Thursday, October 18, 2012

Lalu,singgah,baca dan faham

Sewaktu saya di Penang dulu,saya singgah bermalam di rumah sepupu dekat dengan Kompleks Tabung Haji.Di kesempatan dah dekat sangat,saya saja berjalan-jalan di sana.Terbayang-bayang kawasan tersebut dipenuhi dengan bakal-bakal jemaah haji yang melambaikan lambaian terakhir kepada ahli keluarga masing-masing.

 Tersentak dari lamunan,kawasan tersebut kosong sebenarnya.Maka bila saya lalu,saya singgah,baca dan terus faham sedikit demi sedikit.Bertambah sedikit ilmu didada.

Ini rupanya barang larangan di dalam kapal terbang dan beg galas.Begitu ketat juga peraturan yang perlu dipatuhi oleh jemaah haji Malaysia ni.

Boleh lihat dan baca:

Gambar 1

Gambar 2

Nampak remeh bagi kebanyakan dari kita,tapi itulah hakikatnya.Peraturan tetap peraturan.Kita...patuh je lah.

Gambar 3


Gambar-gambar tu bukan kecil tau,besar sebesar kaunter penerangan disebelahnya.Kalau tak boleh lihat dan baca lagi tu,tak tahulah nak kata apa.Inilah persediaan kita sebagai bakal jemaah haji kelak.


Semoga suatu hari ada rezeki saya untuk menunaikan haji bersama suami.Saya doakan jemaah haji Malaysia kita selamat pergi dan selamat kembali dengan haji yang mabrur.

Pesanan:Jiran lama saya baru je berlepas pada 14hb yang lalu,sempat menelefon meminta maaf jika ada salah silap sepanjang kenal,sedih pula saya.Saya mohon didoakan murah rezeki saya.Amin!

16 comments:

  1. Kawan saya suami isteri dapat pergi haji tahun ni... Seronoknya dorang.. Mudah2an kitapun akan sempat sampai ke sana.. Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah...saya nak rebut masa sedang sihat ni...

      Delete
  2. Info yg bagus utk dikongsi..bilala rsa nk jejak kaki kt sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru tahu juga tentang info ni...barulah ooooo..macam tu ye...

      Delete
  3. InsyaAllah akan ada peluang utk UmmiArissa dan suami untuk ke sana. Saya pun berdoa agar saya dan suami pun dpt ke sana suatu hari nanti. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah ye Lyd..saya pun doakan awak juga

      Delete
  4. selama ni tak tahu pulak...
    insya allah ada rezeki ingin ke sana jua......

    ReplyDelete
  5. info yg bagus ni..
    bila pula giliran kita untuk ke sana ya..
    moga2 kita semua berpeluang menjejakkan kaki kerumah Allah suatu masa nanti..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat rezeki bolehlah pergi...semoga kita sempat ke sana ye

      Delete
  6. teringin nak pergi..
    moga Allah mempermudahkan segalanya

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...