Harganya mencecah ke seribu lebih (RM).Mereka membelinya di kedai khas yang menjual tong oksigen ni.Setelah mak mertua kakak ipar sudah meninggal dunia,tok ayah mengambil alih menggunakan oksigen ni di kala tok ayah sukar untuk bernafas.Nampaknya sangat berguna tong oksigen ni.Saya pun tak tahu nak panggil nama apa tong oksigen ni.

Cuma apa yang terlintas di fikiran saya ,bagaimana jika orang yang tidak berkemampuan untuk membeli tong oksigen ini di kala memerlukan.Memang mereka terpaksa juga mendapat rawatan di hospital juga.Tetapi masa dan kewangan sangat membataskan pergerakan ulang-alik mereka,jika hanya untuk digunakan seketika.

Menurut kata kakak ipar saya,tong oksigen ni boleh dipulangkan semula jika tidak digunakan lagi dan boleh dapat bayaran dengan harga tong sahaja.Ala macam tong gas kita guna memasak tu lah.Refill kan..yang ni pulang tong.Ye lah tong tu nak buat apa simpan kat rumah kan..

Hmmm...tinggi tong gas ni sama tinggi dengan saya tau.Itulah je info yang saya tahu.

Pesanan:Rasanya tong gas tu dah dipulangkan.Tok ayah-ayah mertua saya ye...

Friday, June 22, 2012

Kelambu Budak vs Kelambu Orang Tua



Ini kelambu budak.Biasa dah kan tengok.Memang sesuai dan cukup untuk seorang je ni.Kelambu ni sangat nostalgia kerana digunakan untuk sewaktu anak sulung saya kecil dan kini dia sudah pun berusia 14 tahun.Kelambu ini jugalah digunakan untuk kesemua 6 orang anak saya.Maknanya saya tak belilah kelambu baru.Guna je apa yang ada.


Orang tua pun nak kelambu jugakan.Lagi-lagi kat rumah kampung macam rumah Tok Ayah memang banyak nyamuk.Besar-besar pulak tu.Jadi orang berniaga ni pun ingat juga kepentingan orang tua,maka diciptakanlah kelambu besar khusus untuk kita yang tua ni.Kelambu ni kalau untuk keluarga saya kena ada 2.Maka kami bahagikan.2 yang kecik dan kami berdua satu kelambu.Satu kelambu lagi boleh isi 3 orang anak-anak dara saya.Yang bujang pula,dia kalih dengan nyamuk,dia berselimut penuh,nyamuk pun takut nak hinggap.ha ha ha

Biasanya kelambu besar ni ada banyak dijual di Kelantan.Buatan orang Thailand ni.Banyak kali teringin nak beli bawa balik satu,tapi kereta asyik penuh dengan orang dan barang je.Harganya sekitar RM40-RM50lah rasanya.Tak ingat,sebab dah lama adik ipar saya beli.Dia beli khas untuk Tok Ayah,tapi bila kami balik kamilah yang pakai.

Pesanan:Dah masuk kelambu malas rasanya nak keluar dari situ,syok je tidur.he he he

Wednesday, June 06, 2012

Wordless Wednesday # 8-Tok Ayah kata membazir je

Tok Ayah kata "Kain-kain ni kalau beri pada orang susah lagi banyak faedahnya",Tok Ayah yang berkata dalam loghat Kelantannya.

Pesanan:Banyak makna yang tersirat di sebalik kata orang-orang yang tua dari kita.

Thursday, May 31, 2012

Apa yang peliknya kerusi ni?

Memanglah tak ada yang pelik dengan kerusi ni.Ianya biasalah,dah namanya kerusi lipat memanglah boleh dilipat.Biasa pun kerusi ni hanya digunakan di hospital buat keluarga yang menunggu pesakit.Mereka guna untuk tidurlahkan.Taklah sakit-sakit badan tidur duduk tepi katil.


Cuti sekolah ni ramai balik kampung.Ramailah cucu-cucu ditinggalkan di rumah tok nenek mereka kan,Inilah yang terjadi dirumah mertua saya.Tok Ayah terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga dengan barang-barang mereka agar tidak menjadi barang mainan cucu-cucu.

Cuba lihat gambar di bawah ni.
Inilah kerusi lipat buat Tok Ayah berehatdan bersantai petang-petang di dalam rumah.Maklumlah Tok Ayah tak berapa sihat,kalau duduk di atas kerusi ni,relaxlah sikit badannya tu.
Mari saya close up lagi.
Nampak tak kunci rantai basikal yang Tok Ayah gunakan.Dia kuncinya kerusi dia,agar tiada siapa yang boleh guna kerusi tu.Ye lah kalau cucu-cucu pijak dan lompat-lompat atas tu mau jahanam kerusi tu.He he he...begitu sekali Tok Ayah ambil langkah berjaga-jaga.Tak terpikir dek kepala otak saya orang muda ni.(muda dari Tok Ayah tau).

Kalau nak tahu,tandas rumah Tok Ayah pun kadang-kadang dikunci juga tau dengan mangga.Ada lah sebabnya tu.

Macam mana?Selamat tak?he he he..Tok Ayah...Tok Ayah...lucu kadang-kadang.

Pesanan:Kami biarkan apa sahaja Tok Ayah nak buat.biar dia rasa gembira atas apa yang hendak dilakukan.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...