Showing posts with label Cucu-cucu. Show all posts
Showing posts with label Cucu-cucu. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Kelahiran di Bulan Ramadan

Walaupun di kejauhan,jauh dari keluarga,FB (facebook) menjadi satu ikatan yang boleh mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

Anak saudara suami yang kini masih belajar di Cairo,Egypt..sudah pun selamat melahirkan anak sulung lelakinya pagi semalam.Akibat anak yang terlalu besar 4kg,maka pembedahan terpaksa dilakukan.Alhamdulillah dapat juga kami melihat anaknya walaupun dia melahirkan anak di hospital Mesir sana.Ada saya cerita di sini tentang kehamilannya.

Bertuah anak ini sangat disayangi semua walaupun masih di dalam perut ibu.Semua sama-sama mendoakan keselamatan anak ini.Sehinggalah lahir,tidak putus-putus,keluaraga,sahabat handai menghantar ucapan tahniah.Nu'man ni lah cucu saudara terbaru kami.Rasanya tahun depan baru boleh balik Malaysia.Katanya ibubapanya ada peperiksaan yang perlu dihabiskan.


Wah...orang lain dapat cucu,saya dan suami pun terpalit juga dengan pangkat atok dan nenek.Tua dah saya hu hu hu...Tok ayah pun bertambah cicitnya...Seronok benar saya lihat reaksi keluarganya di Kelantan tu.Dengar kata tersengih-sengih Tokku  dan Tok ayah melihat gambar cucunya.Tapi sayang sekali jauh untuk didakap,dipeluk dan dicium.Takpe,cuti sekolah ni khabarnya mereka nak terbang ke sana.

Tahniah!Beruntungnya dapat mak dan ayah awak Nu'man,sanggup berkorban apa saja demi anak tercinta.Terpaksa berjauhan dengan mak ayah,terpaksa belajar dengan mengusung awak ke hulu hilir dalam perut....tapi sangat berbaloi!

Pesanan:Seronok,mengandung di Mesir,bersalin di Mesir pada bulan Ramadan,membesar seketika di Mesir ,suasana yang diidam semua.

Tuesday, June 19, 2012

Sebenarnya........saya dah bercucu!

Yang ni cucu yang ke 6..terbaru..

Beruntungnya saya,muda-muda lagi saya dah bergelar nenek.Apa yang nak dihairankan,kalau anak kahwin awal dapatlah cucu awal jugakan.

Inilah yang terpaksa saya tanggung apabila berkahwin dengan suami saya.Ha..ayat simpati gitu.Ye lah,kakak ipar sulung saya je dah sebaya umur mak saya,adik ipar saya yang bongsu hanya muda 3-4 tahun je dari saya.Adik ipar saya (adik suami yang kedua bongsu saya)pula tua 8 tahun dari saya.Tapi saya tetap kakak ipar dia kerana berkahwin dengan abang dia.

Kakak-kakak  ipar saya anak-anak ramai dah kahwin,dah beranak pinak.Umur saya pertama kali bergelar nenek ialah 29 tahun tak silap saya.7 tahun yang lalu saya dah pun bergelar nenek dan suami digelar Tok Chik(ayah chik) gara-gara,anak perempuan kakak ipar saya bersalin anak sulung.

Cuma sampai sekarang saya sedang berkira-kira nak suruh cucu panggil apa kat saya.Kalau ikut orang Kelate,Tokku jadi Tokku Chik...kalau ikut orang Selangor Wan..boleh jadi Wan Chik......biarlah masa yang menentukan.Saya sendiri tak pernah bahasakan panggilan apa-apapun.he he he

Sekarang sedang menunggu menjadi lebih ke arah ketuaan..adik saya sendiri nak bersalin tak lama lagi,makin bertambah anak saudara,anak saudara yang duduk kat Cairo tu pun tunggu masa juga nak bersalin ,tambah cucu saudara lagi...waaa...tuanyeeee...

Pesanan:Kadang-kadang sama naik juga mak saudara dengan anak saudara,kalau mengandung dan bersalin akan sebayalah anak,sepupu dan cucu...

Thursday, May 31, 2012

Apa yang peliknya kerusi ni?

Memanglah tak ada yang pelik dengan kerusi ni.Ianya biasalah,dah namanya kerusi lipat memanglah boleh dilipat.Biasa pun kerusi ni hanya digunakan di hospital buat keluarga yang menunggu pesakit.Mereka guna untuk tidurlahkan.Taklah sakit-sakit badan tidur duduk tepi katil.


Cuti sekolah ni ramai balik kampung.Ramailah cucu-cucu ditinggalkan di rumah tok nenek mereka kan,Inilah yang terjadi dirumah mertua saya.Tok Ayah terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga dengan barang-barang mereka agar tidak menjadi barang mainan cucu-cucu.

Cuba lihat gambar di bawah ni.
Inilah kerusi lipat buat Tok Ayah berehatdan bersantai petang-petang di dalam rumah.Maklumlah Tok Ayah tak berapa sihat,kalau duduk di atas kerusi ni,relaxlah sikit badannya tu.
Mari saya close up lagi.
Nampak tak kunci rantai basikal yang Tok Ayah gunakan.Dia kuncinya kerusi dia,agar tiada siapa yang boleh guna kerusi tu.Ye lah kalau cucu-cucu pijak dan lompat-lompat atas tu mau jahanam kerusi tu.He he he...begitu sekali Tok Ayah ambil langkah berjaga-jaga.Tak terpikir dek kepala otak saya orang muda ni.(muda dari Tok Ayah tau).

Kalau nak tahu,tandas rumah Tok Ayah pun kadang-kadang dikunci juga tau dengan mangga.Ada lah sebabnya tu.

Macam mana?Selamat tak?he he he..Tok Ayah...Tok Ayah...lucu kadang-kadang.

Pesanan:Kami biarkan apa sahaja Tok Ayah nak buat.biar dia rasa gembira atas apa yang hendak dilakukan.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...