Friday, November 30, 2012

Beruntung dia punyai suami sebegini


 Abil dan Gee....pasti ramai yang sudah tahu kisah mereka.Saya suka melihat kemesraan mereka berdua.Abil sangat romantik dengan isterinya.

Walaupun isterinya kini isterinya hanya terlantar di atas katil tetapi layanan kelas pertama diberikan kepada isterinya itu membuatkan saya sangat kagum.

Baru-baru ini saya ada menonton kisahnya di TV,saya suka sangat bila dia kata lebih kurang cam ni lah ye

"Isteri saya menjerit tanpa henti,tapi hebatkan isteri saya,walaupun begitu suaranya tidak hilang". Katanya lagi "Waktu sihat isteri membebel,waktu sakit pun dia membebel"...lucu bercampur sedih saya lihat Abil berkata-kata.



Kasih sayang seorang suami seperti Abil sangat saya kagumi.Sepanjang menonton rancangan tersebut ada linangan air mata mengalir di pipi saya.Tabah dan penuh semangat Abil menjaga isterinya yang terlantar di atas katil.Sedih bercampur gembira melihat dia sayang sangat isterinya walaupun berkeadaan sebegitu.

Saya petik sedikit dari majalah Harmoni 1-15 Oktober:

"Isteri saya merupakan seorang penghidap asma.Pada 22 Jun tahun lalu,dia diserang asma yang teruk sehingga sukar untuk bernafas ketika sedang tidur.Dia mengejutkan saya dan meminta saya memanggilkan ambulan. "Panggil ambulan" itulah ayat terakhir yang saya dengarkeluar dari mulutnyakerana sehingga kini,dia tidak mampu untuk bercakap langsung."

Pada saya sukar untuk berjumpa suami seperti ini yang sanggup susah dan senang bersama ketika sihat dan ketika sakit.Saya lihat daripada cara dia melayan isterinya sangat penuh kasih sayang.Terharu sungguh saya melihatnya.

Dan yang penting dia tidak lupa untuk membaca ayat suci al-Quran sebagai hiburan halwa telinga dia dan isterinya.

Untuk cerita lanjut berkenaan suami isteri ini boleh lawati blog Abil-Warkah Untuk Isteri.
Jangan lupa sediakan tisu untuk mengelap air mata anda.

Pesanan:Suami zaman sekarang?Sanggup ke?Jangan waktu cantik dan sihat je sayang.....

12 comments:

  1. saya juga mengikuti kisah mereka.. memang suami mithali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib kita tak tahu lagi kan MD...jadi kita kena selalu buat baik-sekadar peringatan untuk diri saya...

      Delete
  2. Sangat beruntung dapat suami macam tu.. Moga mereka semakin tabah dan sabar menghadapi dugaan hidup.. Moga isteri beliau cepat sembuh.. Amin.......

    Sangat gerun dapat suami yang buat tidak tahu.. Nau'zubillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. beruntungkan...susah nak dapat ni...memang ada tapi boleh dikira dengan jari...

      semoga dijauhkan dapat suami yang pentingkan diri sendiri...

      Delete
  3. assalam UA..memang masih ada suami yg masih sanggup berkorban demi isterinya !!!..begitu jugalah hb mama yg menjaga mama waktu mama dlm kesakitan..semuga gee cepat sembuh..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam mama...Alhamdulillah...mama beruntung...ni baru teman sehidup semati,dalam suka dan duka...

      Delete
  4. ada tgok dlm.astro baru ni..dlm rngn entry jameela..mmg solute la dpt husband gini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lah tu chekgu...dalam rancangan entry jameela...saya lupa nama tu....bahagianya kan...

      Delete
  5. Salam..Saya pun rasanya nak jadi suami cm tu, boleh ke..? hehehe....Saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorg suami sahaja..Terima kasih dari kami berdua atas sokongan yang di berikan pada kami....tq tq tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlkmsalam...eh eh eh macam kenal je ni....terkejut saya...terima kasih sudi singgah blog saya...maaf kalau saya ada tersalah info...awak sudah buat yang terbaik...selain tu serah je kepada Allah....saya menyokong segala apa yang awak hendak lakukan asalkan memberi kebaikan kepada semua....terima kasih sekali lagi ye jenguk sini..

      Delete
  6. Replies
    1. bersyukurkan...semoga suami2 di luar tu ambil perhatian sikit

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...