Monday, December 10, 2012

Rezeki Cuti Sekolah di Musim Buah-buahan-Durian

Rezeki cuti sekolah...

Hari sabtu saya menghadiri kenduri kahwin anak murid suami saya di Temerloh.Sepanjang perjalanan ke sana kiri kanan menjual buah-buahan seperti rambutan,duku,manggis dan durian.Antara buah-buahan semua tu,durian lah paling banyak dijual.

Memang dah rezeki tidak ke mana.Kebetulan saya mempunyai kawan yang tinggal di Temerloh.Hajatnya untuk singgah di rumahnya untuk tumpang solat selepas jamuan makan di kenduri kahwin tersebut..Namun demikian,dia memberitahu pulang ke kampung ibu mertuanya.Dia menjemput saya ke kampung mertuanya untuk menikmati buah-buahan.Jarak ke kampung dari rumahnya di Temerloh sekadar 15 minit sahaja.Buah-buahan punya pasal,saya sanggup!



Pucuk dicita ulam mendatang,umpama orang mengantuk disorongkan bantal.Demikianlah yang berlaku pada saya dan keluarga.Setibanya kami di sana,dihidangkan dengan pemandangan buah-buahan di rumahnya,lebih-lebih lagi buah durian yang ada baru saja luruh.



Gembira bukan kepalang saya dan lebih-lebih lagi anak ke 5 saya yang hantu durian dengan saya.Apalagi kami dijamu makan durian.Makan sekenyang-kenyangnya.Dahlah makan durian,disuruh pulak kopek lagi durian untuk dibuat tempoyak.Saya pun dengan sedaya upaya memenuhkan bekas yang memang kebetulan ada dalam kereta saya.(macam tahu aje kan).


Inilah hasilnya.Ini gambar tak penuh bekas lagi ni.Ada lah dalam 4-5 biji saya kopek dan ambil isinya.Bolehlah dibawa pulang.Macam-macam dah masakan nak dimasak dengan durian ni.Pagi ni saja saya dah ambil sedikit untuk dibuat cekodok durian.

Kami balik pun dibekalkan dalam 6-7 biji durian dan sedikit buah rambutan buat bekalan makan dirumah.Anak-anak dah order suruh masak pengat durian.Insya Allah,ada bahan-bahan dirumah bolehlah buat.Memang rezekilah.Alhamdulillah,syukur pada Allah.

Pesanan:Durian banyak ni,kalau buat durian crepe pun sodap ni kan....nanti nak salin resepi dulu...

12 comments:

  1. wah...gojes tengok duyan banyak tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. durian banyak pun orang punya ..kita makan sikit je...

      Delete
  2. Betul-betul murah rezeki. Banyak betul duriannya. Kalau dah bekas itu penuh mesti macam-macam boleh dibuat.

    ReplyDelete
  3. Dah jadi crepe nanti, jangan lupa kongsikan gambarnya, ya? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayooo kakchik...tak tahu bila nak buatnya...hehehe

      Delete
  4. mmg rezeki..dah skrg musim buah...paling seronok dpt makan durian....bestnya nak buat CD yang femes ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jadi muak lak hari2 makan durian..heheh...ntah bila nak buat durian crepes pun tak tahu...kemalasan ni..

      Delete
  5. Memang mewah durian kali ni kan? Syukur kpd Allah. Tahun ni wp banyak durian, saya tak leh makan banyak. Perut meragam. Padahal kalo tak preknen, memang 2 bijik saya boleh habiskan sorang. *tersipu sebab gelojoh*

    ReplyDelete
    Replies
    1. syoknya kan makan durian ni...oh lyd pun makan banyak gak...peminat durian gak ni ye..

      Delete
  6. ehem murah rezeki..byknya durian !!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mama..rezeki betullah tahun ni

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...