Wednesday, November 21, 2012

Keluarga asal jangan dilupakan

Bergambar bersama keluarga paksu

Ini cerita sambungan untuk paksu saya.Kali ni undangan perkahwinan nank perempuannya pula.Kali ni lagi best ceritanya.

Ini menurut cerita mak saya.Mak paksu dulu selepas bercerai dengan suaminya berkahwin dengan orang Melayu.Jadi dalam keluarga paksu hanya tiga orang yang masuk Islam iaitu maknya,kakak dan dirinya sendiri.Jadi adik beradik paksu masih kekal dengan agama asalnya.Namun demikian mak paksu dah meninggal awal tahun ni(kalau tak silap),ada juga anak-anaknya yang lain datang menziarahi jenazah.

Kemudian baru-baru ni,kahwin anak perempuannya,datang salah seorang adik beradik paksu berbangsa Cina ke majlis tersebut,saya pun ambil kesempatan snap gambar mereka.Bukan mudah nak berkumpul sebegini.Walaupun kini mereka berlainan agama,namun demikian mereka masih ada ikatan darah sedaging dan masih adik beradik.Kakak paksu datang bersama anak perempuan dan 2 orang cucu.


Saya bergambar bersama pengantin dan adik beradik saya...

Apa yang saya tersentuh,mereka masih berhubung lagi,dengar kata mak,kalau sambutan Tahun Baru Cina,paksu pergi juga menziarahi kakaknya.Dan dia tahu apa yang perlu dihidangkan kepada adiknya yang sudah beragama Islam.Seronok saya mendengarnya.Semoga suatu hari dibukakan hati mereka dengan Islam.

Moral of Story:Kita sebagai orang Islam harus menghormati semua kaum.agama dan menunjukkan sikap yang baik seperti yang dituntut oleh Islam.Dari sinilah kita dapat menakluk hati mereka agar sayang pada Islam.

Pesanan:Indahnya Islam jika mereka benar-benar menghayatinya.


26 comments:

  1. yeah..betul tu..yg penting dr keturunan yg sama...islam melarang ummatnye berpecah belah..

    ReplyDelete
  2. walaupun dah berlainan agama...tp hubungan kekeluargaan tak akan putus

    ReplyDelete
  3. senyum cheqna baca n3 ni...
    yang penting hubungan kekeluargaan erat berkekalan...

    ReplyDelete
  4. Betul tu walau berlainan agama tapi ikatan kekeluargaan jgn sesekali diputuskan. Doakan mereka moga ada nur dan hidayah buat mereka.

    ReplyDelete
  5. ikatan kekeluargaan takkan terpisah walau apepun yg berlaku,
    apepun agamanya, :)

    ReplyDelete
  6. moga silaturrahim sentiasa berpanjangan....

    ReplyDelete
  7. setju sgt. walau apapun ikatan kekeluargaan harus diteruskan!

    ReplyDelete
  8. bagus tu... ikatan kekeluargaan haruslah dijaga dah dieratkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga hubungan mereka berkekalan sampai mati kan...

      Delete
  9. Lagi satu, kita jangan la terlalu pentingkan bangsa melebihi kita pentingkan agama. Ada yang terlalu pentingkan bangsa, sampai agama pun lingkup.

    ReplyDelete
  10. moga silaturahim kekeluargaan tersimpul erat..:)

    ReplyDelete
  11. as salam

    moga ikatan kebahagiaan terus diberkati Allah:)

    ReplyDelete
  12. silaturahim harus dijaga kan kak.. :-)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...