Hari ini (sabtu) saya menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya yang tinggal di Cheras Perdana.Saya bertolak jam 6.30 pagi dari Benta-Kuala Lipis,berhenti minum di Bentong dan sampai Cheras Perdana jam 9.10 pagi.
Sepupu saya ni kini terpaksa meraikan majlis perkahwinannya tanpa mak tersayang disisi.Sedih rasanya mak su(adik bongsu mak) saya sudah lama meninggal dunia sewaktu anak sulungnya masih belajar di sekolah menengah lagi.Paling terharunya,ayahnya iaitu seorang mualaf Cina terpaksa berseorangan membesarkan 6 orang anak-anaknya.Syukur kerana paksu masih kekal dalam agama Islam.
Apa-apapun saya merasa gembira dapat meraikan pengantin baru,walaupun sekejap cuma kerana perlu bergegas pulang semula ke Kuala Lipis kerana membuat persediaan kain baju suami yang akan out station ke Taiping Perak selama 10 hari bermula esok hari (ahad).
Biasanya anak-anak dara yang pegang barang-barang hantaran ni,tapi terselit juga mak orang kat hujung sekali tu,sape lagi kalau bukan ummiarissa.Jangan salah faham ye,saya ni pegang sebab dah habis anak dara besar yang boleh disuruh pegang,kang suruh anak kecik jatuh lak barang hantaran tu.
Selesai makan je,terus saya pulang.Tapi masih ada sebuah rumah yang perlu saya cari sebagai memenuhi jemputan walimatul urus dari seorang blogger.Oleh kerana kenduri kahwinnya esok,tapi sebab tak dapat hadir,saya datang melawatnya sehari sebelum kenduri sebenarnya.
Ini dia blogger Afzalsukasuki.Saya terjah rumahnya tanpa pengetahuannya.Saya call pun setelah saya sudah sampai rumahnya.Pada mulanya dia tak berapa cam nama glamer saya di alam maya ni,namun demikian setelah berfikir dan congak mencongak..he he he..akhirnya dia cam saya.Akan merahlah muka saya yang gelap ni jika benar dia tak kenal saya...he he he..
Untuk mengelakkan orang mengata saya, untuk saya berjumpa dengannya,saya diiringi suami dan anak-anak pergi berjumpanya untuk mengucapkan tahniah untuk perkahwinannya dan seterusnya memberi sesuatu dalam bungkusan sebagai hadiah perkahwinannya....sungguh tak sangka dapat juga berbual lama sedikit.Kalau kenduri esok,mungkin tak dapat berbual mesra macam tu kan...Terima kasih ye Afzal sudi layan akak dan family.
Inilah pasangan pengantin yang berpakaian simple dan santai tanpa pakaian pengantin,sebab pakaian pengantin tu nak pakai esok(ahad).Kelihatan Afzal memeluk erat hadiah saya seperti tidak sabar-sabar mengetahui apakah kandungan di dalamnya...Isterinya yang cantik manis memunculkan diri sambil memberi goodies kepada saya sekeluarga.Terima kasih ye.
Nota:Jumpa 10 hari lagi...jangan lupa tinggal jejak..nanti saya lawat kembali...
Pesanan:Selagi dapat memenuhi jemputan jika tiada aral melintang,saya akan pergi walaupun bukan pada harinya.Mereka gembira bila diraikan.
munna pun kalau takde halangan yg melintang mmg akan penuhi undangan ke walimatulurus
ReplyDeletetu lah harapan orang kan..
Deletesalam..lame x singgah sini ummi...sibuk ummi ye kenduri sana sini...
ReplyDeletesibuk urus keluarga juga..bila suami out station...
Deletewow.. x pernah lg p kenduri rakan blogger.. tentu seronok kan? kidah sepupu tu.. nasib baik ayahnya yg mualaf teguh imannya wp ketiadaan isteri di sisi.. alhamdulillah..
ReplyDeleteseronok bila jumpa blogger ni...lagi kuat silaturahim antara kita...
Deletelamanya nak jumpa lagi 10 hari akak..huhuu
ReplyDeleteI'm back Dkna...hehehe
Deletesalam kenal sobat :)
ReplyDeletedi tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...
Oo..ummi arissa pegi kenduri afzal suka suki ke? Hebat la dia bleh jemput rakan bloggers. *apa salahnya mak dara pegang hantaran. Hehehe.
ReplyDeletepergi kebetulan dah turun KL hari tu...tak salahkan mak dara pegang hantaran...he he he
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletesaya tinggalkan jejak di sini ... =)
salam kenal..
terima kasih...saya jejak dah
Delete`selamat pengantin baru buat sepupu UA`..semuga berkekalan sehingga keakhir hayat..amin..
ReplyDeleteterima kasih ye mama
Deletemeriahnya majlis moga hubungan yg dijalin kekal selamanya... amin... ^-^
ReplyDeleteAmin ye Miera
Deletehehehe kakak saya baru terjah ni.huhu.dah 2bulan dah kawen baru nak jenjalan hahaha.maceh kak kehadiran akak untuk kenduri isteri kedua amat2 la dialu2kan hahaha :D
ReplyDeletep/s : aii tido bawah la saya malam ni kalau wife saya tau :P