Wednesday, May 16, 2012

Ikan Sembilang Berlada Pujaanku


Lepas ayah masukkan gambar lauk mak dalam FBnya.Saya jadi kecur liur nak makan ikan sembilang ni.Kalau duduk dekat dengan rumah mak,dah lama saya singgah.Apa lagi saya ke pasar semalam mencari ikan sembilang untuk dimasak.

Ikan sembilang ni sedap disalai dan masak lemak cili api,fuhhh...gerenti terangkat.Ayah saya suka sangat lah lauk lemak cili api ni,sebab dia orang nogori.Bila saya tegur kata sedapnya lauk tu.Dia pun jawab balik,mestilah,lauk orang nogori.

Saya pula nak masak berlada je.Saya masak seekor je memandangkan kat rumah ni saya seorang je makan.Apa lah diorang ni tak makan ikan yang punya sedap ni.Saya beli dah siap siang lah ikan tu,nak harap saya ketuk kepala ikan tu,mau hancur rasanya kepala ikan tu.

Mula-mula saya lumurkan dulu ikan dengan asam jawa.Biar hanyir dan lendir di ikan tu hilang.Dah basuh bersih,saya potong dua ikan tu,lumur garam dan kunyit goreng garing.


Sebab seekor je bahan-bahan nak masak pun tak banyak.
Cuma perlukan


3 biji cili merah
1 biji bawang besar merah
3 ulas bawang putih


Kisarkan semuanya.Tumiskan dalam kuali yang berisi sedikit minyak.Goreng garing hingga kuah agak kering sedikit.Sambil tu masukkan asam keping dan garam.Dah rasa masinnya masukkan ikan dah goreng tadi.Mudah je kan.


Pesanan:Ada lagi 3 ekor dalam peti,hari-hari masak ikan sembilang pun takpe,tapi saya seorang je lah makan.

13 comments:

  1. sy pn x makan ikan ni..satu keturunan belah mak sy pn x makan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke..ingatkan ramai yang suka makan ikan ni..

      Delete
  2. terliur lak dkna tengok gambar nie :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala Dkna..masak je..kan akak buat menu seekor je tu..lap sikit air liur tu he he he

      Delete
  3. Ayah ada FB ke? Mmg dia saje nak suh anak2 dia jeles la tu, siap upload gmbr lauk yg mak masak. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..ada FB..untuk keluarga2 saja...memang dia nak suh kami jeles..

      Delete
  4. macam ikan keli pulak nampak..

    ReplyDelete
  5. Myra tak reti makan ikan semilang nie :)

    Tapi nampak cam menarik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..susah juga ni kalau tak cuba dulu..cubalah dulu..

      Delete
  6. munna suka makan ikan ni...lagi2 klu goreng garing ikan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. goreng garing..boleh makan hisap sekali tulang-tulang dia tu kan..

      Delete
  7. ehem bila org makan ikan mama hanya tenguk je..dr kecil mama tak makan ikan..hu2x..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...