Monday, November 12, 2012

Bangga sahabat di kaca TV


Kebiasaanya waktu persekolahan pagi-pagi kalau waktu begini,saya memang sibuk sangat menguruskan hal-hal anak nak ke sekolah,nak sediakan sarapan lagi.Namun demikian saya sempat juga mengerling seketika tv yang terbuka untuk melihat rancangan-rancangan pagi di tv.Tiba-tiba 2 minggu lepas saya sempat menonton My Morning Coffee di TV2 ,pengacaranya Sazzy Falak.



Terlihat sahabat saya yang sama-sama belajar bahasa Jepun dan turut ke Jepun,menjadi antara tetamu jemputan di pagi hari tersebut.Memang sudah lama perkara ini diberitahu rakan-rakan yang lain,cuma tak berkesempatan menontonnya.Kali ini dapat menonton walau sekali sahaja.


Beliau ialah Prof. Dr .Muhamad Naim Kamari,yang saya panggil di kelas bahasa Jepun dengan panggilan Naim san.Rasanya beliau sebagai perunding kesihatan menerangkan tentang khasiat makanan seharian yang kita makan.Beliau juga sejak yang saya kenal memang seorang pensyarah di UiTM.


Maka sempatlah saya snap beberapa gambar sebagai bukti beliau pernah muncul di kaca TV.Saya tumpang berbangga dengan sahabat saya yang kini saya lihat perkembangan karier dan hidupnya semakin berjaya.Semoga beliau terus berjaya di masa hadapan.Tahniah Naim san!


Ini kelas kami sewaktu menjalani kursus bahasa Jepun.Kelihatan Naim san sedang duduk menerangkan sesuatu kepada rakan yang lain sedangkan saya sibuk dengan komputer di meja lain...he he he

Pesanan: Saya bangga bila rakan yang lain berjaya dengan jayanya....





21 comments:

  1. Biasa begitu kan bila kita melihat ada yg kita kenali berjaya kita tumpang rasa gembira.

    ReplyDelete
  2. memang bangga kalau kawna kita berjaya kan akak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangga sangat dkna...mudah2an dia menjadi contoh untuk kita lebih berjaya

      Delete
  3. Sayapun bangga bila kawan berjaya... Tapi jika kejayaan itu makin menjadikan hidupnya lebih ke arah sosial berlebihan, saya sedih jugak..

    Bertuah ada kawan cerdik pandai ni, kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu harap kejayaannya itu membuatkannya lebih bersyukur dengan kehidupan ini...dia yang saya kenal seorang yang merendah diri...

      Delete
  4. ramai juga rakan2 saya masa zaman sekolah dulu kini masing2 berjaya dgn kerjaya yg diceburi..mmg sama2 turut bangga

    ReplyDelete
    Replies
    1. sahabat zaman sekolah saya dulu ada juga yang kini jadi pelakon...tapi tak lah terkenal sangat...okaylah tu kan..

      Delete
  5. Salam.. tumpang banggakan, walaupun dia sendiri tak tau pun yang kita bangga. Doakan dari jauh pun sudah memadai..harap kita pun bahagia dan berjaya juga.. dengan cara dan gaya kita walaupun tak masuk TV..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu kak...saya doakan dari kejauhan je...

      Delete
  6. Yerkan..akan ada perasaan gembira dan bangga bila kwn yg kita kenal muncul di kaca tv utk rancangan yg berguna...

    ReplyDelete
  7. setuju...melihat kawan2 terdekat berjaya dan bahagia...hati da cukup berbunga kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...bila kawan2 muncul kat tv..saya cakap kat anak2...ha tu kawan umi...tengok2...he he he

      Delete
  8. betul tu tumpang bangga bila kawan2 berjaya kan!

    ReplyDelete
  9. tumpang bangga bila ada kawan yg berjaya .....

    ReplyDelete
  10. Saya plak tak kisah dia kawan ke tak, asalkan org yg saya kenal masuk tv, saya rasa cam bangga jgk skit. Sbb kita kenal org yg dlm tv tu. COntohnya mcm CEO ofis saya masuk tv ke. Org kampung kena interview pasal lombong bijih timah ke. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah...biar dia bukan kawan kita atau dia tak kenal kita...asal masuk tv ke,majalah ke suratkhabar ke...isu baik je bangga lah..hehehe

      Delete
  11. wah..mesti terror bahasa jpun ni..hehe

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...