Monday, December 03, 2012

Masjid Beijing di Malaysia

Semalam hari minggu,kebetulan masih di Kelantan saya berjalan-jalan ke Rantau Panjang,Kelantan.Lama juga tidak ke sana.Ye ada 2 sebab je kalau tak ke sana,tak de duit ada masa atau takde masa tapi ada duit...hehehehe

Sewaktu dah hampir sampai ke sana,suami beritahu ada Masjid Beijing.Saya pun baru tahu,itu tandanya dah lama tak kesana.Saya singgah sewaktu nak balik.


 Saya bergambar di hadapan Masjid Beijing

 Inilah pemandangan dari luar Masjid Beijing.Sekali pandang seperti berada di Negara China.Tapi hakikatnya Masjid ini terletak di Rantau Panjang,Kelantan,Malaysia.

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing kerana lebih mirip seperti Masjid di China.

Sedikit info tentang Masjid Beijing ini:


  • Dirasmikan pada Ogos 2009
  • Bercirikan seni bina China dan Islam
  • Menyerupai Masjid Niujie yang berusia 1000 tahun di Beijing China
  • Kos selenggaraan RM8.8 juta
  • Boleh menampung 1000 jemaah pada satu-satu masa


Pemandangan pintu gerbang Masjid Beijing.




Jadi jika anda bercadang untuk shopping di Rantau Panjang,singgahlah ke Masjid Beijing ni,tapi bukan sekadar nak bergambar,tunaikan lah solat ye....

Dan semalam juga saya jumpa blogger di Rantau Panjang.....siapa kah dia?Esoklah saya cerita ye...

Pesanan:Tengah bulan ni ada cadangan bawa semua family dan adik beradik ke Kelantan,Masjid ni jadi tempat wajib untuk pergi.

17 comments:

  1. unik sekali reka bentuk masjidnya...rugi dtg kelantan tak singgah nih....

    ReplyDelete
  2. uniknya....mmg mcm kat china je rasanya bila tgk...

    ReplyDelete
  3. insyaAllah..planning nk ke kelantan jgk hujung minggu lg satu..hope dpt sggh kt msjid beijing ni..

    ReplyDelete
  4. haaa..kak saya penah tgk masjid ni kat majalah 3 rasanya.design dan struktur dia macam tokong cina kan?tp papepon awesome la, saya tapenah pegi kelantan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang kata gabungan China dan Islam...gitulah..mehlah datang kelantan duk homestay akak

      Delete
  5. Replies
    1. borong barang anak2 je...anak teruna pow jersi Malaysia...anak pompuan pow baju tidur..hehehe

      Delete
  6. Oo..masjid baru jugak. Kenapa buat mcm unsur2 cina? Tapi cantik la. Boleh feel mcm pegi beijing. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak pasti...kena cari info kat google ni...tapi memang feel lah macam kat Chinabetul

      Delete
  7. Myra lalu je kat Masjid ni tak singgah pun, kesuntukan masa sama...

    Tp memang cantik kan kak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke,baru nak tanya waktu kita jumpa tu,ada singgah tak situ...lupa lak..

      Delete
  8. assalamualaikum ida...cantik bentuk masjid ni mcm kat Bejing juga...:)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...