Friday, August 02, 2013

Selamat bercuti,hati-hati di jalan raya ye

Sekolah sudah mulai bercuti hari sabtu 3/8 sehinggalah 18 /8.Lama tu.Pasti sudah ada yang mulai kemas pakaian untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.Maklumlah nak bersama keluarga di kampung ibubapa dan adik beradik lain untuk berbuka dan bersahur bersama.

Selepas habis Ramadan kita akan menyambut bulan Syawal sekaligus merayakan Hari Raya.Dalam kita pulang ke kampung tu,jangan lupa periksa segala yang berkaitan rumah dan elektrik di rumah.Apabila di dalam perjalanan pula, berhati-hatilah.Semua orang mahu cepat sampai ke kampung halaman masing-masing.Janganlah pentingkan diri sendiri ye.

Saya pulang tak jauh.Ke Kuala Lumpur je.Giliran rumah mak saya tahun ni.Perjalanan dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur pun hanya mengambil masa 2-2 1/2 jam sahaja.Jadi tak lah bimbang kesesakan jalan raya pulang ke Kuala Lumpur.Sebab orang yang tinggal Kuala Lumpur yang akan mengosongkan bandar Kuala Lumpur tu kan...hehehehehe

Okaylah selamat bercuti ye!Ingat orang tersayang!Memandu berhati-hati!

Pesanan: Anak-anak yang tinggal di asrama akan berkumpul semula cuti ni.Riuh kembali keluarga kami.




4 comments:

  1. bila semua berkumpul riuh rumah, itu yang seronok...
    Nur raya dekat juga kali ini rumah MIL di puchong saja...
    memang kosong KL ni...semua lari balik kg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..mertua kat puchong je ye..dekat je lah...okaylah selamat bercuti..

      Delete
  2. seronok dpt balik kg . bonda saya tinggal bersama saya . Jadi , tak tahu samada balik kg atau mrk yg mai sini ... tetap rindu kat kemeriahan kg ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya seronok suasana kg kan...hmmm.kalau dah bonda ada bersama,adik beradik lain lah yang akan datang kan...

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...